30 December 2010

Bola dan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Akhirnya penantian 14 Tahun rakyat malaysia untuk kita semua melihat kehebatan pemain kita di pentas antarabangsa telah tiba. Akhirnya kita menang juga piala AFF Suzuki Cup (atau nama lain yang lebih dikenali ramai, Tiger Cup). Syabas dan tahniah dari 27 juta rakyat Malaysia kepada 22 pemain dan 10 jurulatih, physio, dan budak milo kerana telah berjuang bermati-matian untuk memastikan kemenangan mutlak ke atas Indonesia walaupun kita bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di hadapan 85,000 penonton Indonesia.


Well, seperti yang di jangka, corak permainan Malaysia dilihat sebagai bertahan, namun Safee dapat meloloskan diri untuk menjaringkan gol untuk Malaysia. Dengan away goal itu lah, yang meng'secure' kan lagi kemenangan Malaysia terhadap musuh ketat, Indonesia. Pendek kata, counter attack approach yang dibuat amat berkesan sekali. 

Tahniah diucapkan kepada Top Goal Scorer, Mohd Safee Sali menjaringkan 5 gol. Memang superb betol jaringan bertaraf world class footballer yang ditunjukan oleh beliau.

Tahniah juga diucapkan kepada Midfield General Malaysia, kerana menjadi antara Kapten Skuad Negara termuda menjulang Piala Antarabangsa. 

Tahniah juga kepada Flamboyant Midfielder kita, Norshahrul Idlan Talaha menjadi perancang utama hantaran cantik,Assist terbaik untuk Safee...Berkat Pengantin Baru dan Semangat Isteri, memang nampak keberkataan nya. Pasti Isteri Shahrul berbangga dapat suami cam die..Syabas!

Dan yang ni tak kita nafikan, boleh dilihat sebagai Arsene Wenger Malaysia, Ketua Jurulatih Kebangsaan, K. Rajagopal. Dia memang betol2 jadi Raja kali ini. dan menjadi Arkitek skuad bola sepak negara. Syabas Coach!

Kepada semua penyokong-penyokong pasukan Malaysia, lepas ni kita boleh la ramai-ramai penuhkan stadium di Malaysia. Kita hidupkan kembali semangat bola sepak zaman 70'an...Tahniah juga kepada kelab penyokong seperti Harimau Malaya dan Ultras Malaya yang tak jemu-jemu support team bola sepak negara. Kepada kelab-kelab lain, tahniah juga...lepas ni ada match Malaysia, pakat-pakat sokong kaw-kaw punya!


16 December 2010

Musim Sakit Beramai-ramai

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Well..Sudah lama jugak kawan tak update blog nih...Sebenarnya kawan ni tak berapa sihat...Ni pun hidung kawang tengah dok tersumbat. Dah seminggu dah baik-baik lagi. Nak kate jumpe doktor, dah pegi. Suara pun dah sengau. Aiseh...Kacau daun betol.

Walau ape-ape pun kawan cume nak share sikit tentang kesihatan nih. Mula-mula pasal gula. Fuh! Tengah kecoh sekarang iklan di corong radio, surat khabar, tv, suruh kita kurangkan pengambilan gula. Yup! Kawan sokong pasal rakyat Malaysia ni memang kuat makan gula. Menurut kajian World Health Organization (WHO) purata seorang rakyat Malaysia mengambil gula sebanyak 26 SUDU SEHARI....berbanding syor yang sepatutnya dalam 10-15 sudu sehari. Hai....Apa sudah tak ingatkah kita pada peribahasa.."Mati Semut Kerana Gula"...lepas ni kita boleh ubah.."Mati Manusia kerana Diabetis".


Beberapa hari yang lalu, sempat gak kawan minum-minum di Kulaijaya. Lepas interview di sana,kawan singgah la makan di sebuah restoran di sebelah tempat kawan interview tu. Kawan mintak limau suam kurang manis. Bila order dah sampai, kawan minum,nak tersembur air tu. Ntah berapa sudu gula lah yang peniaga tu letak. Kawan mintak tukar, dan air yang kedua pun sama. Last-last kawan beli air mineral. Puas hati.

Tapi kawan geram gak pasa 1 iklan kempen kurangkan gula di radio. Iklan tu lebih kurang begini"

Timah hendak beli jem.Disapa oleh kawan nya, Minah

Minah : Eh Timah, ko beli ape tu.
Timah : Hendak beli jem ni la. Boleh makan dengan roti.
Minah : Eh engkau ni. Sebelum beli lihat dulu ada gula ke tidak. Tengok ni.G.U.L.A. tak boleh ni. Kita kan di sarankan kurangkan pengambilan gula. Nanti boleh kena penyakit.

Dari dialog iklan di atas, kawan nak tergelak pun ade, nak meradang pun ade. Nak tergelak pasal gaya percakapan mereka berdua tu. Tapi yang nak jadi meradang nye tu, pasal die kate "tak boleh...ada gula ni". Cuba anda fikirkan, apa makanan dalam dunia ni yang takde gula? Dalam ingredient roti ade gula, dalam nasi, kanji itu ada gula, tepung pun ada gula..Pendek kata, semua bahan mentah dalam dunia ni ada gula. Air pun ada gula.Kalau tidak tak kan air tu ada rasa dan ph nya diantara 6-8...

Tapi kawan respek orang-orang zaman dulu. Mereka minum manis-manis. Tapi tak kena penyakit..kenapa? Pasal mereka makan gula melaka atau dikenali jugak sebagai gula kabung. Ini kerana gula ni la yang pure dari tumbuhan,ditapis oleh tubuhan itu sendiri. Berbanding gula kristal yang sedia ada sekarang, di oleh dari tebu yang di proses, dengan bahan kimia dijadikan hablur kristal dan kita tidak tahu adakan tebu dan air tebu itu di tapis atau pun tidak.


Jadi, gula ni ibarat nadi kehidupan. Cuma kita ni perlu la kawal, bukan nya menidak kan pengambilan nya. Sama-sama fikirkan. Renung-renungkan dan Selamat beramal!

08 December 2010

6 Soalan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, dapat gak kawan meluangkan masa sedikit untuk menulis blog hari ini. Well, kadang-kadang tu memang ade terfikir nak posting someting, tapi takde idea plak nak tulis. Jadinya, hari ni dapatla kawan ni ilham untuk tulis something dalam posting kali ni.

Hari ni kawan macam biaselah. Ke masjid time Maghrib tadi. Kebetulan pulak ade kuliah. Jadinya dapatla diberikan ruang masa dan kesempatan untuk kawan ni sama-sama mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh Imam kampung kawan.

Tajuk kuliah hari ini adalah 6 SOALAN. Wah! Bagi kawan, ni 1 benda baru dan agak macam best je bunyinye. Tertarik la ati kawan untuk join mendengar ilmu yang disampaikan. Lagi-lagi majlis ilmu agama. Ye la, hal dunia, dunia gak kan. Untuk bekalan akhirat jangan dilupa. Rupanya, 6 soalan ini adalah soalan-soalan yang ditanya oleh salah 1 Imam famous dalam sejarah Islam kepada anak muridnya. Imam berkenaan adalah Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali ni adalah salah seorang imam yang mahsyur selain 4 imam mazhab iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam mazhab kita iaitu Imam As-Syafie. Imam Al-Ghazali ni juga tidak pernah berkata "salah" kepada jawapan yang anak murid beliau berikan. Namun, beliau akan berkata "Jawapan yang lebih benar adalah..." untuk memberikan penjelasan. Berikut adalah soalan-soalan Imam Al-Ghazali kepada anak-anak murid nya dan jawapan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali.


  1. Soalan : Apakah benda yang paling dekat di dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Mati"
  2. Soalan : Apakah benda yang paling jauh di dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "masa lalu"
  3. Soalan : Apakah benda yang paling besar di dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Nafsu"
  4. Soalan : Apakah benda paling berat dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Amanah"
  5. Soalan : Apakah benda paling ringan dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Meninggalkan Solat"
  6. Soalan : Apakah benda / senjata paling tajam dalam dunia ini? Jawapan Imam Al-Ghazali : "Lidah"
Terkedu kawan seketika sambil celik biji mata mendengar dan melihat paparan Projector kuliah. Astagfirullah. Benda-benda ni la yang selalu kita semua lakukan. Kadang-kadang kita lupa mati tu anytime je leh datang. Pasal tu dah memang janji Allah s.w.t. Setiap benda akan mati kecuali Allah. Masa yang lalu, tak kan datang kembali. Kejar macam mana sekalipun, guna roket dan jet selaju manapun tak kan dapat kita kejar balik masa yang dah berlalu. Nafsu kita ni pulak adalah benda paling besar sekali. Kalau dah diri dikawal nafsu, pikir ape pun dah tak bleh dah. Bila pula orang beri amanah, itulah yang kita kena laksanakan. Nanti di Akhirat kena soal kalau tak jalankan amanah dengan betol. Dek kerana kita sibuk kadang-kadang kita lupa dan ter miss solat. dan Lidah kita ni kita tidak sedar yang kita mungkin menghiris perasaan orang lain. Kawan ni pun bukan le baik sangat. Kawan pun pernah lakukan perkara-perkara berkenaan. Tapi biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam. Barulah adenye penambah baikkan dalam kehidupan. Sama-sama kita hayati... "Renung-renungkan dan selamat beramal"


06 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Akhirnya, petang ini, masuklah kita ke tahun baru Hijrah 1432. Segala apa yang kita lakukan pada tahun 1431H,yang baik mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan mana yang buruk, tidak lah diulang lagi ye. Apa yang penting niat kita lakukan sesuatu itu perlulah berlandaskan Islam dan keimanan terhadap Allah S.W.T.

Jangan lupa kita beramai-ramai petang ini mengimarahkan masjid-masjid, surau-surau, berdoa secara berjemaah untuk mendapatkan keberkatan menyambut tahun baru Hijrah ini. Dan dengan mestajabnya doa berjamaah itu, apa yang kita niatkan, apa yang kita harapkan akan dimakbulkan Allah S.W.T.

Semoga tahun baru Hijrah 1432 ini akan kita harungi dengan penuh redha dan sentiasa berdoa agar tahun ini dipermudahkan segala apa yang kita lakukan. Perbuatan yang baik di segerakan, perbuatan jahat di tinggalkan. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...