22 May 2012

Rejab Datang Lagi...

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Apa khabar semua hari ini? Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah masuk bulan Rejab kita ye..Bulan Rejab adalah salah 1 dari 4 bulan yang diharamkan Allah S.W.T. bagi umat islam berperang melainkan dianiaya atau diserang. kelebihan nya Bulan rejab ini tidak diketahui secara tepat, namun yang pastinya, dalam bulan Rejab ini lah Rasulullah S.A.W. telah diangkat oleh Allah S.W.T. ke Sidhratul Muntaha untuk menerima 1 ibadah, direct tanpa perantaraan Jibril A.S. iaitu ibadah solat 5 waktu sehari semalam.

Apa yang penting di sini, bulan Rejab juga adalah medan persediaan kita untuk menyambut 1 lagi ibadah penting bagi umat manusia iaitu ibadah puasa. Itu lah sebabnya ada doa yang bagus kita amalkan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Difahamkan, para sahabat nabi, para tabiin dan ulama telah berdoa agar dapat sampai ke bulan Ramadhan yang penuh dengan 1001 keberkatan yang mana Allah S.W.T. sendiri yang akan memberikan ganjaran pada hamba-Nya.

Oleh itu, amat bagus sekali kalau kita dapat amalkan doa berkenaan dan memohon doa agar dipanjangkan umur agar dapat kita sekali lagi menemui Ramadhan. Rasa tak sabar nak memasuki Ramadhan. semoga kita dapat bersama-sama menempuh bulan-bulan yang berkat ini nanti. Insya Allah. Wassalam.

Selasa Legi
1 Rejab 1433 Hijri
22 Mei 2012 Masihi

Kematian Pasti Datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Alhamdulillah, kawan dapat juga meluangkan masa menulis blog hari ini. Kali ni kawan nak sampaikan sikit mengenai kematian. Ini adalah berkaitan dengan apa yang berlaku pada hari Ahad yang lepas. Pada tika itu, kawan dapat berita kematian Allahyarham Haji Mohamad bin Haji Ibrahim, mantan ketua kampung @ Pak Naib Kampung Parit Haji Abdul Salam. 

"Tiap-tiap benda yang bernyawa pasti merasai mati..." itulah sedikit petikan ayat 185 Surah Al-Imran. Itu lah yang akan berlaku pada kita semua nanti. Sedangkan kekasih Allah S.W.T. merasai mati,ini kan pula kita hanya manusia biasa. Persoalan yang diutarakan ialah, adakah kita telah bersedia untuk bertemu dengan-Nya?

Pada hari kejadian, kawan membantu abah kawan menggali liang lahar untuk Allahyarham. Masih segar di ingatan kawan, arwahnya yang kali terakhir kawan jumpa melihat kearah kubur dari tepi tingkap masjid. Barangkali arwahnya sudah dapat merasakan tempatnya di situ nanti. Semua orang kampung tak expect beliau akan pergi dahulu berbanding beberapa orang kampung yang sudah dalam keadaan tenat & kritikal. Namun, maut itu tidak menanti usia tua atau muda. Arwahnya jatuh sakit pada hari sabtu, dan meninggal dunia pada hari ahad.

Alhamdulillah, kawan dapat ambil pengajaran dan pengalaman menggali liang lahad. Jika di Singapura,kotak konkrit menjadi liang lahad, di Malaysia masih lagi secara manual. Semuanya memerlukan kudrat dan keringat. Namun, kawan tetap berasa puas hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk arwah. Beliau sungguh mesra sejak kawan kenal dari kecil.Arwahnya memang jarang tinggalkan masjid dan Alhamdulillah, arwahnya di kebumikan betul-betul bersebelahan dengan masjid. Itulah hajat terakhir arwah pada JKK kampung & masjid. Ingatan tulus ikhlas buat Allahyarham. Al-Fatihah..

Selasa Legi
1 Rejab 1433 Hijri
22 Mei 2012 Masihi

13 May 2012

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Pagi Ahad yang sejuk..Itu yang kawan dapat gambarkan. Hujan turun tak berhenti dari pukul 6 pagi tadi. Kini dah masuk 2 jam hujan turun. Tak menampak kan tanda-tanda bakal berhenti ni.

Setelah semalaman panas terik mencecah 33.5 darjah celcius, harini Allah Taala menurunkan hujan. Bak kata bidalan terkemuka, "Hujan itu 1 rahmat dari Allah". Kawan lihat, kadang-kadang ramai yang mengeluh kerana hujan. Apa yang perlu kita fikir, patutkah kita mengeluh pada sesuatu yang Allah Taala telah jadikan untuk kita? Adakah kita lebih elok perancangannya dari perancangan Allah Taala?

Apa yang Allah berikan ada makna semuanya.Think positive.. Pasti ada makna semuanya ini. Mungkin pada kita,hujan itu agak menyukarkan dan membataskan pergerakan kita hari ini. Namun, bayangkan sekiranya pokok-pokok bila dapat air.. Dengan keadaan air parit,longkang yang kini tercemar, bila dapat air fresh dari langit,alangkah gembiranya mereka.. Oleh itu,marilah kita mensyukuri nikmat yang Allah Taala beri. Semakin kita mensyukuri nikmat-Nya, semakin banyak nikmat yang akan Dia beri. Sekian, Wassalam.

Ahad Pahing
22 Jamadil Akhir 1433 Hijri
13 Mei 2012 Masihi

09 May 2012

Kuliah Rabu: Makmum Masbuq & Muafiq

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kawan baru je balik dari menghadiri kuliah rabu di masjid kampung kawan. Kuliah Rabu malam ni disampaikan Ustaz Syazali dari Jabatan Agama Islam Johor Daerah Batu Pahat. Tajuk kuliahnya ialah Makmum Masbuq & Makmum Muafiq.

Walaupun dulu masa di sekolah kita belajar pasal makmum - makmum ni, kita kena refresh balik. Al maklumlah..nama pun manusia,bohong kata kalau kita tidak lupa. Seperti dalam maksud ayat 3 surah Al-Asr,
"..Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran"

Ok, berbalik pada kuliah, beberapa maksud tafsiran kitab al-majmu', makmum muafiq ialah makmum yang solat di belakang imam, yang mana selepas takbiratul ihram dapat berdiri serentak dengan imam,dapat menghabiskan bacaan surah Al- Fatihah sebelum imam ruku'. Manakala bagi makmum muafiq pula ialah makmum yang solat di belakang imam,tetapi tidak sempat membaca sebahagian atau sepenuhnya surah Al-Fatihah sebelum imam ruku'..

Pelbagai persoalan biasa telah erjawab dalam kuliah tadi. Termasuklah cara-cara mengerjakan solat sekiranya terlepas rakaat bersama imam. Alhamdulillah..mana-mana perkara yang kita tak tau dapat lah kita perbetulkan. Pendek kata, continuous learning kata omputeh. Mudah-mudahan kawan dapat diberi keizinan untuk join lagi kuliah2 cam gini. Insya Allah.. Wassalam.

Rabu Pon
17 Jamadil Akhir 1433 Hijri
09 Mei 2012 Masihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...