Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.
Hari ni kawan nak kupas pula bahagian ke-3 dalam Bajet 2013 iaitu Kelestarian Bekalan Makanan. Dahulunya Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan pertanian dan komoditi. Dalam era 1980-an, Malaysia dipacu memasuki era perindustrian. Kini, pertanian moden diterapkan untuk mengimbangi perindustrian kerana walau apa pun yang terjadi, makanan untuk rakyat Malaysia didahulukan. Ini dapat di lihat ketika krisis makanan global tahun 2007-2009 dimana kesukaran mendapatkan beras, minyak masak, gula dan sebagainya menjadikan negara terpaksa membelanjakan lebih subsidi bagi meringankan kos bahan makanan asasi ini.
1. Subsidi Insentif Padi. Subsidi yang diberi ini adalah untuk mengembangkan potensi jelapang padi sedia ada iaitu di Kedah dan Kelantan selain menambah kawasan jelapang padi baru di Sarawak dan Pahang bagi memastikan beras,makanan asasi rakyat Malaysia dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan dalam negara. Ini dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import beras yang saban tahun lehin 500 tan metrik di import dari negara pengeluar beras seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam.Setidaknya,hasil padi dapat ditingkatkan dengan adanya benih yang semakin bermutu tinggi dan harga beras tidak melambung.
2. Skim Perlindungan Takaful Padi. Skim ini melindungi pesawah yang memiliki bendang kurang 10 hektar yang mana sedia kita maklum pesawah ni mana ada insurans. Setidaknya jika ada apa-apa terjadi, keluarga nya akan dibela. Malang tidak berbau, inisiatif kerajaan ini sekurang-kurangnya dapat memberi pembelaan kepada pesawah dan petani negara.
3. Insentif nelayan. Insentif yang diberikan adalah elaun sara hidup RM200 seorang selain sebelum ini, insentif takaful nelayan yang diperkenalkan awal tahun ini dan skim subsidi minyak, alatan menangkap ikan serta menambah kapasiti bot nelayan agar hasil tangkapan dapat dipertingkatkan.Ditambah pula, dalam Bajet 2013 ini, harga borong bagi ikan dinaikan 10 sen hingga 20 sen bagi sekilo ikan yang mana dapat menambahkan lagi pendapatan nelayan sekurang-kurangnya RM10-100 sehari.
4. AZAM Tani. Akhiri Zaman Miskin (AZAM), 1 projek kerajaan bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi bantuan 100% bagi rakyat miskin untuk berdikari mencari rezeki dan bekerja untuk mengakhiri kehidupan susah mereka. Kini mereka bukan sahaja boleh jadi petani moden, malah boleh menjadikan pertanian sebagai 1 perniagaan.
Pembelaan kepada para petani dan nelayan sekurang-kurangnya menaikan imej mereka yang dahulunya disifatkan sebagai golongan miskin kepada salah 1 golongan kaya. Lihat sahaja orang-orang Felda. Dahulunya, mereka daif, hidup menggunakan lampu pelita, air perigi. Namun kini, pendapatan masing-masih boleh mencecah ribuan ringgit. Malah bagi yang bijak mengusahakan ladang kelapa sawit dan ternakan lembu & kambing, mereka ada yang menjadi jutawan. Ini lah berkat kemakmuran Malaysia di bawah pimpinan kerajaan sedia ada. Sekian, Wassalam.
Isnin Pon
14 Zulkaedah 1433 Hijri
01 Oktober 2012 Masihi.
0 comments:
Post a Comment