30 December 2010

Bola dan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Akhirnya penantian 14 Tahun rakyat malaysia untuk kita semua melihat kehebatan pemain kita di pentas antarabangsa telah tiba. Akhirnya kita menang juga piala AFF Suzuki Cup (atau nama lain yang lebih dikenali ramai, Tiger Cup). Syabas dan tahniah dari 27 juta rakyat Malaysia kepada 22 pemain dan 10 jurulatih, physio, dan budak milo kerana telah berjuang bermati-matian untuk memastikan kemenangan mutlak ke atas Indonesia walaupun kita bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di hadapan 85,000 penonton Indonesia.


Well, seperti yang di jangka, corak permainan Malaysia dilihat sebagai bertahan, namun Safee dapat meloloskan diri untuk menjaringkan gol untuk Malaysia. Dengan away goal itu lah, yang meng'secure' kan lagi kemenangan Malaysia terhadap musuh ketat, Indonesia. Pendek kata, counter attack approach yang dibuat amat berkesan sekali. 

Tahniah diucapkan kepada Top Goal Scorer, Mohd Safee Sali menjaringkan 5 gol. Memang superb betol jaringan bertaraf world class footballer yang ditunjukan oleh beliau.

Tahniah juga diucapkan kepada Midfield General Malaysia, kerana menjadi antara Kapten Skuad Negara termuda menjulang Piala Antarabangsa. 

Tahniah juga kepada Flamboyant Midfielder kita, Norshahrul Idlan Talaha menjadi perancang utama hantaran cantik,Assist terbaik untuk Safee...Berkat Pengantin Baru dan Semangat Isteri, memang nampak keberkataan nya. Pasti Isteri Shahrul berbangga dapat suami cam die..Syabas!

Dan yang ni tak kita nafikan, boleh dilihat sebagai Arsene Wenger Malaysia, Ketua Jurulatih Kebangsaan, K. Rajagopal. Dia memang betol2 jadi Raja kali ini. dan menjadi Arkitek skuad bola sepak negara. Syabas Coach!

Kepada semua penyokong-penyokong pasukan Malaysia, lepas ni kita boleh la ramai-ramai penuhkan stadium di Malaysia. Kita hidupkan kembali semangat bola sepak zaman 70'an...Tahniah juga kepada kelab penyokong seperti Harimau Malaya dan Ultras Malaya yang tak jemu-jemu support team bola sepak negara. Kepada kelab-kelab lain, tahniah juga...lepas ni ada match Malaysia, pakat-pakat sokong kaw-kaw punya!


16 December 2010

Musim Sakit Beramai-ramai

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Well..Sudah lama jugak kawan tak update blog nih...Sebenarnya kawan ni tak berapa sihat...Ni pun hidung kawang tengah dok tersumbat. Dah seminggu dah baik-baik lagi. Nak kate jumpe doktor, dah pegi. Suara pun dah sengau. Aiseh...Kacau daun betol.

Walau ape-ape pun kawan cume nak share sikit tentang kesihatan nih. Mula-mula pasal gula. Fuh! Tengah kecoh sekarang iklan di corong radio, surat khabar, tv, suruh kita kurangkan pengambilan gula. Yup! Kawan sokong pasal rakyat Malaysia ni memang kuat makan gula. Menurut kajian World Health Organization (WHO) purata seorang rakyat Malaysia mengambil gula sebanyak 26 SUDU SEHARI....berbanding syor yang sepatutnya dalam 10-15 sudu sehari. Hai....Apa sudah tak ingatkah kita pada peribahasa.."Mati Semut Kerana Gula"...lepas ni kita boleh ubah.."Mati Manusia kerana Diabetis".


Beberapa hari yang lalu, sempat gak kawan minum-minum di Kulaijaya. Lepas interview di sana,kawan singgah la makan di sebuah restoran di sebelah tempat kawan interview tu. Kawan mintak limau suam kurang manis. Bila order dah sampai, kawan minum,nak tersembur air tu. Ntah berapa sudu gula lah yang peniaga tu letak. Kawan mintak tukar, dan air yang kedua pun sama. Last-last kawan beli air mineral. Puas hati.

Tapi kawan geram gak pasa 1 iklan kempen kurangkan gula di radio. Iklan tu lebih kurang begini"

Timah hendak beli jem.Disapa oleh kawan nya, Minah

Minah : Eh Timah, ko beli ape tu.
Timah : Hendak beli jem ni la. Boleh makan dengan roti.
Minah : Eh engkau ni. Sebelum beli lihat dulu ada gula ke tidak. Tengok ni.G.U.L.A. tak boleh ni. Kita kan di sarankan kurangkan pengambilan gula. Nanti boleh kena penyakit.

Dari dialog iklan di atas, kawan nak tergelak pun ade, nak meradang pun ade. Nak tergelak pasal gaya percakapan mereka berdua tu. Tapi yang nak jadi meradang nye tu, pasal die kate "tak boleh...ada gula ni". Cuba anda fikirkan, apa makanan dalam dunia ni yang takde gula? Dalam ingredient roti ade gula, dalam nasi, kanji itu ada gula, tepung pun ada gula..Pendek kata, semua bahan mentah dalam dunia ni ada gula. Air pun ada gula.Kalau tidak tak kan air tu ada rasa dan ph nya diantara 6-8...

Tapi kawan respek orang-orang zaman dulu. Mereka minum manis-manis. Tapi tak kena penyakit..kenapa? Pasal mereka makan gula melaka atau dikenali jugak sebagai gula kabung. Ini kerana gula ni la yang pure dari tumbuhan,ditapis oleh tubuhan itu sendiri. Berbanding gula kristal yang sedia ada sekarang, di oleh dari tebu yang di proses, dengan bahan kimia dijadikan hablur kristal dan kita tidak tahu adakan tebu dan air tebu itu di tapis atau pun tidak.


Jadi, gula ni ibarat nadi kehidupan. Cuma kita ni perlu la kawal, bukan nya menidak kan pengambilan nya. Sama-sama fikirkan. Renung-renungkan dan Selamat beramal!

08 December 2010

6 Soalan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, dapat gak kawan meluangkan masa sedikit untuk menulis blog hari ini. Well, kadang-kadang tu memang ade terfikir nak posting someting, tapi takde idea plak nak tulis. Jadinya, hari ni dapatla kawan ni ilham untuk tulis something dalam posting kali ni.

Hari ni kawan macam biaselah. Ke masjid time Maghrib tadi. Kebetulan pulak ade kuliah. Jadinya dapatla diberikan ruang masa dan kesempatan untuk kawan ni sama-sama mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh Imam kampung kawan.

Tajuk kuliah hari ini adalah 6 SOALAN. Wah! Bagi kawan, ni 1 benda baru dan agak macam best je bunyinye. Tertarik la ati kawan untuk join mendengar ilmu yang disampaikan. Lagi-lagi majlis ilmu agama. Ye la, hal dunia, dunia gak kan. Untuk bekalan akhirat jangan dilupa. Rupanya, 6 soalan ini adalah soalan-soalan yang ditanya oleh salah 1 Imam famous dalam sejarah Islam kepada anak muridnya. Imam berkenaan adalah Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali ni adalah salah seorang imam yang mahsyur selain 4 imam mazhab iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam mazhab kita iaitu Imam As-Syafie. Imam Al-Ghazali ni juga tidak pernah berkata "salah" kepada jawapan yang anak murid beliau berikan. Namun, beliau akan berkata "Jawapan yang lebih benar adalah..." untuk memberikan penjelasan. Berikut adalah soalan-soalan Imam Al-Ghazali kepada anak-anak murid nya dan jawapan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali.


  1. Soalan : Apakah benda yang paling dekat di dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Mati"
  2. Soalan : Apakah benda yang paling jauh di dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "masa lalu"
  3. Soalan : Apakah benda yang paling besar di dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Nafsu"
  4. Soalan : Apakah benda paling berat dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Amanah"
  5. Soalan : Apakah benda paling ringan dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Meninggalkan Solat"
  6. Soalan : Apakah benda / senjata paling tajam dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Lidah"
Terkedu kawan seketika sambil celik biji mata mendengar dan melihat paparan Projector kuliah. Astagfirullah. Benda-benda ni la yang selalu kita semua lakukan. Kadang-kadang kita lupa mati tu anytime je leh datang. Pasal tu dah memang janji Allah s.w.t. Setiap benda akan mati kecuali Allah. Masa yang lalu, tak kan datang kembali. Kejar macam mana sekalipun, guna roket dan jet selaju manapun tak kan dapat kita kejar balik masa yang dah berlalu. Nafsu kita ni pulak adalah benda paling besar sekali. Kalau dah diri dikawal nafsu, pikir ape pun dah tak bleh dah. Bila pula orang beri amanah, itulah yang kita kena laksanakan. Nanti di Akhirat kena soal kalau tak jalankan amanah dengan betol. Dek kerana kita sibuk kadang-kadang kita lupa dan ter miss solat. dan Lidah kita ni kita tidak sedar yang kita mungkin menghiris perasaan orang lain. Kawan ni pun bukan le baik sangat. Kawan pun pernah lakukan perkara-perkara berkenaan. Tapi biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam. Barulah adenye penambah baikkan dalam kehidupan. Sama-sama kita hayati... "Renung-renungkan dan selamat beramal"


06 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Akhirnya, petang ini, masuklah kita ke tahun baru Hijrah 1432. Segala apa yang kita lakukan pada tahun 1431H,yang baik mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan mana yang buruk, tidak lah diulang lagi ye. Apa yang penting niat kita lakukan sesuatu itu perlulah berlandaskan Islam dan keimanan terhadap Allah S.W.T.

Jangan lupa kita beramai-ramai petang ini mengimarahkan masjid-masjid, surau-surau, berdoa secara berjemaah untuk mendapatkan keberkatan menyambut tahun baru Hijrah ini. Dan dengan mestajabnya doa berjamaah itu, apa yang kita niatkan, apa yang kita harapkan akan dimakbulkan Allah S.W.T.

Semoga tahun baru Hijrah 1432 ini akan kita harungi dengan penuh redha dan sentiasa berdoa agar tahun ini dipermudahkan segala apa yang kita lakukan. Perbuatan yang baik di segerakan, perbuatan jahat di tinggalkan. Amin.


28 November 2010

Kenanganku : Memandikan dan menyempurnakan jenazah

Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Lama gak kawan tak update blog ini. Dalam seminggu dua ni, agak sibuk sikit. Sibuk bukannye ape, tapi sibuk layan Sukan Asia kat channel 821-826..hehehe...kawan ni memang minat sukan. Dan kawan mula belajar rules dan cara permainan Kriket. Best gak main kriket nih. Rase cam nak join plak.. nanti boleh buat team kriket kat kampung..hehehe...Okeh...kita KIV dulu cerita kriket nih...kawan nak ceritakan pengalaman kawan menguruskan jenazah baru-baru nih.

Setiap perkara pasti akan menemui kesudahan nye. Dan kesudahan nye adalah kematian. Tiada apa yang kekal kecual Allah S.W.T. Dan kita sebagai manusia perlulah bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Antara kita di jemput Nya atau kita menguruskan orang yang dijemput itu.

Sebenarnya, sebagaimana kita tau, menguruskan jenazah orang yang meninggal dunia ni fardu kifayah. Nak dijadikan beratnya tanggungjawab fardhu ini jika tidak diuruskan, 1 kampung akan menerima dosa akibat tidak menguruskan jenazah berkenaan.

Namun, apa yang menyedihkan adalah kini tiada siapa yang berani menguruskan jenazah. Alasan-alasan popular adalah Takut, tak mahir, serahkan pada yang senior, dan bermacam alasan lagi. Astagfirullah. Alangkah sedihnya jika tiada 1 pun anak muda kita tidak mampu menguruskan jenazah. Adakah kita hanya mahu mengharapkan pihak hospital menguruskan nya? bayangkan jika jenazah itu ibu atau bapa kita atau orang yang kita sayang.

Baiklah, kisah pengalaman kawan bermula ketika menerima khabar perginya salah seorang orang kampung kawan ke Rahmatullah. Kebetulan si mati meninggal dunia pada hari bekerja iaitu pada hari selasa malam. Jadinya akan dikebumikan pada hari Rabu pagi. Hari Rabu pagi, kawan dan abah kawan pergi melawat si mati. Rupanya si mati belum di sempurnakan. Anak-anak si mati meminta agak kawan dan abah kawan menguruskan jenazah ayahanda mereka. Atas kepercayaan waris si mati, maka kawan dan abah kawan menyempurnakan jenazah.

Jenazah di baringkan di atas tempat mandi yang disediakan.Dimulakan dengan menanggalkan pakaian si mati, kami tinggalkan kain untuk menutupi aurat si mati. Proses ini dilakukan di tempat tertutup dan diuruskan oleh kawan,abah kawan dan 2 orang lagi sebagai pembantu. Badan si mati di bersihkan, dari ujung rambu hingga hujung kaki, lubang telinga, mulut, lubang hidung semuanya tidak terkecuali. disabunkan dengan penuh cermat dan lembut. Yela, walaupun kita berurusan dengan si mati, namun, perlu secara lembut. Si mati telah mengharungi kesakitan berpisah roh dari jasad. Jadi kita menghormati jasadnya itu.

Setelah di bilas dengan air sehingga hilang bekas sabun, si mati di wudhuk kan. setelah selesai di wudhukan, di basahkan dengan air kapur barus. dan dikeringkan. Kemudiannya, jasad berkenaan di letakkan di atas kain kafan yang telah disediakan terlebih dahulu.

Kain kafan yang di sediakan adalah 3 helai sepanjang 5 kaki 7 inci. Ini kerana tinggi si mati adalah dalam 5 kaki 5 inci. Jika jenazah adalah wanita, makanya 7 helai kain kafan di perlukan. setiap kain kafan diletakkan kapas sebagai pembalut dan rempah khas yang disediakan. rempah berkenaan adalah untuk preserve sementara dan mewangikan jasad si mati. 

Jasad berkenaan di hamparkan di atas kain kafan dan di balut elok-elok. Jasad  berkenaan juga di pakai kan celak agar nampak berseri untuk menemui Ilahi. dan kemudiannya jasad berkenaan di baluti dengan kain kafan. Makanya sempurna sudah menguruskan jenazah dan jenazah berkenaan sedia untuk di sembahyangkan.

Itulah pengalaman kawan. Ada beberapa petua juga untuk memandikan jenazah ini. pertama, kita perlulah bersih dan berwudhuk seeloknya. Sebelum mandikan, untuk mengelakkan terkejut, lihat dari kaki jenazah membawa ke muka. Dan setiap siraman disertakan bacaan umul kitab surah al-fatihah dan selawat ke atas nabi.

Allahmdulillah, rasa puas sekali dapat menyempurnakan jenazah berkenaan. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang mukmin Insya Allah.

Sekian entry kawan kali ini. berjumpa lain kali. Wasalam.


18 November 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Rasenya tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Hayatilah Aidiladha ini dengan erti pengorbanan sebenar. Sesungguhnye Pengorbanan ke arah kebaikan adalah 1 jihad yang amat dituntut Islam.

Tengok orang gi menunaikan haji, teringat time saye gi umrah 2 tahun yang lalu.Ketika tu keadaan di Makkah pun belom fully renovate lagi. Jam Besar (gambar bawah) tu pun belom wujud lagi.
Tapi kenangan di tanah suci Madinah dan Mekah begitu kuat dan terasa ingin pergi sekali lagi menjejakan kaki ke sana. Tidak pernah saye rase begitu tenang sekali di tempat lain selain dari 2 tanah suci ini. Setiap kali hatiku ini melihat kaabah, pastinye hati akan teras sebak. Ya Allah, moga-moga diberi diriku ini kesempatan lagi untuk kembali ke rumah Mu itu. Amin.

Dengan perbezaan keadaan ketika umrah dan Haji, hanya pada melontar jamrah dan bermalam di Mina dan Mudzalifah. Untuk ibadah Saie dan Tawaf, perkara nya adalah sama. Alhamdulillah aku dapat sempurnakan nya dengan begitu baik sekali. 



Selain ibadah haji, Aidiladha juga disambut dengan melakukan ibadah qurban. Tahun ni, kampung ku hanya buat 3 ekor lembu saje untuk di qurbankan berbanding 8 ekor tahun lepas. Dengan cuaca hujan, aku sempat join sembelih 1 ekor je. Ramai gak yang datang menolong lapah daging tapi lagi ramai yang tolong tengok. Biase la..pergi mana-mana tempat pun sama je. Bab jadi mandur ramai, tapi buat keje memang boleh kira pakai jari tangan je.  Tapi walau ape pun, yang penting keikhlasan hati kita sebenarnye.

Akhir kata, itulah entry untuk kali ni. Ade benda menarik akan dikongsi lagi. Wasalam.


13 November 2010

Syabas! 1 Lagi Pencapaian Proton

Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia.

Baru-baru ni kita diberitakan bahawa model ke-15 Proton telah di lancarkan secara rasminya. Dan model ini dinamakan "Proton Inspira". Model pertama Proton era baru yang mana boleh saya katakan hebat. walaupun ia adalah facelift model Mitsubshi Lancer GT, tetapi, kereta ini menggunakan 40% komponen tempatan dan akan dipertingkatkan kepada 60% tidak lama lagi. Ya, sebagaimana kita tahu, Proton merupakan alliance bagi Mitsubishi, Pengeluar Kereta Nasional Jepun. Jadi, tidak hairan lah jika kebanyakan kereta Proton mempunyai design sama dengan Mitsubshi ni. 

Apa yang menghairankan adalah beberapa suara sumbang kedengaran mengenai Proton. Kenderaan tidak berkualiti lah, Cepat rosak lah, itu lah, ini lah. Ya, tidak dinafikan, bahawa kenderaan Proton memang banyak masalah. bak ibarat pepatah "nobody's perfect @ tiada siapa yang sempurna". 

Bagi saya, apa yang cuba Proton buat adalah pembangunan dan peningkatan imej negara sebenarnya. Dan negara mana yang harum kalau bukan Malaysia. Ya, memang benar yang kenderaan Proton banyak masalah, tetapi masalah ini dapat dihidu terlebih dahulu di dalam negara sendiri. Tidak seperti syarikat-syarikat besar terkemuka seperti Nissan dan Toyota. Kenderaan dah keluar negara, baru dapat tau rosak. Dah kena panggil balik. Setakat ini, Proton hanya memanggil model Savvy saje berbanding Nissan memanggil model Livina, Sentra,Slyphy dan Toyota memanggil balik model Corrolla, dan Vios.

Perlu kita ingat, siapa lagi nak support barangan kita kalau bukan kita sendiri. Jika tidak kerana Proton, pastinya lebih setengah juta pekerja anak tempatan dari bidang komponen, alatan, pemasangan, jualan, pengurusan, penyelidikan, malah tukang cuci bangunan tiada pekerjaan. Tidak diragukan idea mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang radikal, malah dahulunya dikatakan idea "gila", dan dicemuh "hendak buat jarum sebatang pun belum mahi,inikan pula kereta", namun, kenderaan ini lah juga yang banyak bergerak dijalan raya sekarang. Malah idea negarawan ini lah diangkat lagi dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) sebagai tawaran pilihan kenderaan tempatan.

Apa yang penting,semangat memartabatkan kenderaan tempatan. Apa nak di susahkan, jika kenderaan ini rosak, boleh saje ganti alat-alat yang rosak itu dengan mudah. Bersepah spare part untuk kenderaan tempatan ini. Bukan prestij nye sesuatu kenderaan sebagai ukuran, tetapi kebolehan sesuatu kenderaan itu memberi pulangan nilai kepada pengguna. Setakat beli hanya design yang lawa, prestij jenama, membazir saje. Ini kerana, dalam 2-3 tahun, pastinye model baru yang lebih power akan keluar. Lihat saja model Honda City dan Toyota Vios, setiap 2 tahun mereka akan keluarkan model baru. Model yang lama bersepah-sepah sebagai kereta second hand. Alat gantinya pula bukan murah bukan...yang original oil filter saje dah RM25 berbanding benda yang sama tapi untuk kereta Proton hanya RM10. Teknologi enjin juga sama seperti Mitsubshi bagi Proton. Mana tak nye, dah nama kereta facelift Mitsubishi, komponen dalaman dan teknologinya juga sama.

Jadi, jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah kereta idaman anda. Yang pastinya, jangan hanya nak bergaya, tak sampai setahun kereta anda kena tarik kerana tak mampu bayar. Ukur baju di badan sendiri. ~Renung-renungkan dan Selamat Beramal!~ Wasalam.

 
 



10 November 2010

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia

Saya di kesempatan ini mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berjuang kepada para atlit dari kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Guangzhao, China. Teruskan kecemerlangan pencapaian 12 pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi, India baru-baru ini. Walaupun kita sedar kemampuan kita ditambah pula hanya 1 bulan untuk recover dari Sukan Komanwel, namun diharpkan para atlit kita dapat mempamerkan persembahan yang mantap dan luar biasa. Pastinya semangat Harimau Malaysia ditiupkan dan ini dapat dilihat pada permulaan baik bola sepak dengan Malaysia menumpaskan Azerbaijan 2-1. Berjuanglah kalian sedaya yang boleh. Jadilah Manusia yang luar biasa! Malaysia Pasti Boleh! Rakyat Malaysia akan sentiasa berdoa kemenangan kalian!

 



03 November 2010

PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi - Selamat Mengundi!

Assalamualaikum w.b.t.

Ya, esok 4 November 2010 menjadi penentu penduduk di kawasan Galas, Kelantan dan Batu Sapi di Sabah untuk memberi mandat baru kepada wakil rakyat mereka. Walau apa pun simbol yang mereka pangkah, semestinya itulah wakil rakyat yang mereka ingin kan untuk membawa aspirasi dan suara mereka di dewan undangan negeri mahupun di Parlimen kelak. 

Dalam PRK kali ini, dapat dilihat suasana berkempen yang tenang. Walaupun ada beberapa insiden provokatif, namun ianya tidak mendapat tempat di hati masyarakat di kawasan berkenaan. Ini menunjukan pengundi-pengndi kita sekarang semakin matang dan tidak terbawa-bawa dengan emosi. Syabas kepada semua bakal pengundi di kawasan Galas dan Batu Sapi. Moga-moga mereka ini dapat dilihat sebagai contoh terbaik kepada masyarakat di seluruh Malaysia dan sifat mereka ini dapat diamalkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Oleh itu, keluarlah para pengundi semua beramai-ramai. Kalau boleh, keluarlah awal sikit ye. Mana lah tau, petang-petang kang ujan pulak. Dah le tengah musim ujan ni. Undi anda amat berharga. Pilihlah calon yang anda rasa layak. Jangan dilihat pada pendidikan nya, kekuatan nya, kekayaan nya. Tapi pandanglah kepada kebolehupayaan calon untuk bekerja demi rakyat, memahami masalah rakyat dan mampu membawa suara rakyat ke peringkat atasan.

Selamat menunaikan kewajipan kepada semua pengundi di Galas dan Batu Sapi. Anda penentu kerajaan masa hadapan. Selamat mengundi! Wasalam.


01 November 2010

Kemalangan Jalan Raya : Salah Siapa?

Salam. Kita baru-baru ni dikejutkan dengan beberapa siri kemalangan jalan raya dalam sebulan dua ini. Lebih-lebih lagi kemalangan jalan raya yang membabitkan bas ekspress. 10/10/10 18 orang terbunuh, dan baru-baru ni di Genting Sempah dengan 7 kematian. Nampak gaya pengusaha bas ekspress ni dah macam berlumba nak catat rekod sape dapat bunuh paling ramai penumpang kot...

Antara yang terlibat yang boleh diperkatakan antara penyebab kemalangan ini adalah:

Pemandu bas - yang ni memang penyebab utama nih. Pasal nya die ni yang pandu bas. bukan penumpang. Apa dia tak pikir ke nyawa orang yang dia bawak kat belakang tu? Dia ingat die bawak bas tu macam bawak basikal agaknye.Selagi jarum meter halaju tu tak cecah 150-160 kmj tak sah kot.

Pengusaha bas - yang ni pun 1 penyebab masalah ni. Patut nya mereka kena pastikan pemandu bas itu bebas dari saman trafik, bebas dari alkohol dan dadah, serta benar-benar terlatih. Jika kita lihat di negara-negara barat, setiap 6 bulan pemandu-pemandu bas mereka akan di hantar untuk menjalani latihan memandu dan ujian memandu. baru lah benar-benar pemandu terlatih..bukan macam di Malaysia, pemandu bas 'terletih'.

Faktor bas uzur / rosak / brek tak makan - ni memang dah menjadi alasan lapuk. asal kemalangan je mesti kaitkan bas rosak lah, brek tak makan la..sorry la brader..alasan dah tak boleh pakai la. Kalau bas baru, tak kan dah uzur kot. Speed kat lebuh raya maunye nak cecah 160 kmj di lenjan nye. Siap boleh berlumba dengan BMW 3 series tu. Kalau betul bas tu rosak, kenapa masih lagi gunakan? Gi la hantar repair. Tak kan la itu pun nak kena ajar kot..

Faktor keadaan jalan raya - antara alasan favorite. Sepatutnya, pemandu bas ni dah tau tempat yang mereka lalui itu tempat yang terpencil. tak tahu macam mana permukaan,keadaan jalan raya. Jadinya,bawak lah perlahan sikit. JKR pun sama-sama salah juga. Tempat yang selalu dilalui, buat la jalan yang baik sikit. Jangan dok asyik bagi tender kat syarikat kontraktor, lepas tu lepas tangan je. Perlu sentiasa memantau keadaan jalan berkenaan.

Faktor kemalangan jalan raya ni 98 peratus adalah dari faktor manusia itu sendiri. setakat jalan raya, cuaca, keadaan kenderaan tu baru 2 peratus je. Apa yang penting sikap pemandu itu perlu di ubah. Jalan raya ni bukan macam litar lumba. jadi berhati-hati la dan bersopan di jalan raya. Bak kata orang muda sekarang, "Bukan kau sorang je yang guna jalan raya. Kalau nak mati, mati la sorang-sorang. Jangan la libatkan orang lain mati".

Yang bagus nya setiap kenderaan baru di Malaysia ni perlu ada sistem limit had laju. teknik dan sistem ini telah diguna pakai di Jepun dan ini berkesan menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Jepun sebanyak 50 peratus.Sistem ini akan di set kan kepada had laju 120 kmj. yang mana kalau pemandu tu tekan macam mana kuat sekali pun pedal minyak kenderaan tu, cuma boleh lari 120 kmj je. Malaysia punya lebuh raya bukan macam lebuhraya di German yan mana ade lorong khas memecuk tidak kurang 110 kmj. jadi memang lorong itu dikhaskan untuk memecut selaju yang boleh. Jadi bak kata orang tua-tua, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek. ~Renung-renungkan dan Selamat Beramal~

29 October 2010

Sukan dan Pembangunan

Alhamdulillah..Lame betol saye tak update blog ini..hampir kira sebulan lah. Asyik dok sibuk je kebelakangan ini.Tapi takpe, yang penting segala apa yang ada dalam pengalaman sebulan ini akan saye sampaikan dalam blog ini semuanye.

Agak tidak terlambat jika saye mengucapkan syabas kepada pasukan sukan komanwel Malaysia yang telah berjaya membawa pulang 12 pingat emas dari temasya itu. Ini adalah 1 pencapaian yang amat membanggakan negara kerana berjaya mencapai kutipan pingat emas tertinggi luar dari Kuala Lumpur (dulu masa sukan komanwel di Kuala Lumpur tahun 1998,Malaysia dapat 10 pingat emas). Berkat usaha kerajaan yang melabur berjuta ringgit untuk pembangunan sukan Malaysia.

Namun, tetibe saye terfikir,adekah pekara ini akan sentiasa berlaku? adekah bidang sukan Malaysia ini akan berkembang?dan yang penting,adekah kita mempunyai prospek mase depan dan pembangunan atlit pelapis masa hadapan yang cerah? ini lah persoalan yang akan kita kupas nanti.

Setakat ini, pencapaian kita amat membanggakan dari segi kutipan pingat. Namun, beberapa acara sukan yang sepatut nya dapat menyumbangkan pingat telah tersungkur. Apakah yang menjadi penyebab bagi masalah ini? sebagai contoh, skuat boling padang pada temasya sukan komanwel kali ini tidak dapat membawa pingat emas yang diharapkan sedangkan kita merupakan antara kuasa dunia dalam boling padang. Adakah masalah ini berpunca dari masalah cuaca? rasanya tidak kerana sukan ini dimainkan dalam kawasan tidak berangin, dan dilakukan pada waktu malam. adakah emosi pemain/atlit kita terganggu? mungkin ya kerana penyokong pasukan India sememang nya fanatik. Kita boleh lihat dalam banyak kes seperti perlawanan Kriket India melawan Pakistan yang mana apabila India kalah tak silap saya pada tahun 1996, mereka terus menutup pintu sempadan dan bersedia untuk berperang bila-bila masa dengan Pakistan. Namun, dalam acara boling padang ni, penyokong India tidak berminat kerana ini bukan nya sukan teras mereka berbanding Hoki, Kriket dan Menembak.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mengembangkan bidang sukan. Antaranya bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam hal kemasukan ke IPTA seseorang pelajar itu perlu mempunyai 1 sukan teras. Ini merupakan 1 langkah yang baik dalam memupuk minat pelajar menceburi bidang sukan. Namun begitu, ianya tidak diurus dan dirancang dengan baik. Misalnya, walaupun pelajara bekenaan berminat dalam satu-satu jenis sukan, atas beberapa faktor, mereka tidak begitu aktif terhadapnya. Disebabkan potensi pelajar itu lebih bagus dalam akademik,maka pihak sekolah dan ibu bapa memaksa pelajar berkenaan fokus dalam pelajaran sahaja. Ya, memang benar bahawa pelajaran itu penting dan perlu diutamakan namun sukan juga penting sebagai riadah dan pelepas stress ketika belajar. Perlu di ingatkan bahawa anak-anak itu adalah manusia, bukan nya robot atau superkomputer yang hanya perlu belajar sahaja. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik, jiwa anak-anak itu akan memberontak. Dan terjadilah situasi anak merajuk, lari rumah, berdendam dengan ibu bapa, melawan/derhaka ibu bapa..dan kesan nya boleh dilihat di rumah-rumah orang tua yang mana semakin lama semakin ramai penghuninya.


Apa yang menarik hati saya adalah pengurusan Kementerian Belia dan Sukan Singapura yang mana pendedahan sukan ini telah dipupuk sejak sekolah rendah lagi. Ini adalah dari pengamatan saya pada anak-anak saudara saya yang berada di Singapura. Dengan cara ini beserta komitmen kerajaan, dapat menghasilkan impak yang amat besar. Sebagai contoh, kita lihat Singapura. Dahulunya mereka adalah pasukan belasahan di dalam sukan komanwel. Nak bawak pulang sebutir pingat emas pun payah. Namun, hanya dalam masa 12 tahun segalanya berubah. Malah sekarang mereka boleh menyaingi Malaysia dalam mengejar pingat. Bukan saya ingin menbangga-bangga kan Singapura dek kerana ramai saudara-mara saya di sana, namun secara positif, kita dapat lihat kemajuan sukan di sana. Jika dilihat, perbelanjaan sukan mereka dalam belanjawan nasional mereka lebih kurang saja dengan Malaysia. Malah dalam bidang penyelidikan dan latihan, Malaysia lebih kehadapan kerana kita mempunyai pusat-pusat latihan di luar negara seperti di England dan di Australia. Namun, di manakah silapnya kita tidak mampu untuk membangun kan sukan ke paras tertinggi?


Berbalik pada sukan di bangku sekolah. Ya, di Singapura, mereka mewajibkan murid-murid mempunyai 1 sukan teras yang akan mereka bawa hingga dewasa. Ini tiada pengecualian walaupun anak itu cacat, mempunyai sakit (melainkan sakit kronik yang tiada harapan sembuh lagi). Sebagai contoh, jika seorang murid itu mempunyai tubuh badan yang sihat, maka murid itu boleh menceburi sukan yang agak lasak seperti tinju, olahraga, larian, maraton, berenang dan sebagainya. Bagi mereka yang cacat, mereka diserapkan ke dalam sukan-sukan yang terlibat dalam Paralimpik. Dan bagi yang mempunyai sakit namun tidak kronik, sebagai contoh asthma, mereka boleh menceburi 'indoor sports' seperti menembak, boling padang, catur dan sebagainya. Tambahan pula, jika murid berkenaan tiada sukan teras, maka tiada bantuan persekolahan diberikan seperti subsidi pelajaran, subsidi makanan dan sebagainya. Jika anak-anak itu terlibat aktif, mereka akan dimasukan ke dalam sekolah sukan yang mana manfaat nya lebih besar seperti pemberian biasiswa sebanyak S$ 6000 setahun (RM13,000 setahun), guru private untuk belajar sekiranya murid itu mempunyai masalah dalam pembelajaran, bantuan alatan sukan percuma dan sebagainya. Sepatutnya Malaysia perlu mengambil idea ini agar pembangunan sukan di Malaysia rancak dan kita mampu melahirkan atlit-atlit yang bertaraf dunia.


Atlit-atlit kita sekarang berada di posisi terbaik dunia. Lihat saja Datuk Lee Chong Wei, Pemain no 1 Dunia dalam acara badminton, Datuk Nicol Ann David dalam acara Squash...ini 1 contoh terbaik pembangunan sukan kita antara yang terbaik. Namun, mereka tidak akan selamanya sentiasa diatas. Lambat laun, pemain/atlit baru akan ambil alih tempat mereka. dan akhirnya jika kita tiada pelapis, kita akan menjadi seperti squad hoki kebangsaan kita. Dahulu saya masih ingat lagi ketika di sukan komanwel 1998 di Kuala Lumpur. kita mampu menyumbang kan pingat dan rangking dunia buat squad hoki kebangsaan kita ketika itu dalam kelompok 10 terbaik dunia. Namun, apa sudah jadi sekarang? kita menjadi squad belasahan melainkan menang tipis dengan Scotland dalam sukan komanwel baru-baru ini. Contoh lain adalah Indonesia dalam acara badminton. 1 ketika dulu, sebut sahaja badminton, takde name lain selain Malaysia dan Indonesia. zaman emas Malaysia adalah tahun 1992 kita menang Piala Thomas,zaman emas Indonesia pula ketika adanya Rexy Maniaky (kini jurulatih beregu Malaysia), Ricky Subarja, hingga ke zaman Taufik Hidayat dan Hendrawan. Kini Indonesia menjadi pasukan belasahan dan kita dapat lihat penguasaan atlit dari China, Korea dan Jepun. Dimanakah silapnya? sekiranya kita tidak gilap bakat-bakat muda, tidak mustahil kita akan menjadi apa yang berlaku pada pasukan bola sepak kita, pasukan hoki, dan pasukan sepak takraw.


1 cadangan yang menarik hati saya adalah pengambilan dan pemberian taraf warganegara kepada atlit luar dan menggunakan keupayaan mereka untuk negara. Ya, mungkin Idea saya agak radikal tetapi ini adalah antara jalan yang terbaik bagi memperkuatkan dan mengukuhkan sukan negara kita. Sebagai contoh, pemberian taraf warganegara kepada pemain import Liga Malaysia dalam bola sepak seharusnya perlu dikaji kerana ia boleh beri kesan positif dan negatif. Kesan negatif memang lah semua tahu,yang mana ia akan menyekat bakat-bakat anak muda tempatan. Namun,secara positifnya, ia akan menjadikan persaingan yang kompetatif antara pemain kita. tambahan pula, pemain import ini akan membawa pengalaman permainan antarabangsa mereka kedalam liga kita. dan ini akan menjadikan permainan pasukan kita lebih bertaraf dunia. kita lihat bagaimana Jepun dan korea mampu ke piala Dunia. mereka mempunyai liga kebangsaan yang kompetatif, permainan bertaraf dunia, gaya permainan eropah dan mampu 'mengeksport' pemain mereka untuk bermain di Eropah seperti liga Itali, Liga Inggeris, Liga Jerman dan sebagainya. Padahal mereka lebih kurang je macam kita, pendek-pendek, mata sepet, cepat pancit. Tapi mereka berjaya membawa permainan skill bergaya setanding skill pemain Brazil. Ini kerana pemain bola dari Brazil di import khas dalam pasukan liga kebangsaan mereka.ada pula yang mewakili Jepun dalam Piala Dunia. Kita sepatut nya tidak melihat ini sebagai kekangan terhadap bakat anak muda kita kerana dalam tempoh 10-20 tahun akan datang, pasti ianya akan beri kesan yang baik terhadap sukan di Malaysia.


Tambahan pula,sekiranya pemain atau atlit itu bersara,mereka boleh diserap terus sebagai jurulatih dan pastinya itu 1 kelebihan kerana mereka sudah dapat mengenal pasti keupayaan pasukan kebangsaan kita. ini dapat dilihat seperti Rexy Maniaky yang mampu membawa beregu negara ke rangking no 1 dunia. kerana beliau telah lama di malaysia dan beliau telah mengenalpasti bakat-bakat dikalangan atlit malaysia. alangkah bagusnya kita ambil mereka terus jadi warganegara kita kerana mereka inilah aset terbaik dalam pembangunan sukan di Malaysia. 


Dengan ulasan panjang lebar ini di harapkan pihak-pihak terbabit dapat membantu dalam pembangunan sukan di negara kita. Pastinya kita tidak mahu terjadinya perkara seperti skuad bola sepak dan skuad sepak takraw kita  yang mana 1 ketika dulu kita merupakan kuasa kuat, kini menjadi pasukan belasahan. ~renung-renungkan dan selamat beramal~


Wasalam.

21 September 2010

Pasca Raya

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. sekali lagi aku dpt bernukilan dalam blog ni. Hmmm...Setelah 2 minggu tak update blog, dapat gak aku berbuat demikian..rasenye belom terlambat lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan blog ku sekalian.

Macam mana raya korang sume tahun ni?Ada meriah tak? hehehe...dah name pun raya kan..mesti lah meriah...Tapi bagi aku, raya tahun ni ada sedikit kurang meriahnye. mungkin dah kurang semangat raya tu. Mana tak nye, anak-anak sedara ramai yang ambil peperiksaan macam UPSR, PMR dan SPM tahun ni. Jadi, mak bapak nya pun sibuk gak le..Demam exam le katekan.

Namun, apa yang aku rasa seronok adalah dapat berjumpa kengkawan lama masa sekolah menengah batch 2003. Walaupun tak semua dapat jumpe, tp terubatlah juga kerinduan nak jumpe semua kengkawan. Siap buat photoshoot gitu...hahaha...Guys! Korang memang Rocks!




Bagi kengkawan yang takde gambar dalam ni,jangan risau ye. Aku mewakili Ain Ithnin menjemput korang sume di majlis perkahwinan dia di rumahnya, SS31,Jalan Bagan Lama, Simpang 3, Bagan, Batu Pahat pada hari sabtu, 30/10/2010. Diharapkan, korang sume dapat le datang. Kita buat mini reunion dan siket photoshoot bersama pengantin.

Anyway, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Puasa sebulan, makanya, Raya pun sebulan. Hehehe...Akhir kata, jangan lupa layan bola, English Premier League, La Liga BBVA Espana, Serie A Italy, Europa League, Champions League pun dah mula. Jawabnya, malam-malam minggu kita layan bola sampai rabak mate. Hahaha..Wasalam!

08 September 2010

Ramadhan 10 hari dan Hari Raya (Bahagian 3)


Alhamdulillah...akhirnya tinggal sehari lagi untuk kita sempurnakan puasa kita sebulan ini.dan kemudiannya, kita akan berhari raya. Rase macam semalam aje mula puasa. Ntah kenapa, tiba-tiba rase sebak dan termenitis air mata aku ketika solat tarawih tadi.Macam sayang bebenor nak tinggalkan bulan Ramadhan ni. Ya Ramadhan, mudah-mudahan aku kan bertemu dengan mu tahun hadapan. Insya Allah.


Bagaimana ye dengan persiapan puasa kalian semua? Jangan boros-boros ye.. Kita buat persiapan semampu kita sahaja. Jangan tamak-tamak, apetah lagi nak menunjuk-nunjuk. Yang penting pengisian dan apa yang kita dapat dalam bulan Ramadhan ini. 

Apa yang berlaku dalam 10 hari ini?hhmmm...macam-macam hal yang berlaku ye...1st, kita mulakan yang lebih global..Kes penghinaan oleh orang Indon terhadap Malaysia..siap dorang boleh lumurkan najis a.k.a. tahi pada bendera kita. Astagfirullah. Dorang ni betol-betol dah melampau. Kita tak pernah pun buat macam itu pada kedutaan mereka. Paling ganas pun kita serah balik bendera negara mereka pada dorang. Ni, mereka siap bakar bendera kita. 

Lihatlah bertapa biadapnye mereka ni. Mereka tidak sedar bahawa FDI negara mereka sebanyak US$ 7.9 Billion tu datang nya dari company-company dari Malaysia? Seramai 2 juta rakyat mereka bekerja, mencari rezeki di Malaysia. Lihatlah, bagaimana Allah s.w.t membalas apa yang mereka lakukan pada negara kita dengan Allah goncangkan Gunung Berapi Sinabung yang tidak pernah meletus 410 tahun dalam sekelip mata sahaja. Seperti yang Allah s.w.t kata dalam surah Yassinn ayat 82 bermaksud "Dan sekiranya kami kehendaki dan berkata 'Jadilah!' maka jadilah dia".

Mari kita berbalik pada hal dalam negara. Ops sikap dah bermula. Jadi kawan-kawan sekalian, pandu kereka atau motor tu berhati-hati. Speed limit jalan biasa 80 km sejam dan highway 100 km sejam je tau. bawak lebih, nasib ok, tak kena saman, boleh la. Tapi kalau kena saman, maksimum RM300 tau..Terbang duit raya. Tu baru kena saman, kalau accident bagaimana pula? Jangan le kita menjadi mangsa terbunuh dan meningkatkan statistik kemalangan maut pada ops sikap kali ni. Bak kata ayat popular, "Pandu Cermat, Jiwa Selamat", " Pandu Berhati-hati, Ingatlah Orang Tersayang".

Berikutnya, benda yang paling penting bila dah dekat raya nih. Zakat fitrah jangan di lupa ye. Tunaikan awal-awal. jangan pula dah nak solat hari raya baru nak bayar.memang saje je nak kena pelangkong tu. hahaha...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam, tidak kira dimana anda berada. Salam seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa dalam saya merencana Blog ini. bukan nya apa, sebagai peringatan dan tatapan kita bersama. Jadi, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Makan kuih raya, ketupat, lemang tu beringat-ingatlah. Jangan sampai masuk hospital atau ke klinik kerana terlalu banyak makan. Hari Raya bukan hari untuk kita melantak suka-suka. Terkejut perut kita dilantaknya makan macam-macam. Akhir kata, terima lah serangkap pantun ini.

Lusa kita sambut Aidilfitri,
Bersama Makan Ketupat dan Rendang
Di Hari Raya Jagalah Diri,
Ingat-ingatlah Orang yang Tersayang.





30 August 2010

Ramadhan 10 hari (Bahagian 2)

Alhamdulillah...Segala pujian itu bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta sekalian alam. Akhirnya pertengahan Ramadhan telah kita lalui. Pertengahan Ramadhan yang mana diampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu..(kecuali dosa syirik tau..kalau dah syirik pada Allah, mempersekutukan Allah dengan yang lain, memang tak terampun lah ye). Kini kita semua telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadhan yang didalamnya di bebaskan oleh Allah s.w.t. dari api neraka dan yang best nya tu, ade 1 malam yang mana malam tu diturunkan segala magifahNya...malam yang ditunggu-tunggu... malam yang jauh lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang diberi nana 'Lailatul Qadr'. 

Malam Lailatul Qadar ni amat istimewa diberi kan oleh Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Siap di rekodkan dalam Al-Quran dalam surah ke 97..surah Al-Qadr..yang mana Allah berfirman:

Ayat : 1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Laitatul-Qadar.

[Ayat : 2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[Ayat : 3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[Ayat : 4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.

Ayat : 5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Nah, tengok lah tu. Allah siap beritahu bertapa special nya Malam Lailatul Qadr ni. Nak bagi lagi best, malam ni tak tentu. boleh jadi malam nanti, atau malam esok ke, kita tak tau. Tapi Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberitahu, "carilah Lailatul Qadar di 10 malam yang terakhir". Wah! dah macam nak cari harta karun plak ye. Tapi harta karun ni lah yang Amat bernilai sekali. Bayangkan, 1000 bulan bersamaan 83 tahun kita beribadat. Huish...bayangkan sekali beribadat, ganjarannya berpuluh pahala. bertapa untungnya sape yang dapat malam Lailatul Qadr nih...

Berbalik pada cerita Ramadhan 10 hari...Hmmm...seperti biasa lah, Bubur Lambuk masih lagi disediakan secara percuma di Masjid Kg Pt Hj Abd Salam. tapi sampai 23 Ramadhan bersamaan hari Selasa 2 September je tau. Pasal 24 Ramadhan, kami semua dah tutup dapur bubur untuk penyediaan Majlis Khataman Al-Quran pada malam 24 Ramadhan pula. Haa...untuk majlis khataman ni semua di jemput hadir ye...

Dalam bab solat Tarawih ni, biasela..dah makin penghujung makin berkurang. Kalau awal Ramadhan dapat 3 saf makmumnya, dah pertengahan ni dah jadi 2 saf saje. Hai....patut nya makin nak habis Ramadhan, makin ramai yang datang.. ni terbalik pulak. nanti lagi 10 terakhir Ramadhan, silap-silap tinggal 1 saf je. Alasan-alasan popular yang diberikan adalah:

1) Membuat persiapan raya. bagi orang perempuan, nak buat kuih raya, langsir raya. (ape selama 11 bulan atau 330 hari sebelum Ramadhan ni tak sempat buat langsir ke?) bagi lelakinya pula, nak mengecat rumah..kena buat time malam-malam, tak letih katanye...(yang sebenarnya mereka malas nak gi Terawih, orang bagi moreh dah kurang...tambah pulak siang-siang tak boleh minum makan..sebab tu mengecat rumah time malam-malam..dah siap cat boleh terus tido)

2) Kalau buak-budak ni, time ni la masing-masing sibuk dengan operasi 'perang meriam'. tak kira lah meriam buluh atau meriam tanah..(Alhamdulillah, buat masa ni belom ada budak kampung aku buat meriam besi..kurang sikit possibility nak injured nih).

3)Alasan paling terbaik, "Penat dan malas"..haha..ni memang saje je nak kena sekel kepala orang yang beri alasan ni.

Baiklah..kita alih topik bab main mercun dan meriam nih. Aku ni, nak kata baik tu takdelah. Aku pun pernah gak main meriam buluh ni. tapi balik dari Tarawih baru start perang lah. (Best woo! dengar orang fire kita, bikin hati panas je..ape lagi, kita pun fire dorang balik..hahaha...). Tapi walaupun main meriam buluh, keselamatan tetap di utamakan. Mana taknye, kayu pencucuh je dah panjang 2 meter. selindung balik papan plywood yang dijadikan benteng..(kecut gak takut-takut meriam meletup..hahaha)..tapi Alhamdulillah aku masih idup dan sihat wal'afiat...segalanya tinggal kenangan..pokok buluh meriam ni pun dah susah nak cari sekarang..pekebun sekarang buat dasar "bumi hangus" (Dasar bumi hangus ni famous masa zaman perang - membakar dan merosakan aset-aset utama sesuatu kawasan supaya pihak musuh tidak dapat gunakan nya apabila telah berjaya menawan kawasan berkenaan). Abis pokok buluh dimusnahkan nya. Sebab itu lah terjadinya budak-budak buat meriam pakai tin atau besi. Bijak sungguh budak-budak ni menempah maut.

Walaupun masa dulu-dulu, budak-budak degil, tapi takde pulak kita dengar ade yang putus jari atau masuk hospital gara-gara main mercun atau meriam. budak-budak sekarang ni dah terlebih pandai. modify sana sini. jadi macam-macam..pastu makan diri sendiri. Kalau jumpe budak tu, tepuk kan tangan je..

Bagi budak-budak yang main mercun, meriam ni. tolong la main lepas orang dah siap solat tarawih. korang ni memang pedengki je kacau orang solat dengan mercun dan meriam korang. susah kan orang nak solat je. jangan sampai kena hambat dengan orang kampung sudah.

Dah tinggal 10 hari nak raya. tapi perlu ingat, dalam membuat persiapan jangan membazir. saving-saving lah sikit untuk lepas raya nanti..mana lah tau, benda future ni kita tak boleh jangka, jadi kena sentiasa well prepared. untuk sambungan berikutnya, akan di karang awal..mungkin lagi 1-2 hari nak raya. Anyway, jom kita memeriahkan masjid untuk 10 malam terakhir Ramadhan dan majlis khataman Al-Quran..(makan free nasi minyak...hehehe)..Wasalam! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...