14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada-Nya kerana malam ini dapat kita memasuki tahun baru Hijri. Pastinya kita muhasabah diri atas segala yang berlaku setahun sudah dan cuba kita perbaiki diri bagi setahun yang mendatang ini.

Kawan ingin memetik tazkirah Imam masjid kampung kawan tadi dalam tazkirah awal tahun iaitu:

"Semakin bertambah umur, semakin berkurang usia kita"

Sungguh mendalam ayat tu. Apa yang dimaksudkan ialah semakin bertambahnya umur kita,maka semakin kurang usia kita yang bersubsidi ini. Dan semakin dekat kita dengan kematian. Masya Allah. terlintas juga apa yang disebut oleh Imam tadi iaitu:

"Semakin bertambah umur kita, semakin tinggi ilmu agama yang akan dijadikan bekalan menuju Akhirat"

Jadi, kita muhasabah diri kita kembali, adakah cukup ilmu kita untuk dijadikan bekalan menuju 1 kehidupan yang abadi nanti? 
Wallahualam..Wassalam.

Rabu Pahing
01 Muharam 1434 Hijri
14 November 2012 Masihi

13 November 2012

Selamat Hari Depavali

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Ya...Sudah lama kawan tak update blog nih..dek kerana sibuk bekerja, dan berkursus, tak tersempat nak letak entry dalam blog..hehehe..mana tak nya, kawan ni cuma ada capaian internet di rumah saje. Kawan pun bukan nya pakai smartphone. Tapi kawan akan cuba post something juga untuk blog kawan ni.

Oh ya, hari ni adalah hari terpenting bagi masyarakat Malaysia berbangsa India beragama Hindu yang mana mereka meraikan Pesta Cahaya atau Depavali (ada yang sebut Diwali). Saya di sini ingin mengucapkan Selamat Menyabut Hari Depavali kepada semua masyarakat India.

Dalam kesibukan kita seharian, kadangkala kita terlupa sehinggakan kita mengguris hati masyarakat lain. Kawan lihat dalam beberapa wall post di Facebook mahupun Twitter, ade segelintir orang yang tidak sensitif terhadap isu berkaitan agama, bangsa dan kepercayaan. Sebagai contoh, ada beberapa komen yang ditulis seumpama bergini:

"Hai...dah pukul 2 pagi pun masih berdentum mercun ke? Dah tak ingat nak tido?"

"Memekak je bunyi mercun sana sini..Sibuk beraya lah tu"

Jika diamati, kata-kata sedemikian akan menyebabkan perasaan terguris pada sesetengah pihak. Sedangkan ketika Hari Raya, bangsa lain sedikit pun tidak bising orang Melayu bermain mercun sepanjang malam bulan puasa sehingga hari raya. Begitu juga bagi masyarakat Cina yang membakar mercun pada Tahun Baru Cina dan hari perkahwinan mereka. Well, sebagai masyarakat majmuk, seandainya bangsa lain boleh berfikir secara rasional dan bersabar, kenapa kita tidak boleh?

Sekian coretan kawan hari ini. Wassalam.

Selasa Legi
13 November 2012 Masihi
29 Zulhijjah 1433 Hijri

03 October 2012

Komentar Bajet 2013 Bahagian 5 : Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kali ni kawan akan mengutarakan pendapat bagi fokus Bajet 2013 ke 5 iaitu Kesihatan. Dalam merancakkan pembangunan, kesihatan rakyat juga perlu diutamakan. Tak guna kalau kemajuan bagai nak rak, tetapi rakyat menderita pelbagai penyakit dan terpaksa menanggung kos perubatan yang semakin hari semakin tinggi.


1. Klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia yang diperkenalkan pada tahun lalu memberi 1 persepsi positif di kalangan rakyat Malaysia. Dengan berbekalkan RM1 sahaja,rakyat boleh menikmati rawatan pesakit luar dan RM5 bagi rawatan pakar didalam kejiranan mereka. Ini sekaligus dapat membantu rakyat yang sukar menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan kerana terpaksa berdepan masalah birokrasi dan masa menunggu yang lama. Dengan pembukaan Klinik 1 Malaysia, rakyat menikmati kemudahan klinik swasta pada harga klinik kerajaan.

Bagi meluaskan capaian terhadap klinik ini, 70 unit klinik baru akan dibuka di seluruh negara. Servis yang diperkenalkan juga membantu rakyat mengetahui tahap perkembangan kesihatan dalam memastikan kesihatan mereka pada tahap optimum.

2. Membaik pulih Klinik Kesihatan. Kedaifan klinik kesihatan dan klinik desa mendapat perhatian yang mana rata-rata tahap keselamatan tidak selari dengan penambah baikkan tahap kesihatan rakyat. Ada diantara klinik kesihatan ini sudah tidak mampu untuk menyokong pertambahan pesakit yang menggunakan kemudahan ini. Setidaknya dengan penjenamaan baru klinik kesihatan dapat mengembalikan fungsi dan tumpuan umum rakyat pada klinik ini.

3. Menambah mesin dialisis. Jumlah pesakit buah pinggang semakin bertambah. Malah, hospital biasa juga semakin tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Kegagalan buah pinggang adalah kesan daripada kurangnya penjagaan kesihatan dikalangan rakyat yang mana apabila telah dikesan,ianya telah terlambat. Kos pembelian mesin dialisis yang tinggi menyebabkan hospital tidak mampu menyediakan mesin rawatan yang mencukupi. Dengan inisiatif kerajaan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit ini meneruskan rawatan.

4. Pemeriksaan Percuma mamogram. Barah payudara adalah antara pembunuh utama wanita selepas barah pangkal rahim. Kurangnya kesedaran dan pengetahuan memeriksa sendiri menyebabkan wanita tidak mempedulikan sebarang ketumbuhan dalam payudara mereka. Dengan adanya pemeriksaan mamogram oleh doktor pakar sakit puan, kanser ini dapat dikesan pada tahap awal dan mampu menyelamatkan nyawa.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawati. Namun,jika mencegah tidak memadai dan sakit telah dihidapi, ikhtiar perlu dilakukan tanpa putus asa. Kerana kita hanya mampu berusaha, tetapi sesuatu usaha itu Allah s.w.t yang Maha Kuasa berhak mengubahnya. Sekian, Wassalam.

Rabu Keliwon
16 Zulkaedah 1433 Hijri
03 Oktober 2012 Masihi

02 October 2012

Komentar 2013 Bahagian 4 : Kejiranan Yang Selamat

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Bahagian ke 4 Komentar Bajet 2013 akan kawan sentuh mengenai usaha kerajaan dalam memastikan kawasan kejiranan dan suasana yang selamat. Mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat adalah salah 1 fokus utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang secara umumnya setahun perlaksanaan NKRA ini, kadar jenayah menurun lebih 11%. Namun, apa yang membimbangkan adalah jenayah ganas atau brutality semakin ketara.Maka, dengan inisiatif kerajaan ini, ia dapat memangkin untukmengurangkan jenayah ganas ini.

1. Menambah Bilangan Perjawatan Polis. Anggaran kasar bagi anggota polis di negara kita adalah seorang polis untuk 6,000 orang. Ini berbeza dengan nisbah polis ideal seorang polis untuk 250 orang di satu-satu kawasan kejiranan. Bayangkan kalau seorang polis menjaga 6,000 nyawa? Malah negara besar seperti Amerika menempatkan seorang polis bagi 500 orang penduduk, Perancis pula menempatkan seorang anggota polis bagi 480 orang penduduk. Bagi anggota polis kita,mampukan mereka menjaga kesemuanya 6,000 penduduk? Oleh itu, dengan adanya sukarelawan polis yang dibayar elaun ini, setidaknya, mereka ini dibekalkan T-baton yang boleh digunakan bagi mencegah jenayah jalanan.

2. Unit Rondaan Motosikal. Penjenayah jalanan kini semakin licik. Meragut,langgar lari, merempit menjadi taktik mereka. dengan adanya unit rondaan motosikal, polis dapat mengejar mereka dan tiba ke lokasi jenayah dengan lebih pantas. Lihat saja sekiranya berlaku jenayah di sesuatu kawasan yang sesak,pastinya motosikal adalah 1 kenderaan yang praktikal sementara menunggu unit bantuan lain tiba. Dah alang-alang nak tangkap mat rempit, stakat kejar merempit ni,serahkan saja pada mereka.

3. Pemasangan Alat Kawalan Keselamatan (CCTV). Usaha ini dapat membantu polis dalam menangani kejadian samun, ragut, rompak, pecah rumah yang mana ianya selalu berlaku di kawasan yang sunyi dan kurang mendapat pengawasan orang ramai. CCTV tidak tidur dan beroperasi 24 jam sehari,7 hari seminggu. Selain itu,sekiranya polis memerlukan bukti dan pengecaman identiti penjenayah,sistem ini dapat membantu. Insentif pengecualian cukai bagi pemasangan CCTV ini sebagai langkah Corporate Social Responsibility (CSR) dapat menggalakan penglibatan syarikat dalam membendung aktiviti jenayah ini.

4. Rondaan Kawasan Kejiranan. Jika dahulu, skim rukun tetangga semakin dilupakan selepas era komunis, kini ia menjadi 1 pilihan yang efektif untuk diwujudkan semula bagi membendung masalah jenayah sekitar kejiranan. Dengan insentif ini, program rukun tetangga dapat dilakukan, dan ikatan ukhwah dan mahabbah dapat diterapkan dalam komuniti. Tidaklah nanti, kita tidak kenal siapa jiran kita dan tidak mengambil berat keatas mereka. Seperti hadith mashyur, "tidak sempurna iman seseorang muslim itu sekiranya ia tidak mengasihi jirannya dan membiarkan mereka kelaparan".

Semoga usaha kerajaan ini dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Nak harapkan kerajaan sahaja, memang lah tak boleh. Kita sebagai rakyat seharusnya bersama-sama mencegah jenayah. Ingat lah formula ini:

Penjenayah + Mangsa + Peluang = Kes Jenayah

Pejenayah dan Mangsa selalu ada. Tapi tugas kita adalah menyekat peluang penjenayah dari melakukan kerja jenayah mereka. Kredit pada Kamal Affendi : penganalisis jenayah Asia. Sekian, Wasalam.

Selasa Wagih
15 Zulkaedah 1433 Hijri
02 Oktober 2012 Masihi

01 October 2012

Komentar Bajet Bahagian 3 : Kelestarian Bekalan Makanan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Hari ni kawan nak kupas pula bahagian ke-3 dalam Bajet 2013 iaitu Kelestarian Bekalan Makanan. Dahulunya Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan pertanian dan komoditi. Dalam era 1980-an, Malaysia dipacu memasuki era perindustrian. Kini, pertanian moden diterapkan untuk mengimbangi perindustrian kerana walau apa pun yang terjadi, makanan untuk rakyat Malaysia didahulukan. Ini dapat di lihat ketika krisis makanan global tahun 2007-2009 dimana kesukaran mendapatkan beras, minyak masak, gula dan sebagainya menjadikan negara terpaksa membelanjakan lebih subsidi bagi meringankan kos bahan makanan asasi ini.


1. Subsidi Insentif Padi. Subsidi yang diberi ini adalah untuk mengembangkan potensi jelapang padi sedia ada iaitu di Kedah dan Kelantan selain menambah kawasan jelapang padi baru di Sarawak dan Pahang bagi memastikan beras,makanan asasi rakyat Malaysia dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan dalam negara. Ini dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import beras yang saban tahun lehin 500 tan metrik di import dari negara pengeluar beras seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam.Setidaknya,hasil padi dapat ditingkatkan dengan adanya benih yang semakin bermutu tinggi dan harga beras tidak melambung.

2. Skim Perlindungan Takaful Padi. Skim ini melindungi pesawah yang memiliki bendang kurang 10 hektar yang mana sedia kita maklum pesawah ni mana ada insurans. Setidaknya jika ada apa-apa terjadi, keluarga nya akan dibela. Malang tidak berbau, inisiatif kerajaan ini sekurang-kurangnya dapat memberi pembelaan kepada pesawah dan petani negara.


3. Insentif nelayan. Insentif yang diberikan adalah elaun sara hidup RM200 seorang selain sebelum ini, insentif takaful nelayan yang diperkenalkan awal tahun ini dan skim subsidi minyak, alatan menangkap ikan serta menambah kapasiti bot nelayan agar hasil tangkapan dapat dipertingkatkan.Ditambah pula, dalam Bajet 2013 ini, harga borong bagi ikan dinaikan 10 sen hingga 20 sen bagi sekilo ikan yang mana dapat menambahkan lagi pendapatan nelayan sekurang-kurangnya RM10-100 sehari.

4. AZAM Tani. Akhiri Zaman Miskin (AZAM), 1 projek kerajaan bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi bantuan 100% bagi rakyat miskin untuk berdikari mencari rezeki dan bekerja untuk mengakhiri kehidupan susah mereka. Kini mereka bukan sahaja boleh jadi petani moden, malah boleh menjadikan pertanian sebagai 1 perniagaan.

Pembelaan kepada para petani dan nelayan sekurang-kurangnya menaikan imej mereka yang dahulunya disifatkan sebagai golongan miskin kepada salah 1 golongan kaya. Lihat sahaja orang-orang Felda. Dahulunya, mereka daif, hidup menggunakan lampu pelita, air perigi. Namun kini, pendapatan masing-masih boleh mencecah ribuan ringgit. Malah bagi yang bijak mengusahakan ladang kelapa sawit dan ternakan lembu & kambing, mereka ada yang menjadi jutawan. Ini lah berkat kemakmuran Malaysia di bawah pimpinan kerajaan sedia ada. Sekian, Wassalam.

Isnin Pon
14 Zulkaedah 1433 Hijri
01 Oktober 2012 Masihi.

30 September 2012

Komentar Bajet 2013 Bahagian 2 : Pendidikan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.



Seperti yang kawan janjikan, hari ni kawan akan kupas fokus ke-2 dalam pembentangan Bajet 2013 iaitu isu pendidikan. Suka di sini kawan nyatakan bahawa apa yang kawan lontarkan dalam komentar ini adalah sekadar pandangan peribadi kawan.


1. Pinjaman PTPTN. Dalam Bajet 2013 kali ni, kerajaan menumpukan kepada cara bagaimana hendak memungut kembali pinjaman PTPTN yang telah diberikan kepada siswa siswi sejak ia diperkenalkan pada 1998 lagi. Kebanyakkan mereka kini telah menjadi 'orang' yang sangat berjaya. Ada yangemnjadi pegawai tinggi dalam organisasi. Malah ada yang telah menjadi jutawan. Namun liat untuk bayar pinjaman PTPTN mereka. Nak kata kadar bunga @ kos pentadbiran tinggi, hanya 3% sahaja.Jadi, dengan pemberian diskaun ini dapat kerajaan dapatkan kembali pinjaman yang telah diberikan. Duit ni pun bukannya kemana, untuk membiayai pinjaman pelajar akan datang. Jika dibandingkan dengan negara lain,semua kos pembelajaran perlu ditanggung oleh pelajar. Walaupun seperti didakwa oleh pembangkang mendesak PTPTN ditukar menjadi biasiswa, kerajaan Finland beri biasiswa penuh pada rakyatnya untuk belajar, Kadar cukai pendapatan di negara berkenaan paling minimum adalah 6.5% manakala Malaysia hanya pada kadar 1% sahaja! Tu belum convert pada nilai matawang lagi!

Namun, bagi siswa siswi yang tidak bersetuju dengan PTPTN, yang mana sampai desak buat demostrasi jalanan, sila lah belajar pandai-pandai, dapatkan ijazah kelas pertama,terus tak perlu bayar. Automatik jadi biasiswa. Tak perlulah bertindak bodoh berarak, terjerit terpekik telolong untuk menegak kan benda yang tidak betul. Kalau benar-benar hendak membela nasib siswa siswi yang selama ini kononnya ditindas,sila lah belajar pandai-pandai,jadi ahli politik, bertanding pada pilihan raya dan jika menang,sila usulkan di parlimen.

2. Pusat Pendidikan Kanak-Kanak. Pemberian geran RM10 ribu serta insentif pelepasan cukai adalah inisiatif kepada pihak swasta dalam mengembangkan lagi potensi kanak-kanak dengan lebih baik. Setidaknya rakyat mempunyai pilihan untuk menghantar ke tadika kemas, pusat permata negara, Taska, Pasti, Taski, Nursery dan sebagainya.

3. Bantuan Persekolahan. Lanjutan dari pemberian bantuan sekolah tahun lalu, kerajaan memberi bantuan persekolahan RM100  bagi setiap murid di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Ini melibatkan lebih 500 ribu murid sekolah dapat bantuan. Kiranya lepas juga beli kasut, baju seragam sekolah yang baru untuk tahun depan. Buku teks dah tentu free dengan skim pinjaman buku teks. Malah, makanan di kantin sekolah juga dalam julat RM1-2 sahaja. Jadi,apa lagi yang diperlukan lagi?Bersyukurlah pada apa yang ada.

4. Baucer Buku 1Malaysia. Jika dahulu hanya RM200 sahaja diberikan, tahun ini dalam Bajet 2013, kerajaan tambah lagi menjadi RM250. Maka,para pelajar siswa siswi, gunakan lah sebaiknya baucer ini untuk beli buku ilmiah. Bukan untuk beli buku-buku picisan,novel,mahupun majalah hiburan. Pelajaran perlu diutamakan. Kan kata tak nak bayar PTPTN kan? Jadi kena lah belajar pandai-pandai.

5. Tabung Penyelenggaraan Sekolah. Dengan jumlah lebih 10 ribu sekolah di seluruh negara, setiap sekolah akan memperoleh peruntukan RM100,000 untuk kos penyelenggaraan sekolah. Dana yang diberi, gunakanlah secara berhemah. Duit ini untuk pelajar,dan gunakan untuk keselesaan pelajar. Diharapkan tidak timbul lagi isu tiada dana untuk sekolah, kos utiliti sekolah meningkat seperti yang selalu di timbulkan dalam mesyuarat PIBG sekolah.

6. Bantuan dan Geran. Ini adalah tambahan bantuan dan geran bagi sekolah berasrama iaitu untuk menampung makanan asrama, buku teks dan rujukan serta yuran persekolahan. Kini pelajar akan menikmati persekolahan di asrama secara percuma. Tidak seperti dicanangkan pembangkang iaitu beri bantuan sehingga RM1000 setiap murid,tetapi tidak dinyatakan memansuhkan kos persekolahan. Tak guna beri bantuan besar tetapi kos persekolahan juga besar. Serupa tidak beri apa-apa pada rakyat bukan?

7.Skim Insurans Murid Sekolah. Jika sebelum ni hanya insurans takaful berkelompok diberikan kepada murid di sekolah, keselamatan murid ketika menaiki bas sekolah juga dititikberatkan. Jika kita lihat, dengan keadaan bas sekolah yang uzur,segalanya mungkin boleh berlaku. Setidaknya, dengan adanya insurans ini, dapat memberi perlindungan tambahan sekiranya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dengan dana RM500 juta ni, guru-guru boleh meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Jadilah pendidik yang mendidik anak bangsa dengan baik,didik bukan sahaja secara teori tetapi praktikal dan nilai-nilai murni. Guru merupakan role model bagi pelajar,kalau guru sendiri suka memaki hamun pelajar sekiranya pelajar silap, pelajar juga akan mencontohi guru mereka nanti. Di sini lah timbul masalah pelajar bersikap kurang ajar pada guru dan terbawa-bawa di luar sekolah.

Insya Allah, esok kawan akan kupas fokus ke-3 Bajet 2013 iaitu Kelestarian Bekalan Makanan.
Sekian, wassalam.

Ahad Pahing
13 Zulkaedah 1433 Hijri
30 September 2012 Masihi.

29 September 2012

Komentar Bajet 2013 Bahagian 1: Meringankan Kos Sara Hidup

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.



Beberapa minit selepas Bajet 2013 dibentangkan, pelbagai komen-komen dilontarkan dalam pelbagai media. Media elektronik khususnya media sosial Facebook, Twitter semuanya bercerita mengenai Bajet 2013 ni. Ada yang setuju, ada yang tidak. Bergantung kepada pendapat individu itu sendiri. Kawan pun nk bagi pandangan kawan terhadap Bajet kali ni. Ingin kawan jelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi kawan. Kawan akan kupas satu persatu mengikut fokus yang terkandung dalam Bajet berkenaan. Fokus kawan nak kupas hari ini adalah meringankan kos sara hidup.

Okey. Bajet kali ni yang dikatakan sebagai bajet terakhir sebelum pilihan raya. Biasa lah tu,setiap kali bajet, pihak-pihak di luar sana pasti akan kata "bajet meraih undi & sokongan". Secara realistiknya, semua bajet / belanjawan  kerajaan dalam dunia ini adalah untuk meraih sokongan rakyat.Ini kerana rakyat lah yang mengundi kerajaan pemerintah.Maka,jadi tanggungjawab pemerintah memberikan fokus kepada rakyat.Setelah diberi mandat dalam pilihanraya, maka, pemerintah pastinya akan melakukan sesuatu untuk menjaga pengundi mereka. Jika hendak di fikirkan, buat apa kita nak beri advantage pada semua rakyat sedangkan tak semua rakyat menyokong pemerintah kan? Baik beri pada mereka yang hanya mengundi pemerintah sahaja. Namun, itu tidak terjadi pada kerajaan Malaysia. Semua mendapat nikmat yang sama walaupun dibenci segelintir pengundi pembangkang.  

Berbalik pada fokus bajet ni, antara inisiatif kerajaan dalam meringankan kos sara hidup rakyat adalah seperti berikut:



1. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM). Setelah BRIM pertama diberi tahun lepas,BRIM kedua diberi tahun ini dengan menambah kumpulan sasaran kepada golongan bujang. Siapa nak beri RM500 bagi 1 keluarga senang-senang kan? Orang bujang pun dapat manfaat sekali walaupun hanya RM250. Lepas buat bayar bil utiliti atau makan minum untuk sebulan (bagi yang masak sendiri lah. Kalau jenis yang makan kat kedai, confirm tak cukup). Bagi kawan, okey lah tu. Banyak boleh dijimatkan dengan kemudahan sedia ada sekarang. Kalau diberi RM1000 pun pastinya tak cukup bukan?Tu belum masuk subsidi yang diberi kerajaan hampir RM20 sehari bagi setiap rakyat Malaysia.Nanti kawan akan kupas di lain kali bab subsidi ni lain kali.

2. Program Seragam Harga di Sabah & Sarawak. Harga barangan di sana amat tinggi. Dek kerana kesukaran membawa barangan, kos bagi penjualan barangan ditanggung oleh rakyat. Kerajaan dengan ini mengambil kos membawa barangan berkenaan bagi menyeragamkan harga seperti di semenanjung.

3. Diskaun komuter. Yang ni lebih fokus kepada mereka yang berada di bandar-bandar yang memiliki jaringan Komuter. Cost of living di bandar ni tinggi. Nak sewa rumah,makan minum lagi, pengangkutan lagi. Jadi,kerajaan beri diskaun pada mereka yg berpendapatan sederhana ni.Cara ini juga dapat tingkatkan penggunaan pengangkutan awam. Dah ada kemudahan,gunakanlah sebaiknya. Jangan lah kita ibarat pepatah "bodoh sombong". Ada kemudahan awam,gatal nak guna kenderaan sendiri. Lepas tu bising,petrol mahal lah, parkir mahal lah.harga kereta mahal lah. Walhal, sekiranya ramai yang gunakan kemudahan awam terutamanya di bandar, kesesakan jalan raya dapat dielakkan. Kurang kadar kemalangan jalanraya di bandar,dan perkhidmatan awam semakin efisen kesan dari peningkatan pengguna.

4. Pesara Tentera tidak berpencen.Bagi pesara tentera begini, selalunya mereka ambil opsyen bersara awal. Dah le tak dapat pencen, ada wang KWSP pun bukannya banyak.Jadi pemberian RM1000 secara one off ni dapat bantu mereka. Rata-rata mereka ini masih lagi dibantu dengan adanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Persatuan Bekas Tentera yang mana mereka diberi insentif untuk menjalankan perniagaan, bekerja sebagai pengawal / pegawai keselamatan.Sekurang-kurangnya jasa mereka pada negara tidak dilupakan.Boleh buat tambah dalam akaun pelaburan.Tinggal makan dividen saje.

5. Pengurangan Cukai Pendapatan. Yang ni ramai la yang suka. Kerana dapat la skip income tax. Nampak seperti kerajaan akan mendapat kurang hasil kerana Cukai Pendapatan merupakan penyumbang terbesar hasil negara (tidak termasuk minyak,gas,perlombongan,kayu balak dan sebagainya). Namun, secara ilmiah, 1 peratus kerajaan turunkan income tax, kerajaan akan dapat bali hasil secara tidak langsung 10 kali ganda. Rakyat akan berbelanja dan kuasa beli rakyat meningkat. Barang-barang yang dibeli pula ada cukai jualan.Cukai ni masuk balik pada kerajaan. Bila rakyat beli barang,yang untungnya adalah pekedai, pemborong,dan pengeluar barangan. Bila mereka untung, mereka pula kena bayar cukai perniagaan. Hasilnya, kerajaan dapat balik cukai. itu tidak termasuk duti import bagi barang-barang dari luar negara. Bijak bukan?

6.Diskaun tambang feri bagi Labuan ke Sabah & Sarawak. Keadaan geografi Sabah & Sarawak yang luas dan terpencil susah untuk dihubungi oleh laluan darat. Nak guna kapal terbang dan helikopter,kos nya tinggi. feri dan bot adalah langkah penyelesaian kerana negeri-negeri terbabit banyak sungai.

7.Mempermudah Ibadah Haji. "Apabila seseorang mukmin itu membantu saudaranya mengerjakan kebaikan,maka mukmin itu akan memperoleh pahala seperti mana saudaranya itu mengerjakan kebaikan,tanpa menguranginya sedikit pun." Hadith Riwayat Muslim. Dengan adanya kemudahan mengeluarkan sedikit caruman KWSP ni,dapatlah ia membantu bakal haji / hajah menunaikan rukun Islam ke 5. Siapa kata kerajaan kita tidak mengutamakan kebajikan umat Islam di Malaysia?

8.Diskaun bayaran paspot 50% bagi warga emas & kanak-kanak. Kebanyakan warga emas ni mempunyai saudara-mara di Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei. Lagipun bukan selalu pun mereka berjalan ke luar negara. Kalau pergi pun tak lama.Kumpulan ni dah le tiada punca pendapatan tetap. maka dengan ini, dapat apa kiranya mengurangkan kos hendak ke luar negara melawat sahabat & saudara mara.

9. Pemberian Bonus. Yang ni paling banyak terima komen di FB dan Twitter. Rata-rata tidak setuju hanya penjawat awam sahaja diberi bonus. Pekerja swasta tidak terima bonus.perlu di ingatkan, penjawat awam bosnya adalah kerajaan. Manakala swasta pula bosnya adalah syarikat persendirian. Syarikat persendirian adalah profit oriented iaitu ada untung,adalah bonus. Kerajaan ada terima untung ketika beroperasi?jawapannya tiada. Kerajaan hanya beri servis sahaja. Kos borang, saman, penalti itu hanya sekadar membayar kos kertas,elektrik, air, alatan pejabat, sewa bangunan sahaja. 

Cuba fikir, sekiranya bonus pekerja swasta diberi secara wajib,adakah semua syarikat mampu membayarnya pada pekerja?Kawan rasa pasti ada syarikat yang mana rugi akan terus gulung tikar. bila syarikat gulung tikar, pekerja syarikat dibuang. Kadar pengangguran akan tinggi.Seandainya syarikat berkenaan tidak terlungkup, kos operasi syarikat berkenaan akan meningkat, gaji pekerja di potong, syarikat kurang untung akan kurang bayar cukai. Bila kurang bayar cukai, hasil kerajaan berkurang. Bila hasil kerajaan berkurang,tak dapat lah kerajan beri pelbagai bantuan balik pada rakyat seperti BRIM, subsidi,diskaun2 dan sebagainya. Walaupun pekerja swasta tidak dapat bonus, mereka masih berpeluang terima bonus dari syarikat mereka sendiri bukan?

Tetapi yang paling kesiannya adalah badan berkanun. Mereka bukan penjawat awam mahupun swasta. Kerja bagai nak rak, tetapi tiada sebarang imbuhan terutama sekali badan berkanun yang lebih kepada kerajaan. Bagi badan berkanun yang lebih kepada swasta masih berpeluang menikmati bonus kerana mereka berteraskan keuntungan seperti Pertubuhan Peladang, Risda, Fama. Bagi badan berkanun yang lebih kepada kerajaan seperti LHDN,KWSP,PERKESO, MAIJ dan lain-lain mereka ini tidak dapat apa-apa melainkan bekerja untuk dapatkan hasil negara. Mereka ini lah wira negara selain tentera,polis dan sebagainya.

Kawan harap apa yang kawan kupas panjang lebar ni dapat la kita renungkan bersama. Insya Allah, kawan akan kupas fokus lain. Wassalam.

Sabtu Legi
12 Zulkaedah 1433 Hijri
29 September 2012 Masihi

07 September 2012

Drama : Adam & Hawa (2012)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Apa khabar semua? Kawan ucapkan semuanya dalam keadaan ceria hendaknye. Insya Allah..Kawan nak share sikit nyambil-nyambil mengupdate blog yang dah lama tak disentuh ni.hehe..

Semalam sedang kawan melayan tengok tv, kawan tertekan channel 134..Jadinye, keluarlah cerita Adam & Hawa.


Agak best jalan ceritanya. Difahamkan drama ni diadaptasi dari sebuah novel. Walau ape pun, kawan memang suke kalau Aaron Aziz berlakon. Memang kawan salute dengan beliau yang mampu membawakan watak dengan begitu baik sekali.

Ending drama ni, kawan dengar lagu temanya macam best. Sedap dek didengar halwa telinga. Dengan kombinasi Hafiz AF dan Dato' Siti Nurhaliza, memang best! Satu gandingan suara yang amat mantap!  Suara Hafiz pun tak tenggelam dengan kehebatan vokal Dato' Siti. Memang boleh challenge lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz & Adira sebelum ni.

Bait-bait kata dalam lirik Muara Hati,bagi kawan menyentuh kalbu. Haish..memang kawan bagi suggest, dengar dan hayatilah dengan sebaiknya. Pasti akan kita merasai sesuatu perasaan yang tak tergambar nanti.


Sekian buat ketika ni. Wassalam.

Jumaat Wagih
07 September 2012 Masihi
20 Syawal 1433 Hijri

22 May 2012

Rejab Datang Lagi...

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Apa khabar semua hari ini? Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah masuk bulan Rejab kita ye..Bulan Rejab adalah salah 1 dari 4 bulan yang diharamkan Allah S.W.T. bagi umat islam berperang melainkan dianiaya atau diserang. kelebihan nya Bulan rejab ini tidak diketahui secara tepat, namun yang pastinya, dalam bulan Rejab ini lah Rasulullah S.A.W. telah diangkat oleh Allah S.W.T. ke Sidhratul Muntaha untuk menerima 1 ibadah, direct tanpa perantaraan Jibril A.S. iaitu ibadah solat 5 waktu sehari semalam.

Apa yang penting di sini, bulan Rejab juga adalah medan persediaan kita untuk menyambut 1 lagi ibadah penting bagi umat manusia iaitu ibadah puasa. Itu lah sebabnya ada doa yang bagus kita amalkan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Difahamkan, para sahabat nabi, para tabiin dan ulama telah berdoa agar dapat sampai ke bulan Ramadhan yang penuh dengan 1001 keberkatan yang mana Allah S.W.T. sendiri yang akan memberikan ganjaran pada hamba-Nya.

Oleh itu, amat bagus sekali kalau kita dapat amalkan doa berkenaan dan memohon doa agar dipanjangkan umur agar dapat kita sekali lagi menemui Ramadhan. Rasa tak sabar nak memasuki Ramadhan. semoga kita dapat bersama-sama menempuh bulan-bulan yang berkat ini nanti. Insya Allah. Wassalam.

Selasa Legi
1 Rejab 1433 Hijri
22 Mei 2012 Masihi

Kematian Pasti Datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Alhamdulillah, kawan dapat juga meluangkan masa menulis blog hari ini. Kali ni kawan nak sampaikan sikit mengenai kematian. Ini adalah berkaitan dengan apa yang berlaku pada hari Ahad yang lepas. Pada tika itu, kawan dapat berita kematian Allahyarham Haji Mohamad bin Haji Ibrahim, mantan ketua kampung @ Pak Naib Kampung Parit Haji Abdul Salam. 

"Tiap-tiap benda yang bernyawa pasti merasai mati..." itulah sedikit petikan ayat 185 Surah Al-Imran. Itu lah yang akan berlaku pada kita semua nanti. Sedangkan kekasih Allah S.W.T. merasai mati,ini kan pula kita hanya manusia biasa. Persoalan yang diutarakan ialah, adakah kita telah bersedia untuk bertemu dengan-Nya?

Pada hari kejadian, kawan membantu abah kawan menggali liang lahar untuk Allahyarham. Masih segar di ingatan kawan, arwahnya yang kali terakhir kawan jumpa melihat kearah kubur dari tepi tingkap masjid. Barangkali arwahnya sudah dapat merasakan tempatnya di situ nanti. Semua orang kampung tak expect beliau akan pergi dahulu berbanding beberapa orang kampung yang sudah dalam keadaan tenat & kritikal. Namun, maut itu tidak menanti usia tua atau muda. Arwahnya jatuh sakit pada hari sabtu, dan meninggal dunia pada hari ahad.

Alhamdulillah, kawan dapat ambil pengajaran dan pengalaman menggali liang lahad. Jika di Singapura,kotak konkrit menjadi liang lahad, di Malaysia masih lagi secara manual. Semuanya memerlukan kudrat dan keringat. Namun, kawan tetap berasa puas hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk arwah. Beliau sungguh mesra sejak kawan kenal dari kecil.Arwahnya memang jarang tinggalkan masjid dan Alhamdulillah, arwahnya di kebumikan betul-betul bersebelahan dengan masjid. Itulah hajat terakhir arwah pada JKK kampung & masjid. Ingatan tulus ikhlas buat Allahyarham. Al-Fatihah..

Selasa Legi
1 Rejab 1433 Hijri
22 Mei 2012 Masihi

13 May 2012

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Pagi Ahad yang sejuk..Itu yang kawan dapat gambarkan. Hujan turun tak berhenti dari pukul 6 pagi tadi. Kini dah masuk 2 jam hujan turun. Tak menampak kan tanda-tanda bakal berhenti ni.

Setelah semalaman panas terik mencecah 33.5 darjah celcius, harini Allah Taala menurunkan hujan. Bak kata bidalan terkemuka, "Hujan itu 1 rahmat dari Allah". Kawan lihat, kadang-kadang ramai yang mengeluh kerana hujan. Apa yang perlu kita fikir, patutkah kita mengeluh pada sesuatu yang Allah Taala telah jadikan untuk kita? Adakah kita lebih elok perancangannya dari perancangan Allah Taala?

Apa yang Allah berikan ada makna semuanya.Think positive.. Pasti ada makna semuanya ini. Mungkin pada kita,hujan itu agak menyukarkan dan membataskan pergerakan kita hari ini. Namun, bayangkan sekiranya pokok-pokok bila dapat air.. Dengan keadaan air parit,longkang yang kini tercemar, bila dapat air fresh dari langit,alangkah gembiranya mereka.. Oleh itu,marilah kita mensyukuri nikmat yang Allah Taala beri. Semakin kita mensyukuri nikmat-Nya, semakin banyak nikmat yang akan Dia beri. Sekian, Wassalam.

Ahad Pahing
22 Jamadil Akhir 1433 Hijri
13 Mei 2012 Masihi

09 May 2012

Kuliah Rabu: Makmum Masbuq & Muafiq

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kawan baru je balik dari menghadiri kuliah rabu di masjid kampung kawan. Kuliah Rabu malam ni disampaikan Ustaz Syazali dari Jabatan Agama Islam Johor Daerah Batu Pahat. Tajuk kuliahnya ialah Makmum Masbuq & Makmum Muafiq.

Walaupun dulu masa di sekolah kita belajar pasal makmum - makmum ni, kita kena refresh balik. Al maklumlah..nama pun manusia,bohong kata kalau kita tidak lupa. Seperti dalam maksud ayat 3 surah Al-Asr,
"..Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran"

Ok, berbalik pada kuliah, beberapa maksud tafsiran kitab al-majmu', makmum muafiq ialah makmum yang solat di belakang imam, yang mana selepas takbiratul ihram dapat berdiri serentak dengan imam,dapat menghabiskan bacaan surah Al- Fatihah sebelum imam ruku'. Manakala bagi makmum muafiq pula ialah makmum yang solat di belakang imam,tetapi tidak sempat membaca sebahagian atau sepenuhnya surah Al-Fatihah sebelum imam ruku'..

Pelbagai persoalan biasa telah erjawab dalam kuliah tadi. Termasuklah cara-cara mengerjakan solat sekiranya terlepas rakaat bersama imam. Alhamdulillah..mana-mana perkara yang kita tak tau dapat lah kita perbetulkan. Pendek kata, continuous learning kata omputeh. Mudah-mudahan kawan dapat diberi keizinan untuk join lagi kuliah2 cam gini. Insya Allah.. Wassalam.

Rabu Pon
17 Jamadil Akhir 1433 Hijri
09 Mei 2012 Masihi

19 April 2012

Majlis Walimatul Urus Faizal Ramli

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Setelah sekian lama kawan tak post something,hari ni la baru kawan dapat mood untuk ber'blog'..hehe...almaklum lah...baru berkerja..ditambah pula kerja tempat jauh plak tu...jadi masa kawan agak terhad...balik rumah pun dan maghrib baru sampai. Namun, Alhamdulillah,dapat gak kawan kerja dalam agensi kerajaan walaupun hanya badan berkanun saje.


Ok, bukan kerana kerja kawan nak share nih. Tapi sekadar nak menyampaikan Salam Walimatul urus dari member baik kawan ni. Nama dia Mohd Khairul Faizal Bin Haji Ramli yang akan melangsungkan akad nikahnya minggu ini bersama pasangannya Siti Musliha Binti Nor Al-Din. Mereka akan di ijab qabul kan pada hari Sabtu 20 April ni di Dungun,Terengganu.Namun,majlis sebelah member kawan ni akan di adakan pada 28 April (Sabtu) di Dewan Orang Ramai Seri Medan,Batu Pahat, Johor.


Bagi kengkawan yang mengenali Faizal ni, jom kita ramai2 memeriahkan majlis nya pada 28 hb nanti. Apa2 hal roger je kawan di FB...

Sekian posting kawan untuk ketika ni. Wassalam.

Khamis Kliwon
28 Jamadil Awal 1433 Hijri
19 April 2012 Masihi

20 January 2012

Cicak oh cicak!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Hari ni kawan cuma nak share dengan semua. Pagi tadi tengah kawan dok kemas rumah, maka kawan terjumpa seekor cicak yang agak besar keluar dari celah kotak. Haha... Kawan ni memang jenis tak geli cicak. Apatah lagi kalau buru cicak. Memang favourite kawan sejak kecil lagi.

Apa yang best nya buru cicak nih? Sebenarnya buru cicak ni bagus pasal kita dapat kurangkan populasi cicak di dalam rumah. Kalau tidak,tahi cicak akan bersepah merata tempat.Dah jadi 1 hal nak kena bersihkan. Lagipun, menurut sirah, cicak ni la yang memberitahu puak kafir musyrikin Mekah yang mana ada makhluk di dalam gua Tsur ketika Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidina Abu Bakar R.A. bersembunyi ketika melarikan diri dalam peristiwa Hijrah. Nasib baik dengan izin Allah labah-labah membina sarang dengan cepat di pintu gua.

Maka, adalah baik kita kasi buru cicak-cicak yang ada. Lagipun,seekor cicak boleh bertelur sekurang-kurangnya 5 biji sekali kitaran pembiakan. Makin di biarkan makin banyak. Jadi, marilah sama-sama kita memburu cicak! hehehe... Sekian,Wasalam.

Jumaat Pon
26 Safar 1433 Hijri
20 Januari 2012 Masihi

18 January 2012

Kuliah Rabu : Kembali kepada Islam Sebenar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Malam ni kawan join kuliah rabu yang di adakan di Masjid Jamek kampung kawan. Tajuk malam ni pasal Kembali kepada Islam Sebenar. Tajuk yang ditarakan ni bukan untuk menyatakan bahawa selama ini kita ni tidak Islam,tidak ikut ajaran Islam. Tetapi sebagai panduan kepada diri kita. Yang mana kita belum buat,kita boleh mulakan kembali, yang mana selama ni kita buat secara ala kadar, kita perfectkan.

Perbincangan adalah lebih berkisar mengenai amalan dan konsep rububiyah dan uluhiyyah. Dalilnya adalah dalam Surah Al Imran ayat 19 iaitu:

Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam . Tetapi tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab itu, melainkan sesudah didatang kan kepada mereka ilmu, lantaran pelanggaran batas di antara mereka. Dan barangsiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah adalah amat cepat perhitunganNya.

Yang penting nya adalah hanya cara hidup yang diredhai Allah hanya Islam. Jadinya, nak kita kembali dalam keadaan baik kepada Nya nanti,mesti lah dalam keadaan kita dalam keredhaan Allah bukan?

Kebanyakkan kita kadang kala terlepas pandang beberapa perbuatan yang boleh menjauhi diri dari landasan cara hidup Islam. Islam itu agama yang syumul. Maka, itu lah yang terbaik baik kita. Ia tidak membebankan Hambanya dan sekiranya kita menghayati dan memahami asas sebenar,pastinya tidak akan berlaku perkara-perkara buruk seperti kes pembuangan bayi, anak tidak sah taraf, penagihan dadah, rasuah, gejala murtad dan sebagainya.

Kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Namun, tanya selera yang berlandaskan nafsu semata-mata,buruk padahnya. Jika berlandaskan keimanan, maka baik jadinya. Jika kadang-kadang kita merasa ada yang tidak kena pada diri kita, itulah dia suara hati iman kita. Maka,eloklah kita perbanyakan beristigfar dan muhasabah diri. Insya Allah,pastinya kita akan dibimbing kejalan Nya. Sekian, Wasalam.

Rabu Legi
24 Safar 1433 Hijri
18 Januari 2012 Masihi

16 January 2012

Badminton : Juara 8 Kali

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Tahniah Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau merangkul kemenangan 8 kali berturut-turut dalam Malaysia Open 2012. Sesungguhnya pencapaian beliau amat dibanggakan. Ditambah pula kemenangan kali ini adalah kali ke 8 dan bagi masyarakat Cina,angka 8 dianggap bertuah! Maka,semoga tahun 2012 ni memberi tuah kepada beliau kerana kita akan beliau adalah harapan kita untuk melihat Malaysia memenangi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik di London 2012 ni. Syabas dan teruskan usaha. Sekian,Wasalam.

Isnin Wagih
22 Safar 1433 Hijri
16 Januari 2012 Masihi

10 January 2012

Bila Bola Berbicara : Selamat Kembali Abang Long Henry!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Awal pagi tadi, kawan melayan tengok match Arsenal vs Leeds dalam saingan FA Cup. Yang kawan amat nanti-nantikan adalah kemunculan semula Abang Long Thierry Henry dalam Arsenal. Walaupun abang long Henry diturunkan sebagai subtitute,namu jelas semangat beliau terhadap pasukan yang amat berjasa padanya tidak pernah luntur. Kat bawah ni kawan pamerkan aksi prolifik abang long Henry ketika menentang Leeds United malam tadi.


Wow! Tengok lah itu,bagaimana dia meloloskan diri dan seterusnya menjaringkan gol untuk Arsenal. Walaupun abang long Henry mencecah usia 34 tahun dan kadang-kadang terlihat juga beliau pancit (dah minit-minit terakhir,lebih banyak berjalan dari berlari),namun kejituan finishing beliau amat menakjubkan. 

Kalau boleh, Arsene Wenger, ambil lah kembali abang long Henry kembali dalam skuad Arsenal. Semua merindui Henry. Dan pemain-pemain muda Arsenal tampak bersemangat bila melihat abang long dan lagenda mereka kembali. Pastinya morale mereka akan melonjak-lonjak dan dapat menyaingi dalam perebutan piala. Malah tidak mustahil mencabar kejuaraan EPL nanti. We love You, King Henry! Wasalam.

Selasa Pon
15 Safar 1433 Hijri
10 Januari 2012 Masihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...