Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.
Bahagian ke 4 Komentar Bajet 2013 akan kawan sentuh mengenai usaha kerajaan dalam memastikan kawasan kejiranan dan suasana yang selamat. Mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat adalah salah 1 fokus utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang secara umumnya setahun perlaksanaan NKRA ini, kadar jenayah menurun lebih 11%. Namun, apa yang membimbangkan adalah jenayah ganas atau brutality semakin ketara.Maka, dengan inisiatif kerajaan ini, ia dapat memangkin untukmengurangkan jenayah ganas ini.
1. Menambah Bilangan Perjawatan Polis. Anggaran kasar bagi anggota polis di negara kita adalah seorang polis untuk 6,000 orang. Ini berbeza dengan nisbah polis ideal seorang polis untuk 250 orang di satu-satu kawasan kejiranan. Bayangkan kalau seorang polis menjaga 6,000 nyawa? Malah negara besar seperti Amerika menempatkan seorang polis bagi 500 orang penduduk, Perancis pula menempatkan seorang anggota polis bagi 480 orang penduduk. Bagi anggota polis kita,mampukan mereka menjaga kesemuanya 6,000 penduduk? Oleh itu, dengan adanya sukarelawan polis yang dibayar elaun ini, setidaknya, mereka ini dibekalkan T-baton yang boleh digunakan bagi mencegah jenayah jalanan.
2. Unit Rondaan Motosikal. Penjenayah jalanan kini semakin licik. Meragut,langgar lari, merempit menjadi taktik mereka. dengan adanya unit rondaan motosikal, polis dapat mengejar mereka dan tiba ke lokasi jenayah dengan lebih pantas. Lihat saja sekiranya berlaku jenayah di sesuatu kawasan yang sesak,pastinya motosikal adalah 1 kenderaan yang praktikal sementara menunggu unit bantuan lain tiba. Dah alang-alang nak tangkap mat rempit, stakat kejar merempit ni,serahkan saja pada mereka.
3. Pemasangan Alat Kawalan Keselamatan (CCTV). Usaha ini dapat membantu polis dalam menangani kejadian samun, ragut, rompak, pecah rumah yang mana ianya selalu berlaku di kawasan yang sunyi dan kurang mendapat pengawasan orang ramai. CCTV tidak tidur dan beroperasi 24 jam sehari,7 hari seminggu. Selain itu,sekiranya polis memerlukan bukti dan pengecaman identiti penjenayah,sistem ini dapat membantu. Insentif pengecualian cukai bagi pemasangan CCTV ini sebagai langkah Corporate Social Responsibility (CSR) dapat menggalakan penglibatan syarikat dalam membendung aktiviti jenayah ini.
4. Rondaan Kawasan Kejiranan. Jika dahulu, skim rukun tetangga semakin dilupakan selepas era komunis, kini ia menjadi 1 pilihan yang efektif untuk diwujudkan semula bagi membendung masalah jenayah sekitar kejiranan. Dengan insentif ini, program rukun tetangga dapat dilakukan, dan ikatan ukhwah dan mahabbah dapat diterapkan dalam komuniti. Tidaklah nanti, kita tidak kenal siapa jiran kita dan tidak mengambil berat keatas mereka. Seperti hadith mashyur, "tidak sempurna iman seseorang muslim itu sekiranya ia tidak mengasihi jirannya dan membiarkan mereka kelaparan".
Semoga usaha kerajaan ini dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Nak harapkan kerajaan sahaja, memang lah tak boleh. Kita sebagai rakyat seharusnya bersama-sama mencegah jenayah. Ingat lah formula ini:
Penjenayah + Mangsa + Peluang = Kes Jenayah
Pejenayah dan Mangsa selalu ada. Tapi tugas kita adalah menyekat peluang penjenayah dari melakukan kerja jenayah mereka. Kredit pada Kamal Affendi : penganalisis jenayah Asia. Sekian, Wasalam.
Selasa Wagih
15 Zulkaedah 1433 Hijri
02 Oktober 2012 Masihi
0 comments:
Post a Comment