28 July 2010

Hari Ini Dalam Sejarah : 28/7/2010

Alhamdulillah... Tanda syukurku pada Allah s.w.t. yang mana telah mengizinkan aku untuk terus hidup selama 24 tahun dan 1 hari...Semalam, genaplah usiaku 24 tahun. Huish..dah makin berumur aku ni.. tapi masih banyak lagi cita-cita aku yang masih belum aku kecapi. Insya Allah, akan aku usahakan cita-cita ku agar menjadi realiti.


Bila aku bukak Facebook je, berduyun-duyun wall post yang diberi oleh kawan-kawan aku..macam-macam cara dorang nak wish birthday kat aku..ada yang siap nyanyi, ade yang bagi kek, ada yang menganjing pun ada..hahaha..tapi aku tak kesah..pasal aku dah lali..aku sangat sayang kna korang sume.


Umur 24 tahun adalah permulaan sebenarku untuk mematangkan diri. kata orang, umur 24 tahun ni umur terakhir untuk alam remaja, pasal umur 25 nanti dah masuk alam dewasa, mature dan mencabar. bagi aku yang dididik dalam keluarga yang selalu bercampur masyarakat yang lebih tua, umur 24 tahun ini lah yang akan membuktikan keupayaan aku dalam organisasi masyarakat. kata orang, tengah peak hour lah..


semoga 365 hari yang mendatang akan dipenuhi oleh kejayaan, kegembiraan dan kebahagiaan hendaknya. Salam takzim dari aku, Amiruddin Ithnin, nickname Atok, webname neuronic dan nama pena Konda Kondi.

24 July 2010

Isu Hari Ini: Mencarut atau Mengarut?

Salam kepada pembaca blog saya hari ini. Moga-moga sihat selalu. Hari ini saya akan meluahkan pendapat saya mengenai isu hari ini "Mencarut atau Mengarut?"

Ulasan Konda Kondi

Seperti yang kita sedia maklum. Mencarut itu adalah satu perkataan kasar yang dikeluarkan oleh lidah. Menurut tafsiran Kamus Dewan, Mencarut itu ialah "1 perbuatan mengeluarkan kata-kata yang keji dan kotor". Ini bersamaan perbuatan memaki-maki atau mencemuh orang lain. Bak kata orang, mencarut ni salah 1 perbuatan terkutuk juga lah.

Namun, perkara mencarut ini telah menjadi satu trademark bagi anak-anak muda kita zaman ini. Ini disebabkan oleh pendedahan media massa seperti televisyen, majalah-majalah, lagu-lagu barat dan sebagainya.Bagi negara-negara Barat, mereka juga menganggap mencarut itu satu perbuatan keji. Namun,setelah benda ini diulang-ulang, makanya ianya diterima. Malah, siap di muatkan di dalam lagu mahupun skrip filem dan drama. Akhirnya, kita sebagai penonton dan pendengar turut terpengaruh.

Bagi yang berfahaman liberal, mencarut itu adalah biasa. Malah mengarut jika tidak diucapkan. Ya, memang benar, kita semua pastinya pernah mencarut. Boleh kata bohong lah jika seseorang itu tidak mencarut. Kita bukan nya nabi, bersifat maksum. Namun demikian, seeloknya, kita sebaai orang Timur dan Muslim, kita kena mengawal dan menjaga diri kita dari perbuatan itu. Itu yang sebaik-baiknya bukan?

Jom kita renung-renungkan beberapa dalil-dalil yang boleh dikaitkan dengan topik ini:

Dalam al-Quran surah al-Hujurat, ayat 11, Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim."

Dari ayat al-Quran di atas, Allah s.w.t dah bagitau, jangan kita mencemuh atau mencarut atau memaki orang lain kalau kita ni betol-betol beriman dengan Allah. Siap Allah taala bagitau orang yang tidak bertaubat, maka dia tergolong dari kalangan orang yang zalim. Nah, di sini Allah dah terang-terang nyatakan, tak elok mencarut ni kan? Teruk balasan yang Allah sediakan untuk orang-orang yang mencarut ni. Buktinya:

Dari al-Quran, Surah al-Masad, Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"(1) Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! (2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (3) Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. (4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (5) Dilehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal."

Kisah Abu Lahab ni bukan nya kisah asing bagi kita. Bagaimana Abu Lahab berdusta dan mencaci maki nabi dan umat Islam. Begitu juga dengan anak-anak dan isteri nya. Bertapa teruknya siksaan Allah taala kepada mereka yang mencaci itu.

Dalam hadis nabi, diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Muslim, maksudnya:
"Mencaci maki orang muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya (membunuh orang muslim) adalah kufur."

Dan dari riwayat An-Nasai dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda ketika Perang Badar dimana orang-orang musyrikin Mekah terbunuh, maksudnya:
"Janganlah kamu memaki mereka, dari apa yang kamu katakan. dan kamu menyakiti orang-orang yang hidup. Ketahuilah kekotoran lidah itu tercela."

Dan hadis riwayat Ahmad dari Ibnu Abid, Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari islam. sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya, ialah yang baik Akhlaknya."

Dari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas, pastinya terang-terang dalam Islam kita tidak di benarkan sama sekali untuk mencerca, memaki apetah lagi mencarut. Terang-terang telah disebut oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Yang hairan nye, masih ade lagi yang mencarut. Malah suatu ketika dahulu, timbulnya kes seorang Tuan Guru  bertaraf ulama mengatakan Allah s.w.t juga mencarut dengan berdasarkan dalil 99 nama Allah. Astagfirullah Hal Azim. Jangal lah kita menghalal kan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal. kita bukan nya Tuhan nak halal haramkan sesuatu. Itu kerja Allah s.w.t.

Kalau boleh tu, jangan lah kita mencarut-mencarut ni..Hodoh sungguh ayat yang di lafaz kan itu. Ada yang kata B**i, P***mak, Pa***t lah..Kan sungguh keji tu. Ada pulak yang sebut ayat-ayat mencarut dalam bahase orang puteh seperti S**T, F**K, dan lain-lain lagi.. Orang zaman dulu-dulu, kalau marahkan anak macam mana? mereka akan gunakan ayat-ayat seakan memuji seperti "Bertuah punye anak!",dan "Ha'ah! Pandai lah kau". Kan sedap ayat-ayat itu walaupun tujuan nya untuk memperli. Tapi bak kata orang, "setiap kata yang di sebut itu adalah doa". Jadi kalau kita sebut yang baik-baik, kita mendoakan orang berkenaan dengan baik dan kita juga mendapat pahala. Tak gitu?

~Renung-renungkan dan selamat beramal!~ XD

21 July 2010

Isu Hari Ini: Ponteng Solat Jumaat

Berita diambil dari Berita Harian wilayah Johor bertarikh 21 Julai 2010


Johor: Syor tindakan tegas jika abai solat Jumaat

JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Bandar Baru Uda, Mohd Sunawan Mohd Som meminta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengkaji peruntukan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga lelaki Islam yang tidak menutup perniagaan mereka ketika solat Jumaat. 

Katanya, tindakan berkenaan perlu dikuatkuasakan segera sebagai usaha mencegah umat Islam daripada mempersendakan ajaran Islam dengan tidak menunaikan solat Jumaat sedangkan ia ibadat wajib.

Beliau kesal kerana ramai peniaga lelaki Islam termasuk yang beroperasi berhampiran Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini masih menjalankan perniagaan mereka sedangkan pada waktu berkenaan azan Jumaat berkumandang.

Malah, katanya, beberapa premis yang hanya beberapa meter dari masjid berkenaan masih meneruskan perniagaan dan ramai lelaki Islam di situ juga tidak menunaikan solat Jumaat tanpa rasa malu dan bersalah. 


"Setahu saya, kira-kira 80 peratus peniaga di kawasan berkenaan di kalangan masyarakat Islam yang sepatutnya menghormati seruan untuk menunaikan solat Jumaat. 

"Mereka ini perlu sedar matlamat untuk mengejar untung berniaga tidak boleh dibawa mati kerana tanggungjawab kita terhadap Allah SWT adalah lebih penting dan dituntut agama," katanya. 

Mohd Sunawan berkata, beliau akan mencadangkan supaya JAIJ atau pihak berkuasa berkaitan perlu menggubal peraturan dan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga Islam yang sengaja mempersendakan agama. 

Katanya, langkah itu dapat menjadi pengajaran kepada umat Islam lain supaya tidak melalaikan suruhan Tuhan serta menyedari bahawa agama Islam tidak pernah melarang umatnya berniaga tetapi perlu berlandaskan peraturan ditetapkan.

Ulasan Konda Kondi

Inilah umat Islam kita sekarang. Apa nak jadi pun tak tahu lah. Asyik pentingkan bisnes dan kehidupan jasmani saje. Pengisian Rohaniah nya sudah hilang. Bukan nya tidap pernah di ajar ketika Sekolah Agama dan di sekolah harian. Di manakah silapnya?

Jangan kan kata Solat Jumaat, kita lihat saja solat harian. 5 waktu sehari semalam. Tambah-tambah lagi waktu solat Magrib. Anda boleh lihat, di warung-warung, kedai-kedai dan restoran-restoran. Semuanya sedang enak menikmati makan malam. Bila ditanya, kenapa makan waktu Magrib-magrib ni? antara alasannya, "Belajar makan untuk berbuka puasa", "Ikut sunnah nabi, makan jangan waktu malam", "Ikut cara orang puteh, makan time petang-petang" dan bermacam lagi. Haish...macam-macam alasan di berikan.

Jika difikir-fikir, logik kah alasan-alasan itu? Solat Magrib ni dah le sekejap saje. 1 jam setengah je waktu yang ada untuk solat Magrib. Tapi yang dibesarkan hanya perut je. Nabi ajar kita makan sebelum waktu Magrib, bukan makan masa waktu Magrib. Jika berbuka puasa pun, nabi ajar hanya makan sedikit saja, kemudian bergegaslah untuk menunaikan solat Magrib.

Jom kita lihat dalil-dalil tentang solat Jumaat ni dulu.

Di dalam Al-Quran surah al-Jumaat ayat 9, Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Nah, disini Allah s.w.t menerangkan secara jelas, suruh berhenti jual beli ketika azan solat Jumaat di kumandangkan, solat dulu, lepas solat Jumaat, nak berniaga sampai jauh malam pun takpe. Asalkan solat jangan tinggal. Bukan nya lama pun, sekejap sahaja kan. Pengalaman  saya ketika mengerjakan umrah pada tahun 2008, bila saja masuk waktu solat, suma kedai-kedai tutup. Semua pergi ke masjid berhampiran untuk solat. Ada sampai berlari-lari hendak ke masjid. Lepas solat, terus masing-masing terus buka kedai dengan cepat. dalam hati saya berkata, "Alahai, bagusnya kalau di Malaysia keadaan nya begini".

Okey, mari kita lihat pula situasi di Malaysia. Di Malaysia, time waktu solat tu la time sume nak buat kerja. lagi-lagi dalam hal urusan memenuhkan perut dengan makanan. Haish! makan tu hanya sekadar kenyang saje. Teringat kata seorang ustaz ketika saya kecil, "Nikmat makan tu hanya sepanjang 1 jari telunjuk je. dah lepas ke tekak habis gitu. Klalau nikmat solat ni, membawa sampai akhirat".

Ingat lah, walau sesibuk mana sekalipun, jangan dilupa solat. Tak kira lah solat Fardhu atau Solat Jumaat. Jangan sampai nyawa dah di kerongkong, baru ingat nak solat. Di kala itu ,pintu nak taubat pun dah tertutup. Tinggal tunggu 'interview' oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir dalam kubur nanti.

~Renung-renungkan dan selamat beramal!~

19 July 2010

Isu Hari Ini: Daging kotak

Berita Diambil dari Berita Harian bertarikh 19 Julai 2010


Daging kotak dari India bukan lembu


Pengguna keliru banding harga produk segar tempatan

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang dipasarkan di negara ini adalah daging kerbau dan ia dijual pada harga lebih murah, berbanding harga daging lembu tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata ramai pengguna tidak tahu bahawa daging import India yang lebih dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau dan bukannya daging lembu.


Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini adalah daripada gred biasa dan membolehkannya dijual pada harga lebih rendah, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan. 

“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak ini sebagai daging lembu, sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India. 

“Namun, terpulang kepada rakyat untuk memilih berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka, tetapi saya harap tidak ada lagi kekeliruan mengenai hal ini.

“Setiap tahun sebanyak 80,000 tan daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia amat popular di kalangan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah. 
“Dalam pasaran ketika ini memang daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram, berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM17 hingga RM19 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di sini, semalam.

Ulasan Konda Kondi

Nampak gayanya masyarakat kita sebenarnya telah tertipu oleh pengusaha daging kota di India sana. Mana tak nya, ingatkan daging lembu, sekali daging kerbau..Patut lah bila masak daging lauk Baryani, lain macam je rasanya. Tidak seperti daging lembu 'fresh'. Macam dalam cerita pendekar bujang lapok, dalam babak Bujang Lapok nak masuk belajar di sekolah buta huruf.

Pak cik: Ba Wau Ra Nga..Unta!
Cikgu  : Bukan Unta pakcik..Burung...
Pakcik : Oh! Burung...ku fikirkan Unta..

Jika kita baca pun, Beef itu tak semestinya daging lembu. boleh jadi daging kerbau atau daging seladang. Tapi kita sudah terbiasa bila mana "Beef" sahaja, ianya daging lembu.

Kalau direnung-renungkan, adakah logik bagi pengusaha daging kotak untuk menyembelih lembu untuk dieksport ke luar negara? Bukan kah masyarakat India percaya bahawa lembu merupakan haiwan suci mereka? makanya adalah haram dan berdosa bagi mereka memakan daging lembu. Apatah lagi menyembelihnya. Oleh itu, totally tidak logik mereka akan mengeksport daging lembu untuk pasaran luar.

Kita selalunya membeli daging kotak tetapi tidak pernah melihat label dari mana daging itu berasal. Ini yang payahnya. Yang kita tahu, daging itu murah. Jimat belanja.

Seharusnya kita perlu lihat, dari mana daging itu di import. Asal usul daging itu penting. Kalau daging itu di import dari tempat yang agak was-was, baik tak payah beli lah. Tambahan pula, adakah betul cara penyembelihan haiwan berkenaan seperti yang ditetapkan syarak?

Di dalam surah al-Baqarah ayat 172-173 Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
'Hai orang yang beriman, makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan/mengguna benda-benda yang haram) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani'.

Sekiranya, sembelihan itu tidak dilakukan secara sempurna, maka jatuhlah hukum bangkai terhadap sembelihan terbabit. Dalam hal ini, adakah sembelihan itu dilakukan secara betul dan sah? Memang benar pihak berkenaan diberikan sijil Halal, namun ianya setakat sijil semata-mata. Lain lah jika ada seorang penguatkuasa atau pegawai Jakim diletak kan di pusat penyembelihan terbabit, maka sah lah sembelihan itu boleh di makan.

Oleh itu, adalah lebih baik, jika kita sendiri beli seekor lembu dan di sembelih untuk majlis kenduri kendara kerja kawin ni. biar mahal asalkan kita memberi makan yang elok-elok kepada para jemputan. Setiap kali mereka sendawa "Errkkk! Alhamdulillah", bererti mereka bersyukur kepada Allah s.w.t atas rezeki yang di beri dan sekaligus mendoakan tuan rumah ditambah rezeki lagi atas keikhlasan menyediakan jamuan. Kan itu lagi baik. 

~Renung-renungkan dan Selamat Beramal!~

16 July 2010

Isu Hari Ini: Pengurangan Subsidi ke atas Petrol dan Gula

Hari ini, bukak aje la paper mane-mana pun, sume akan cerita benda yang sama. SUBSIDI DIKURANGKAN atau HARGA PETROL DAN GULA NAIK. Bijak betol surat khabar ni nak lakukan produk mereka. Ayat propaganda. Tahu lah surat khabar tu usia laku nya cuma 1 hari (mana tak nye, mane ada orang baca surat khabar semalam..mestilah orang nak baca yang fresh-fresh terbaik dari ladang kan?), tapi tak perlu lah bagi ayat Bombastic. Bikin Gempak je. hehehe.

Berbalik pada tajuk di atas. Pengurangan subsidi ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan Kerajaan dan untuk menyeimbangi defisit fiskal kerajaan. Mari kita lihat ini:


Baiklah, berikut adalah sedikit analisis dari saye yang tak lah berapa pandai, tapi akan cuba menyampaikan aspirasi rakyat dan akar umbi. 

Ulasan Konda Kondi
Secara kasarnya, kenaikan harga kali ini adalah yang terendah berbanding kenaikan harga petrol yang terdahulu ketika harga minyak mencanak naik (kecuali harga gula kali ni naik lagi tinggi = 20%). Namun apa yang perlu kita ingat, zaman sekarang ni, mana ade benda yang free lagi murah dalam dunia. Semuanya ada harga. Sedangkan nak kahwin pun ada harga mas kawin (tu belum masuk duit hantaran yang ribu-riban tu), ni kan pula benda asas. Melainkan kita ada tanah sendiri, tanam sendiri dan buat makan sendiri.namun apa yang perlu kita ingat, kenaikan ini adalah untuk menampung perbelanjaan kerajaan pusat untuk membangunkan negara. Defisit fiskal yang di catatkan yang mana kerajaan berhutang dalam membangunkan infrastruktur untuk negara adalah untuk siapa jika bukan untuk rakyat. 

Bayangkan, kerajaan terpaksa menanggung 24 billion ringgit setiap tahun hanya untuk membantu 26 juta rakyat Malaysia (tu tak masuk lagi pendatang asing, pelancong, orang Thailand, Indon, Brunei dan Singapura yang datang ke rumah sedara mara mereka di sini). Jika dikira, RM24 billion dibahagi 26 juta rakyat Malaysia, ini bermakna kerajaan kita menanggung RM950 seorang untuk beri makan minum dan kemudahan asas bagi setiap rakyat Malaysia. 

RM950.00 seorang kerajaan tanggung untuk rakyat Malaysia. Jika dilihat, banyak tu. Tu belum masuk lagi perbelanjaan kerajaan untuk rakyatnya dalam hal-hal lain macam roadtax kenderaan, beras subsidi dan macam-macam lagi. Tapi itu lah, bak kate orang, benda baik orang tak nampak, benda buruk senang je nampak. Baru je naik 5 sen, riuhnye macam ape. Sampaikan ada yang nak tukar kerajaan kepada yang sebelah sana. Adakah begini sikap rakyat Malaysia?

Susah nak kata, tapi ini lah realiti yang perlu kita hadapi. 5 sen tu banyak mane lah kan. Cuba kita fikir, mampukah kita nak gali minyak sendiri, proses minyak sendiri dan digunakan untuk diri sendiri dalam masa 1 hari? Mustahil bukan? dah ada produk, kita cuma bayar dan gunakan saja. Macam harga gula naik. Kalau kita tanam tebu, nak tunggu besar baru di tebang, di perah, di proses untuk jadi gula, tak mungkin dapat buat dalam 1 hari. Lain lah ada Doraemon kan? Hahaha.. jainya kita sebagai end user seharusnya berfikir tentang perkara ini sedalam-dalamnya.

Dalam pekara itu, pihak-pihak lain jangan ambil kesempatan dalam hal ini. setakat harga gula nai 20-30 sen, tak kan lah harga Teh O boleh naik dari 80sen jadi RM1.20. Bukan nya guna gula 1 kilo untuk segelas gula kan? Walaupun nabi sendiri ada menyatakan, "Harga sesuatu barangan perlulah berdasarkan permintaan", tapi tak perlu lah sampai nak membunuh penguna sendiri. Pendek kata, kita kena lah mula berjimat cermat dari sekarang. Baru lah boleh jadi masyarakat kelas Dunia. 

~Renung-renungkan dan Selamat Beramal!~ Sekian. Wasalam

15 July 2010

Hari Ini Dalam Sejarah 15/07/2010

15 Julai 2010...akhirnya aku mendapat harta pusaka abah ku...sebidang tanah seluas 1 ekar yang terletak di pinggir bandar Batu Pahat..Strategik kerana hanya 5KM dari bandar batu pahat..yang diberikan kepada aku selaku anak tunggal beliau...Pesan abahku, 


"Ni abah dah serahkan pusaka kita turun temurun..jangan sesekali kau jual tanah ini melainkan kau dapatkan peganti tanah ini dahulu. Jangan sesekali kau gadaikan tanah ini..biar apa pun terjadi..biar kita tambah harta, jangan jual harta..selepas ini andai kata apa2 terjadi pada Mama dan Abah, tak kan ade perebutan kuasa hendak kan tanah ini dari adik beradik Abah yang buaya itu..dan mereka takde hak untuk tuntut tanah ini sebagai hak mereka walaupun mereka kata mereka ada hak berdasarkan waris..Kini kau lah pewaris tanah ini yang sah..dan nama kau ade di atas geran ini.."

Terasa sebak, terharu dan sedih bila abah kata begitu. Teringat pulak video "perjuangan yang belum selesai"..

Terima kasih Abah dan Mama..kini anak tunggal mu ini telah semakin dewasa..walau apa pun terjadi, akan ku jaga kamu berdua dan tanah pusaka ini hingga akhir hayatku..Ini lah warisan yang kita ada. 

Konda-kondi: Pelik dengan orang sekarang..bukannya nak tambah harta, nak telungkupkan harta adelah. Asal ade tanah je, mesti nak jual..Dah tu tak di gantiakan dengan tanah yang lain..akibatnya, makan janji pusaka itu sendiri. Perkara ini pernah terjadi dahulu. Tuan punya tanah aku sekarang ini menjualkan tanah pusaka ini kepada Abah aku.. Akhirnya hidup dia tidak pernah cukup. Dan dia meninggal dunia dalam keadaan yang menyedihkan. Itulah akibatnya melanggar sumpah menjaga harta pusaka. Nauzubillah..Minta dijauhi...

Macam itu lah!

Salam. Akhirnya aku mula membuat blog aku sendiri. Baru belajar le katekan.Kalau salah silap harap dimaafkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...