28 November 2010

Kenanganku : Memandikan dan menyempurnakan jenazah

Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Lama gak kawan tak update blog ini. Dalam seminggu dua ni, agak sibuk sikit. Sibuk bukannye ape, tapi sibuk layan Sukan Asia kat channel 821-826..hehehe...kawan ni memang minat sukan. Dan kawan mula belajar rules dan cara permainan Kriket. Best gak main kriket nih. Rase cam nak join plak.. nanti boleh buat team kriket kat kampung..hehehe...Okeh...kita KIV dulu cerita kriket nih...kawan nak ceritakan pengalaman kawan menguruskan jenazah baru-baru nih.

Setiap perkara pasti akan menemui kesudahan nye. Dan kesudahan nye adalah kematian. Tiada apa yang kekal kecual Allah S.W.T. Dan kita sebagai manusia perlulah bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Antara kita di jemput Nya atau kita menguruskan orang yang dijemput itu.

Sebenarnya, sebagaimana kita tau, menguruskan jenazah orang yang meninggal dunia ni fardu kifayah. Nak dijadikan beratnya tanggungjawab fardhu ini jika tidak diuruskan, 1 kampung akan menerima dosa akibat tidak menguruskan jenazah berkenaan.

Namun, apa yang menyedihkan adalah kini tiada siapa yang berani menguruskan jenazah. Alasan-alasan popular adalah Takut, tak mahir, serahkan pada yang senior, dan bermacam alasan lagi. Astagfirullah. Alangkah sedihnya jika tiada 1 pun anak muda kita tidak mampu menguruskan jenazah. Adakah kita hanya mahu mengharapkan pihak hospital menguruskan nya? bayangkan jika jenazah itu ibu atau bapa kita atau orang yang kita sayang.

Baiklah, kisah pengalaman kawan bermula ketika menerima khabar perginya salah seorang orang kampung kawan ke Rahmatullah. Kebetulan si mati meninggal dunia pada hari bekerja iaitu pada hari selasa malam. Jadinya akan dikebumikan pada hari Rabu pagi. Hari Rabu pagi, kawan dan abah kawan pergi melawat si mati. Rupanya si mati belum di sempurnakan. Anak-anak si mati meminta agak kawan dan abah kawan menguruskan jenazah ayahanda mereka. Atas kepercayaan waris si mati, maka kawan dan abah kawan menyempurnakan jenazah.

Jenazah di baringkan di atas tempat mandi yang disediakan.Dimulakan dengan menanggalkan pakaian si mati, kami tinggalkan kain untuk menutupi aurat si mati. Proses ini dilakukan di tempat tertutup dan diuruskan oleh kawan,abah kawan dan 2 orang lagi sebagai pembantu. Badan si mati di bersihkan, dari ujung rambu hingga hujung kaki, lubang telinga, mulut, lubang hidung semuanya tidak terkecuali. disabunkan dengan penuh cermat dan lembut. Yela, walaupun kita berurusan dengan si mati, namun, perlu secara lembut. Si mati telah mengharungi kesakitan berpisah roh dari jasad. Jadi kita menghormati jasadnya itu.

Setelah di bilas dengan air sehingga hilang bekas sabun, si mati di wudhuk kan. setelah selesai di wudhukan, di basahkan dengan air kapur barus. dan dikeringkan. Kemudiannya, jasad berkenaan di letakkan di atas kain kafan yang telah disediakan terlebih dahulu.

Kain kafan yang di sediakan adalah 3 helai sepanjang 5 kaki 7 inci. Ini kerana tinggi si mati adalah dalam 5 kaki 5 inci. Jika jenazah adalah wanita, makanya 7 helai kain kafan di perlukan. setiap kain kafan diletakkan kapas sebagai pembalut dan rempah khas yang disediakan. rempah berkenaan adalah untuk preserve sementara dan mewangikan jasad si mati. 

Jasad berkenaan di hamparkan di atas kain kafan dan di balut elok-elok. Jasad  berkenaan juga di pakai kan celak agar nampak berseri untuk menemui Ilahi. dan kemudiannya jasad berkenaan di baluti dengan kain kafan. Makanya sempurna sudah menguruskan jenazah dan jenazah berkenaan sedia untuk di sembahyangkan.

Itulah pengalaman kawan. Ada beberapa petua juga untuk memandikan jenazah ini. pertama, kita perlulah bersih dan berwudhuk seeloknya. Sebelum mandikan, untuk mengelakkan terkejut, lihat dari kaki jenazah membawa ke muka. Dan setiap siraman disertakan bacaan umul kitab surah al-fatihah dan selawat ke atas nabi.

Allahmdulillah, rasa puas sekali dapat menyempurnakan jenazah berkenaan. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang mukmin Insya Allah.

Sekian entry kawan kali ini. berjumpa lain kali. Wasalam.


18 November 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Rasenya tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Hayatilah Aidiladha ini dengan erti pengorbanan sebenar. Sesungguhnye Pengorbanan ke arah kebaikan adalah 1 jihad yang amat dituntut Islam.

Tengok orang gi menunaikan haji, teringat time saye gi umrah 2 tahun yang lalu.Ketika tu keadaan di Makkah pun belom fully renovate lagi. Jam Besar (gambar bawah) tu pun belom wujud lagi.
Tapi kenangan di tanah suci Madinah dan Mekah begitu kuat dan terasa ingin pergi sekali lagi menjejakan kaki ke sana. Tidak pernah saye rase begitu tenang sekali di tempat lain selain dari 2 tanah suci ini. Setiap kali hatiku ini melihat kaabah, pastinye hati akan teras sebak. Ya Allah, moga-moga diberi diriku ini kesempatan lagi untuk kembali ke rumah Mu itu. Amin.

Dengan perbezaan keadaan ketika umrah dan Haji, hanya pada melontar jamrah dan bermalam di Mina dan Mudzalifah. Untuk ibadah Saie dan Tawaf, perkara nya adalah sama. Alhamdulillah aku dapat sempurnakan nya dengan begitu baik sekali. 



Selain ibadah haji, Aidiladha juga disambut dengan melakukan ibadah qurban. Tahun ni, kampung ku hanya buat 3 ekor lembu saje untuk di qurbankan berbanding 8 ekor tahun lepas. Dengan cuaca hujan, aku sempat join sembelih 1 ekor je. Ramai gak yang datang menolong lapah daging tapi lagi ramai yang tolong tengok. Biase la..pergi mana-mana tempat pun sama je. Bab jadi mandur ramai, tapi buat keje memang boleh kira pakai jari tangan je.  Tapi walau ape pun, yang penting keikhlasan hati kita sebenarnye.

Akhir kata, itulah entry untuk kali ni. Ade benda menarik akan dikongsi lagi. Wasalam.


13 November 2010

Syabas! 1 Lagi Pencapaian Proton

Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia.

Baru-baru ni kita diberitakan bahawa model ke-15 Proton telah di lancarkan secara rasminya. Dan model ini dinamakan "Proton Inspira". Model pertama Proton era baru yang mana boleh saya katakan hebat. walaupun ia adalah facelift model Mitsubshi Lancer GT, tetapi, kereta ini menggunakan 40% komponen tempatan dan akan dipertingkatkan kepada 60% tidak lama lagi. Ya, sebagaimana kita tahu, Proton merupakan alliance bagi Mitsubishi, Pengeluar Kereta Nasional Jepun. Jadi, tidak hairan lah jika kebanyakan kereta Proton mempunyai design sama dengan Mitsubshi ni. 

Apa yang menghairankan adalah beberapa suara sumbang kedengaran mengenai Proton. Kenderaan tidak berkualiti lah, Cepat rosak lah, itu lah, ini lah. Ya, tidak dinafikan, bahawa kenderaan Proton memang banyak masalah. bak ibarat pepatah "nobody's perfect @ tiada siapa yang sempurna". 

Bagi saya, apa yang cuba Proton buat adalah pembangunan dan peningkatan imej negara sebenarnya. Dan negara mana yang harum kalau bukan Malaysia. Ya, memang benar yang kenderaan Proton banyak masalah, tetapi masalah ini dapat dihidu terlebih dahulu di dalam negara sendiri. Tidak seperti syarikat-syarikat besar terkemuka seperti Nissan dan Toyota. Kenderaan dah keluar negara, baru dapat tau rosak. Dah kena panggil balik. Setakat ini, Proton hanya memanggil model Savvy saje berbanding Nissan memanggil model Livina, Sentra,Slyphy dan Toyota memanggil balik model Corrolla, dan Vios.

Perlu kita ingat, siapa lagi nak support barangan kita kalau bukan kita sendiri. Jika tidak kerana Proton, pastinya lebih setengah juta pekerja anak tempatan dari bidang komponen, alatan, pemasangan, jualan, pengurusan, penyelidikan, malah tukang cuci bangunan tiada pekerjaan. Tidak diragukan idea mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang radikal, malah dahulunya dikatakan idea "gila", dan dicemuh "hendak buat jarum sebatang pun belum mahi,inikan pula kereta", namun, kenderaan ini lah juga yang banyak bergerak dijalan raya sekarang. Malah idea negarawan ini lah diangkat lagi dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) sebagai tawaran pilihan kenderaan tempatan.

Apa yang penting,semangat memartabatkan kenderaan tempatan. Apa nak di susahkan, jika kenderaan ini rosak, boleh saje ganti alat-alat yang rosak itu dengan mudah. Bersepah spare part untuk kenderaan tempatan ini. Bukan prestij nye sesuatu kenderaan sebagai ukuran, tetapi kebolehan sesuatu kenderaan itu memberi pulangan nilai kepada pengguna. Setakat beli hanya design yang lawa, prestij jenama, membazir saje. Ini kerana, dalam 2-3 tahun, pastinye model baru yang lebih power akan keluar. Lihat saja model Honda City dan Toyota Vios, setiap 2 tahun mereka akan keluarkan model baru. Model yang lama bersepah-sepah sebagai kereta second hand. Alat gantinya pula bukan murah bukan...yang original oil filter saje dah RM25 berbanding benda yang sama tapi untuk kereta Proton hanya RM10. Teknologi enjin juga sama seperti Mitsubshi bagi Proton. Mana tak nye, dah nama kereta facelift Mitsubishi, komponen dalaman dan teknologinya juga sama.

Jadi, jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah kereta idaman anda. Yang pastinya, jangan hanya nak bergaya, tak sampai setahun kereta anda kena tarik kerana tak mampu bayar. Ukur baju di badan sendiri. ~Renung-renungkan dan Selamat Beramal!~ Wasalam.

 
 



10 November 2010

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia

Saya di kesempatan ini mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berjuang kepada para atlit dari kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Guangzhao, China. Teruskan kecemerlangan pencapaian 12 pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi, India baru-baru ini. Walaupun kita sedar kemampuan kita ditambah pula hanya 1 bulan untuk recover dari Sukan Komanwel, namun diharpkan para atlit kita dapat mempamerkan persembahan yang mantap dan luar biasa. Pastinya semangat Harimau Malaysia ditiupkan dan ini dapat dilihat pada permulaan baik bola sepak dengan Malaysia menumpaskan Azerbaijan 2-1. Berjuanglah kalian sedaya yang boleh. Jadilah Manusia yang luar biasa! Malaysia Pasti Boleh! Rakyat Malaysia akan sentiasa berdoa kemenangan kalian!

 



03 November 2010

PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi - Selamat Mengundi!

Assalamualaikum w.b.t.

Ya, esok 4 November 2010 menjadi penentu penduduk di kawasan Galas, Kelantan dan Batu Sapi di Sabah untuk memberi mandat baru kepada wakil rakyat mereka. Walau apa pun simbol yang mereka pangkah, semestinya itulah wakil rakyat yang mereka ingin kan untuk membawa aspirasi dan suara mereka di dewan undangan negeri mahupun di Parlimen kelak. 

Dalam PRK kali ini, dapat dilihat suasana berkempen yang tenang. Walaupun ada beberapa insiden provokatif, namun ianya tidak mendapat tempat di hati masyarakat di kawasan berkenaan. Ini menunjukan pengundi-pengndi kita sekarang semakin matang dan tidak terbawa-bawa dengan emosi. Syabas kepada semua bakal pengundi di kawasan Galas dan Batu Sapi. Moga-moga mereka ini dapat dilihat sebagai contoh terbaik kepada masyarakat di seluruh Malaysia dan sifat mereka ini dapat diamalkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Oleh itu, keluarlah para pengundi semua beramai-ramai. Kalau boleh, keluarlah awal sikit ye. Mana lah tau, petang-petang kang ujan pulak. Dah le tengah musim ujan ni. Undi anda amat berharga. Pilihlah calon yang anda rasa layak. Jangan dilihat pada pendidikan nya, kekuatan nya, kekayaan nya. Tapi pandanglah kepada kebolehupayaan calon untuk bekerja demi rakyat, memahami masalah rakyat dan mampu membawa suara rakyat ke peringkat atasan.

Selamat menunaikan kewajipan kepada semua pengundi di Galas dan Batu Sapi. Anda penentu kerajaan masa hadapan. Selamat mengundi! Wasalam.


01 November 2010

Kemalangan Jalan Raya : Salah Siapa?

Salam. Kita baru-baru ni dikejutkan dengan beberapa siri kemalangan jalan raya dalam sebulan dua ini. Lebih-lebih lagi kemalangan jalan raya yang membabitkan bas ekspress. 10/10/10 18 orang terbunuh, dan baru-baru ni di Genting Sempah dengan 7 kematian. Nampak gaya pengusaha bas ekspress ni dah macam berlumba nak catat rekod sape dapat bunuh paling ramai penumpang kot...

Antara yang terlibat yang boleh diperkatakan antara penyebab kemalangan ini adalah:

Pemandu bas - yang ni memang penyebab utama nih. Pasal nya die ni yang pandu bas. bukan penumpang. Apa dia tak pikir ke nyawa orang yang dia bawak kat belakang tu? Dia ingat die bawak bas tu macam bawak basikal agaknye.Selagi jarum meter halaju tu tak cecah 150-160 kmj tak sah kot.

Pengusaha bas - yang ni pun 1 penyebab masalah ni. Patut nya mereka kena pastikan pemandu bas itu bebas dari saman trafik, bebas dari alkohol dan dadah, serta benar-benar terlatih. Jika kita lihat di negara-negara barat, setiap 6 bulan pemandu-pemandu bas mereka akan di hantar untuk menjalani latihan memandu dan ujian memandu. baru lah benar-benar pemandu terlatih..bukan macam di Malaysia, pemandu bas 'terletih'.

Faktor bas uzur / rosak / brek tak makan - ni memang dah menjadi alasan lapuk. asal kemalangan je mesti kaitkan bas rosak lah, brek tak makan la..sorry la brader..alasan dah tak boleh pakai la. Kalau bas baru, tak kan dah uzur kot. Speed kat lebuh raya maunye nak cecah 160 kmj di lenjan nye. Siap boleh berlumba dengan BMW 3 series tu. Kalau betul bas tu rosak, kenapa masih lagi gunakan? Gi la hantar repair. Tak kan la itu pun nak kena ajar kot..

Faktor keadaan jalan raya - antara alasan favorite. Sepatutnya, pemandu bas ni dah tau tempat yang mereka lalui itu tempat yang terpencil. tak tahu macam mana permukaan,keadaan jalan raya. Jadinya,bawak lah perlahan sikit. JKR pun sama-sama salah juga. Tempat yang selalu dilalui, buat la jalan yang baik sikit. Jangan dok asyik bagi tender kat syarikat kontraktor, lepas tu lepas tangan je. Perlu sentiasa memantau keadaan jalan berkenaan.

Faktor kemalangan jalan raya ni 98 peratus adalah dari faktor manusia itu sendiri. setakat jalan raya, cuaca, keadaan kenderaan tu baru 2 peratus je. Apa yang penting sikap pemandu itu perlu di ubah. Jalan raya ni bukan macam litar lumba. jadi berhati-hati la dan bersopan di jalan raya. Bak kata orang muda sekarang, "Bukan kau sorang je yang guna jalan raya. Kalau nak mati, mati la sorang-sorang. Jangan la libatkan orang lain mati".

Yang bagus nya setiap kenderaan baru di Malaysia ni perlu ada sistem limit had laju. teknik dan sistem ini telah diguna pakai di Jepun dan ini berkesan menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Jepun sebanyak 50 peratus.Sistem ini akan di set kan kepada had laju 120 kmj. yang mana kalau pemandu tu tekan macam mana kuat sekali pun pedal minyak kenderaan tu, cuma boleh lari 120 kmj je. Malaysia punya lebuh raya bukan macam lebuhraya di German yan mana ade lorong khas memecuk tidak kurang 110 kmj. jadi memang lorong itu dikhaskan untuk memecut selaju yang boleh. Jadi bak kata orang tua-tua, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek. ~Renung-renungkan dan Selamat Beramal~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...