Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.
Malam ni kawan join kuliah rabu yang di adakan di Masjid Jamek kampung kawan. Tajuk malam ni pasal Kembali kepada Islam Sebenar. Tajuk yang ditarakan ni bukan untuk menyatakan bahawa selama ini kita ni tidak Islam,tidak ikut ajaran Islam. Tetapi sebagai panduan kepada diri kita. Yang mana kita belum buat,kita boleh mulakan kembali, yang mana selama ni kita buat secara ala kadar, kita perfectkan.
Perbincangan adalah lebih berkisar mengenai amalan dan konsep rububiyah dan uluhiyyah. Dalilnya adalah dalam Surah Al Imran ayat 19 iaitu:
Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam . Tetapi tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab itu, melainkan sesudah didatang kan kepada mereka ilmu, lantaran pelanggaran batas di antara mereka. Dan barangsiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah adalah amat cepat perhitunganNya.
Yang penting nya adalah hanya cara hidup yang diredhai Allah hanya Islam. Jadinya, nak kita kembali dalam keadaan baik kepada Nya nanti,mesti lah dalam keadaan kita dalam keredhaan Allah bukan?
Kebanyakkan kita kadang kala terlepas pandang beberapa perbuatan yang boleh menjauhi diri dari landasan cara hidup Islam. Islam itu agama yang syumul. Maka, itu lah yang terbaik baik kita. Ia tidak membebankan Hambanya dan sekiranya kita menghayati dan memahami asas sebenar,pastinya tidak akan berlaku perkara-perkara buruk seperti kes pembuangan bayi, anak tidak sah taraf, penagihan dadah, rasuah, gejala murtad dan sebagainya.
Kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Namun, tanya selera yang berlandaskan nafsu semata-mata,buruk padahnya. Jika berlandaskan keimanan, maka baik jadinya. Jika kadang-kadang kita merasa ada yang tidak kena pada diri kita, itulah dia suara hati iman kita. Maka,eloklah kita perbanyakan beristigfar dan muhasabah diri. Insya Allah,pastinya kita akan dibimbing kejalan Nya. Sekian, Wasalam.
Rabu Legi
24 Safar 1433 Hijri
18 Januari 2012 Masihi
0 comments:
Post a Comment