30 August 2010

Ramadhan 10 hari (Bahagian 2)

Alhamdulillah...Segala pujian itu bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta sekalian alam. Akhirnya pertengahan Ramadhan telah kita lalui. Pertengahan Ramadhan yang mana diampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu..(kecuali dosa syirik tau..kalau dah syirik pada Allah, mempersekutukan Allah dengan yang lain, memang tak terampun lah ye). Kini kita semua telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadhan yang didalamnya di bebaskan oleh Allah s.w.t. dari api neraka dan yang best nya tu, ade 1 malam yang mana malam tu diturunkan segala magifahNya...malam yang ditunggu-tunggu... malam yang jauh lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang diberi nana 'Lailatul Qadr'. 

Malam Lailatul Qadar ni amat istimewa diberi kan oleh Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Siap di rekodkan dalam Al-Quran dalam surah ke 97..surah Al-Qadr..yang mana Allah berfirman:

Ayat : 1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Laitatul-Qadar.

[Ayat : 2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[Ayat : 3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[Ayat : 4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.

Ayat : 5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Nah, tengok lah tu. Allah siap beritahu bertapa special nya Malam Lailatul Qadr ni. Nak bagi lagi best, malam ni tak tentu. boleh jadi malam nanti, atau malam esok ke, kita tak tau. Tapi Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberitahu, "carilah Lailatul Qadar di 10 malam yang terakhir". Wah! dah macam nak cari harta karun plak ye. Tapi harta karun ni lah yang Amat bernilai sekali. Bayangkan, 1000 bulan bersamaan 83 tahun kita beribadat. Huish...bayangkan sekali beribadat, ganjarannya berpuluh pahala. bertapa untungnya sape yang dapat malam Lailatul Qadr nih...

Berbalik pada cerita Ramadhan 10 hari...Hmmm...seperti biasa lah, Bubur Lambuk masih lagi disediakan secara percuma di Masjid Kg Pt Hj Abd Salam. tapi sampai 23 Ramadhan bersamaan hari Selasa 2 September je tau. Pasal 24 Ramadhan, kami semua dah tutup dapur bubur untuk penyediaan Majlis Khataman Al-Quran pada malam 24 Ramadhan pula. Haa...untuk majlis khataman ni semua di jemput hadir ye...

Dalam bab solat Tarawih ni, biasela..dah makin penghujung makin berkurang. Kalau awal Ramadhan dapat 3 saf makmumnya, dah pertengahan ni dah jadi 2 saf saje. Hai....patut nya makin nak habis Ramadhan, makin ramai yang datang.. ni terbalik pulak. nanti lagi 10 terakhir Ramadhan, silap-silap tinggal 1 saf je. Alasan-alasan popular yang diberikan adalah:

1) Membuat persiapan raya. bagi orang perempuan, nak buat kuih raya, langsir raya. (ape selama 11 bulan atau 330 hari sebelum Ramadhan ni tak sempat buat langsir ke?) bagi lelakinya pula, nak mengecat rumah..kena buat time malam-malam, tak letih katanye...(yang sebenarnya mereka malas nak gi Terawih, orang bagi moreh dah kurang...tambah pulak siang-siang tak boleh minum makan..sebab tu mengecat rumah time malam-malam..dah siap cat boleh terus tido)

2) Kalau buak-budak ni, time ni la masing-masing sibuk dengan operasi 'perang meriam'. tak kira lah meriam buluh atau meriam tanah..(Alhamdulillah, buat masa ni belom ada budak kampung aku buat meriam besi..kurang sikit possibility nak injured nih).

3)Alasan paling terbaik, "Penat dan malas"..haha..ni memang saje je nak kena sekel kepala orang yang beri alasan ni.

Baiklah..kita alih topik bab main mercun dan meriam nih. Aku ni, nak kata baik tu takdelah. Aku pun pernah gak main meriam buluh ni. tapi balik dari Tarawih baru start perang lah. (Best woo! dengar orang fire kita, bikin hati panas je..ape lagi, kita pun fire dorang balik..hahaha...). Tapi walaupun main meriam buluh, keselamatan tetap di utamakan. Mana taknye, kayu pencucuh je dah panjang 2 meter. selindung balik papan plywood yang dijadikan benteng..(kecut gak takut-takut meriam meletup..hahaha)..tapi Alhamdulillah aku masih idup dan sihat wal'afiat...segalanya tinggal kenangan..pokok buluh meriam ni pun dah susah nak cari sekarang..pekebun sekarang buat dasar "bumi hangus" (Dasar bumi hangus ni famous masa zaman perang - membakar dan merosakan aset-aset utama sesuatu kawasan supaya pihak musuh tidak dapat gunakan nya apabila telah berjaya menawan kawasan berkenaan). Abis pokok buluh dimusnahkan nya. Sebab itu lah terjadinya budak-budak buat meriam pakai tin atau besi. Bijak sungguh budak-budak ni menempah maut.

Walaupun masa dulu-dulu, budak-budak degil, tapi takde pulak kita dengar ade yang putus jari atau masuk hospital gara-gara main mercun atau meriam. budak-budak sekarang ni dah terlebih pandai. modify sana sini. jadi macam-macam..pastu makan diri sendiri. Kalau jumpe budak tu, tepuk kan tangan je..

Bagi budak-budak yang main mercun, meriam ni. tolong la main lepas orang dah siap solat tarawih. korang ni memang pedengki je kacau orang solat dengan mercun dan meriam korang. susah kan orang nak solat je. jangan sampai kena hambat dengan orang kampung sudah.

Dah tinggal 10 hari nak raya. tapi perlu ingat, dalam membuat persiapan jangan membazir. saving-saving lah sikit untuk lepas raya nanti..mana lah tau, benda future ni kita tak boleh jangka, jadi kena sentiasa well prepared. untuk sambungan berikutnya, akan di karang awal..mungkin lagi 1-2 hari nak raya. Anyway, jom kita memeriahkan masjid untuk 10 malam terakhir Ramadhan dan majlis khataman Al-Quran..(makan free nasi minyak...hehehe)..Wasalam! 

19 August 2010

Ramadhan 10 hari (Bahagian 1)

Hari ini genaplah 10 hari kita berpuasa... Kejap je rasanya ye. Bagai tak sedar. Namun yang pasti nya, 10 hari yang pertama dimana penuh dengan magrifah yang Allah s.w.t beri, dapat kita kecapi.. Insya Allah.

Dalam 10 hari ini, macam-macam yang berlaku ye. Ada kisah suka, duka, lawak, gembira, sedih, pilu pun ada. Antaranya, kisah lawak berbuka. Diceritakan, sebelum berbuka, semua nak makan. Anak tekak ni nak makan itu la, ini la. beli makanan tak nak sikit-sikit. Jika di Batu Pahat ni, masih ada lagi yang jual kuih 4 keping/biji untuk RM1..Kalau beli kuih-muih, dibelinya sampai RM2.. Pulak tu beli sampai 5-6 jenis kuih... Tapi bila sampai waktu berbuka, telan kurma 3 biji, air susu segelas, dah sendawa. Ntah bila pulak le kuih muih tu nak di makan tu..

Ada pula yang sama-sama berbuka di masjid. Alhamdulillah. Berbuka ramai-ramai di masjid, tambah pula kena giliran setiap blok bawa sepinggan kuih. kena 10 rumah, 10 jenis kuih. Meriah betol. Kuih-muih tu boleh buat makan time moreh. Ada pula yang bawa makanan sendiri untuk berbuka di masjid. Makan tayang-tayang kat orang lain. Bila orang lain tengok, buat tak tau. Bukan kita sume nak pun makanan awak tu, tapi bak kata orang pelawa ajak-ajak ayam pn jadi le. Sekali terpandang kuih orang, dimintanya pula. Haish..ada juga spesis orang begini dalam dunia ni ye. Perangai tak berubah. Hak dia, adalah hak dia. Hak orang, hak dia juga.

Alkisah, perihal bubur lambuk dari masjid. Masjid Pt Hj Abd Salam memang famous amos lah. Kalau di mukim 2 Bagan ni, berebut juga orang nak try bubur lambuk Pt Hj Abd Salam. Alhamdulillah. Rezeki orang beri derma untuk masak bubur tahun ni bertambah. Banyak le jugak masak bubur tahun ni. Jika tahun-tahun sudah cuma masak 1 kampit = 10 kg beras saje, tahun ni masak 2 kampit beras. Yang bestnya, tak cukup ambik yang bungkus, siap dibawanya bekas sendiri. Jika bekas tu kecik takpe, ni bekasnya periuk nasi. Suruh isi penuh-penuh. Haish.. Larat ke nak makan tu. Takpelah. Asalkan dimakan sudah.. Ada juga nak bubur lambuk tapi takde letak udang kering lah, tak nak letak ayam lah. Macam-macam hal ye tekak orang puasa ni... hehehe

Alhamdulillah. Untuk tadarus al-Quran, Kg Pt Hj Abd Salam dah selesai. dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan bertadarus sebanyak 6 juzuk. walaupun setiap kumpulan telah dibahagi kepada 4 orang, ada juga ahlinya yang tak join bertadarus. Masa belum puasa, semua berkobar-kobar nak bertadarus, tapi bila masanya, semuanya malas. Kalau lepas tarawih tu terus balik, tak mengapa lah. Tapi siap makan moreh, lepak-lepak, tapi tak bertadarus, rasa macam tak patut lah. Lepas tu siap boleh meng'anjing', beri macam-macam alasan.. Suara sakit lah, badan penat lah dam pelbagai lagi. Tak mengapa lah. Tadarus kan bergantung pada keihlasan kita.

Begitu lah serba sedikit rona roni apa yang berlaku dalam 10 hari Ramadhan ini. Bahagian ke dua akan menyusul pada 10 hari lagi. semoga apa ang diperkatakan menjadi bekal untuk kita muhasabah diri.

10 August 2010

Hari Ini Dalam Sejarah: 10/8/2010

Alhamdulillah...akhirnya malam ini, masuk lah kita dalam bulan Ramadhan.. Masya Allah...makbul juga doa kita sume untuk bertemu Ramadhan sekali lagi..Dah rase tak menyabo dah nak mula bertarawikh malam ni..Ape macam dengan korang plak ye?

Disini, saya tertarik dengan 1 wall post, gambar yang di tag oleh seorang kawan FB saye...ini gambarnye:
Simple tapi mendalam maksudnye..lebih mudah untuk orang mengingati nya bukan?hehehe...

Ya, dalam bulan mulia ni, kita kena memperbanyakan amalan..bayangkan kawan-kawan, 1 ibadat sunnat dilakukan dalam bulan Ramadhan bersamaan 1 ibadat wajib. Dan 1 abadat wajib pulak, bersamaan 7 kali ganda ibdat wajib dilakukan dalam bulan-bulan lain. Saya teringat 1 hadis nabi yang bermaksud : "sesungguhnya telah datang kepada kamu 1 bulan yang mana ia depenuhi dengan keberkatan diawalnya, keampunan di pertengahan nya dan dijauhi siksa dan api neraka di akhirnya..Dan didalam nya terkadung 1 malam yang mana ianya lebih baik daripada 1000 bulan".

Time puasa-puasa ni, jangan le kita buat perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Tapi kita juga selalu lupa, ade jugak perkara-perkara yang susah kita nak elakkan kecuali kita nekad...contohnya, macam mengumpat. Susah betol nak tinggalkan. tapi itu lah nama nya dugaan. dan setiap dugaan itu Allah s.w.t. akan memberi ganjaran yang besar bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.

Bila time bulan puasa je, mesti klinik-klinik penuh. Biasela, kes nak mintak cuti puasa. Sakit gastrik la, sakit itu la, sakit ini la. Haish. Yang pelik tu, sakit tu cuma datang time bulan puasa je. bulan-bulan lain, sihat sokmo. 

Lagi 1, bab bayar zakat. Di Johor ni, kadar zakat fitrah ialah RM5.00 bagi mereka yang makan beras "Beras Nasional" 15% hancur yang harga die RM1.80 sekilo atau RM18.00 untuk 1 paket 10 Kg. 

RM7.50 bagi mereka yang makan beras atau makanan lain selain dari Beras Nasional berkenaan. Tak kira lah beras basthmati ke, beras putih ke, yang 10% hancur ke, yang label ungu ke, beras wangi ke, roti ke, mee ke, sume kena bayar RM7.50..Tapi yang pelik dan hairan tu,dorang akan cuba bayar yang RM5.00...macam-macam alasan di beri.. Ade yang anak ramai lah, tanggungan ramailah, gaji tak cukup lah dan macam-macam lagi. padahal, topup telefon RM30-40 boleh beli, rokok 5-6 kotak sebulan boleh beli, baju raya sepasang RM100 boleh beli. Zakat fitrah setahun sekali RM7.50 tak mampu pulak.

Dalam bab solat tarawikh,pasti nya ade alasan tak sempat nak pergi masjid. Alasan nya, kerja malam, penat bekerja waktu siang,ada banyak hal dan sebagainya. Lagi-lagi la bila dah masuk 10 malam terakhir tu. Ada yang nak cat rumah, buat kuih raya. Tapi dorang lupa, yang mana 10 malam terakhir tu lah yang paling besar ganjaran nya. Sekali kena pulak malam Lailatul  Qadar. Alangkah bahagianya.. Kalau boleh tu, sempat-sempatkan lah diri ke masjid untuk solat tarawikh. setahun sebulan 30 kali je solat tarawikh ni. Nak tunggu tahun depan, boleh...andai kalau umur panjang lah..Kalau dah seruan tu tiba, tak sempat. Memang benar solat tarawikh tu sunnat. Tapi kalau direnung-renungkan hadis nabi yang bermaksud, "seandainya umat ku tahu kelebihan Ramadhan, nescaya, mereka pastinya mahukan Ramadhan itu pada bulan-bulan lain".

Pasti nya apa yang diperkatakan diatas adalah sebagai muhasabah diri kita sendiri. Saya pun bukan lah perfect sangat. tapi jika adanya niat kita untuk berubah ke aah kebaikan, pastinya kita akan dibawa ke jalan yang lurus itu.

~Renung-renungkan, Selamat Beramal dan Salam Ramadhan untuk semua~

05 August 2010

Hari Ini Dalam Sejarah 5/8/2010

Well, well..tinggal 5 hari je lagi nak mula puasa dah...Tak sabarnye nak tungu bulan puasa..bulan yang mana Allah s.w.t turunkan khas untuk hamba-hamba-Nya. Ntah nape tahun ni aku makin bersemangat untuk memasuki bulan puasa. Rasa macam tak sabar-sabar...kalau boleh, esok gak nak masuk bulan Ramadhan.."Marhaban ya Ramadhan!"

Tahun ni aku berazam nak cukupkan solat tarawikh di masjid..rasanye tahun lepas ade gak 2 kali aku skip solat tarawikh...pasal time tu ade kes yang tidak dapat dielak kan. Tapi Insya Allah, tahun ni aku nak buat complete Tarawikh kat masjid..sambil-sambil join team tadarus.

Lagi 1, rasa macam nak join team masak bubur lambuk la..Dah lame tak join sejak aku keluar dari kampung ke Segamat untuk belajar di sana selama 5 tahun. Pastinya aku tak pernah miss untuk ambik bubur lambuk Pt Hj Abd Salam yang memang terkenal famous amos di kalangan masyarakat mukim 2 Bagan ni. 

Pastinya Ramadhan kali ni akan aku cuba jadikan Ramadhan yang terbaik bagi diriku...Apa-apa pun pastinya jangan kita lupa menjaga diri ketika berpuasa..Akhir kata, sekali lagi, "Marhaban ya Ramadhan!"

04 August 2010

MTV Clips: 4/8/2010

Harini saya nak share dengan semua lagu fav saya ketika ini. Quite nice song...seronok..lagi2 ade featuring Pitbull... havoc abis...Let's check this out! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...