17 April 2011

Tahniah! PRN Sarawak Tamat

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Alhamdulillah..Akhirnya BN menang majoriti 2/3 dalam Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak ke 10 kali ini. BN menguasai 55 kerusi, dan pakatan pembangkang mendapat 16 kerusi. 

Disini kita dapat melihat, walaupun BN menang besar, namun ada kawasan yang kita telah tewas. Mengapa jadi begini? adalakah rakyat Sarawak sudah jemu dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Taib yang memerintah lama sangat di Sarawak? atau mereka rasa dipermainkan apabila setiap kali menjelang pilihan raya, baru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri nak turun padang? ataupun mungkin mereka sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang selalu dimainkan oleh kerajaan mahupun pembangkang?

Kita perlu sedar, jika PRN dulu, pembangkang hanya dapat 9 kerusi, kini jumlah nya sudah menjadi 16 kerusi. Ada juga kawasan DUN yang dimenangi BN hanya sekadar ratus-ratus saja majoritinya. Maknanya disini, jika ADUN kawasan berkenaan kurang undi, ia pasti melibatkan cara kerja,protes undi dari rakyat,mahupun kekuatan pembangkang semakin kuat. Namun, sebelum kita tunding kesalahan pada orang lain, baik kita muhasabah dan menilai kesalahan diri kita sendiri. Ibarat kata pepatah, " Satu jari menunding orang, tiga jari lagi balik kepada diri kita sendiri". Sekian, Wasalam.

Ahad Keliwon
17 April 2011
13 Jamadil Awal 1432 Hijri

15 April 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Anugerah Masjid

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Hari ni kawan Solat Jumaat di masjid bentara di Jalan Ampuan, Bandar Batu Pahat, Johor. Kebetulan pula memang sebelum tu kawan ade keje sikit di Bank Islam BP,settle urusan kerja pun dah masuk time solat Jumaat, makanya kawan solat le di sana.



Khutbah kali ni di sampaikan oleh orang pejabat agama yang memang kawan kenal masa kawan praktikal di Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat dulu. Nama khatib tu Ustaz Khasbullah..memang terkenal dengan suara yang lantang dan jawa pekatnya.

Khutbah kali ni berkisar mengenai anugerah Masjid..ramai yang tidak tahu, masjid ni la anugerah kepada umat Islam. cuba bayangkan jika tiada masjid, adakah kita boleh bezakan umat Islam dengan orang bukan Islam? Zaman umat sebelum kita dahulu pun takde masjid ni. Cuma kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. yang di berikan anugerah membina masjid. Ditambah pula dengan sokongan kerajaan kita, walaupun taman perumahan sekalipun cuma ada 2-3 keluarga, surau wajib ada di taman berkenaan. Lihatlah usaha kerajaan kita dalam menyebarkan syiar Islam. Terpulang lah pada individu terbabit untuk mengimarahkan masjid dan surau berkenaan. Wallahualam....Wasalam...

Jumaat Pun
15 April 2011
11 Jamadil Awal 1432 Hijri

13 April 2011

Kenangan Lama : Kembara Mahkota Johor 2006

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Cerita kawan hari ini adalah mengenai Kembara Mahkota Johor. Tengah dok godek-godeh gambar lama dalam laptop kawan ni, lalu terjumpa lah 1 gambar yang agak lama masa kawan belajar kat UiTM Segamat dulu.


Hehehe...ni la antara gambar yang dapat kawan save dalam laptop kawan. Tak lama lepas kawan transfer dari hp kawan, hp tu terus rosak. Selamat.... 

Yang kat dalam gambar ni Tunku Ismail,anakanda sulung Tunku Ibrahim (kini Sultan Ibrahim, Sultan Johor)..Masa ni Tunku Ismail baru jadi Raja Muda Johor. Baru balik dari India, tamat pengajian tentera di sana. 

Apa yang menjadi persamaan antara kawan dan Tunku Ismail, pertama, kami sama tinggi..hehehe...Keduanya,telinga sama kembang...hehehe..ketiganya, sekarang ni sama-sama berisi. Gambar dulu nampak slim je...hahaha...

Bukan senang nak dapat peluang bergambar dengan mereka ni. Nasib baik le bodyguard Tunku Ibrahim tu anak member abah kawan. Jadinye, jumpa straight je. cakap nak bergambar dengan Tunku, terus on je...Lepas tu, baru la budak2 lain especially pompuan mula nak ngendeng ambik gambar sekali dengan Tunku. huhu...Bikin sebok je...anyway, ni antara salah 1 kenangan yang kawan tak dapat lupakan selamanya. Sekian, Wasalam.

Rabu Legih
13 April 2011 Masihi
9 Jamadil Awal 1432 Hijri

12 April 2011

Orang Baru dalam Keluarga Wak Nin

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Lama betul kawan tak post something kat blog kawan nih. Jadi sebagai permulaan, kawan nak buka cerita dengan kehadiran orang baru dalam family kawan. Jeng Jeng Jeng! Memperkenalkan!


Haaa.. ni lah dia orang baru dalam family kawan ni..Nama dia Greeny..Model Proton Persona..Disebabkan kerja kawan ni melibatkan kawan banyak bergerak, makanya terpakse la kawan beli kereta sendiri. Alhamdulillah, berkat restu abah mama kawan, dengan gaji pertama kawan beli Greeny kawan ni..

Kawan bagi nama Greeny pasal dia kaler shifon green. Memang tak ramai orang pilih kaler ni. Tapi kawan suke,pasal senang nak detect kalau gi Shoping Mall. hehehe...

Namun kembar kawan, M takkan kawan lupekan. Legend mitsubshi abah kawan tu. Gambar Greeny ni kawan ambik lepas kawan siap basuh M, mitsubshi galant lama abah kawan punye. Anyway, thats all for now. Insya Allah,pas ni kawan akan update post lagi. Wasalam.



Selasa Keliwon
8 Jamadil Awal 1432 Hijri
12 April 2011 Masihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...