31 January 2011

Tahniah Azahar Ibrahim (Tok Ai)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Tahniah dan syabas kepada Mohd Azahar bin Ibrahim kerana telah diberi kepercayaan oleh orang DUN Tenang untuk mengemudi kawasan berkenaan. Dengan majoriti 3700 itu satu pertambahan dan peningkatan undi terhadap Barisan Nasional dan UMNO. Memenangi 11 dari 12 peti undi dan menang 1 peti undi pos, pastinya ini 1 tarikan dan energy boost untuk Barisan Nasional dalam PRK Merlimau, Melaka bulan Mac nanti Insya Allah.

Kepada bekas calon PAS, Normala Sudirman dan semua penyokong Pakatan, diharap terimalah apa yang berlaku ini sebagai Qada dan Qadar. seperti mana MB kelantan dalam solat hajat di Labis tempoh hari, memohon agar pihak yang benar diberi kemenangan mutlak di PRK Tenang. Apa yang penting, perpaduan dan ukhwah antara Muslim jangan dinafikan. Kita sama2 muslim, beragama Islam, menghadap kiblat yang sama, mentauhid kan tuhan yang sama, mengucap kalimah syahadah yang sama, berbahasa dan bertutur dalam bahasa yang sama, perlu saling menghormati. Itulah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Kepada Mohd Azahar, ingatlah, amanah yang diberi adalah 1 tanggungjawab. Adalah menjadi kewajipan anda untuk memastikan apa yang dijanji, ditepati. Kelak, jika rakyat tidak menghukum, Allah akan menghukum kita.Berikan lah khidmat kepada Agama, Bangsa dan Negara dengan jujur,ikhlas dan amanah.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Tak kira dari Team BN, Team Pakatan, Bloggers, Pasukan Keselamatan, Orang Ramai, SPR dan ramai lagi. Ada umur kita jumpa di Merlimau nanti. Tak pun mas PRU ke 13. Selamat!

Isnin Wageh
31 Januari 2011
26 Safar 1432 Hijri

Sembelih Ayam

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Hahaha...korang tengok benda kat atas tu, mesti korang dah tau kan..Itulah ayam-ayam yang kawan sefamili bela. Tapi dah sembelih dah. Nak buat lauk punye pasal. Ni ayam kampung. Berbeza dengan ayam daging / ayam bandar yang berwarna putih bulunya, lebih 'montok' dan 'berisi' dari ayam kampung. Ayam kampung ni biasanya daging lebih pejal (silap2 boleh tecabut gigi gigit daging ayam kampung nih),bulu yang berwarna, dan lebih terejal (degil) dan aktif. Lagipun, ayam kampung ni takde suntikan mahupun ubat cepat membesar. Natural and organic. Khasiat tinggi wooo..Jadi tak hairan lah jika harga ayam kampung lebih mahal dari ayam daging biasa.

Ni gambar ayam2 yang telah siap disembelih oleh ayah kawan. Sesekali nak di buat lauk, masak pecal sedap gak. Hehehe.. Dah siap sembelih ayam, dah betol2 K.O. kawan rendam ayam2 ni dalam air panas. Ini untuk melembutkan bulu2 ayam supaya senang nak dicabut. Kita gunakan cara yang lama le katekan.


Bagi yang tak expert, cabut bulu ayam ni memang leceh lagi memakan masa lama. Tapi bagi yang dah expert, 10 minit dah togel dah ayam tu. Kawan ni baru tahap novice je. jadi seekor ayam tu nak settle kan dalam 15-20 minit. Rahsia nya senang je..JANGAN CABUT BULU DI KEPAK DULU. pasal bulu kat situ paling leceh nak cabut. CABUT BULU BAHAGIAN DADA DAN ATAS BADAN AYAM. ni bahagian paling senang nak cabut. Rasanya, kat bandar, tak dapat experience macam ni punye. hehehe...Ok lah, datz all 4 this entry. Banyak lagi yang kawan nak share. Tunggu jela ye...Wasalam.

Isnin Wageh
31 Januari 2011
26 Safar 1432 Hijri

28 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Bahaya Rasuah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah di kampung kawan hari ini berkisar pada gejala rasuah. Ya, ini adalah salah 1 masalah kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Semua negara mengamalkan rasuah. Jangan kata Malaysia, Arab Saudi yang mengamalkan undang2 syariah pun pastinya ada gejala yang boleh dikira najis ini. Banyak masalah yang akan timbul apabila rasuah berleluasa.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 188 menegaskan "

Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Jika dah Allah S.W.T. jelaskan dalam Al-Quran yang mulia, makanya, perkara ini amat dipandang serius. Kita rakyat Malaysia, 99.99% celik huruf dan celik fikiran, pastinya kita dapat menilai mana yang baik, dan mana yang buruk. Bersama Perangi Rasuah! Wasalam.

Jumaat Legih
28 Januari 2011
23 Safar 1432 Hijri

27 January 2011

Sejuk!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Sebenarnye takde ape2 motif pun kawan letak gambar kat atas ni. Cuma nak share dengan korang sume yang semalam Batu Pahat hujan 1 hari suntuk. Kalau di Tenang sampai banjir kilat, Alhamdulillah, di Batu Pahat ni tak le sampai banjir. Paling kuat pun air meladung je. Gambar kat atas ni kawan ambik pagi tadi pukul 7. 35 pagi. suhu cecah 24.6 darjah celcius. Ni suhu bilik kawan. Fuh, memang sejuk. Dah macam di Genting Highlands pulak. Malam pun tak payah pakai kipas, dah ade 'aircon' natural. Hehehe.. Sekian!

Khamis Kliwon
27 Januari 2011
22 Safar 1432 Hijri

23 January 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Lee Chong Wei and Taufik Hidayat podium

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menunduk kan Taufik Hidayat dalam Final Perseorangan Terbuka Malaysia petang tadi. Kawan tengok memang Datuk Lee Chong Wei hebat. Mana tak nye, Sifu beliau, Datuk Misbun Sidek pun ade bagi semangat. Beliau menang straight game.

Tapi yang masih menjadi tanda tanya, masih tak settle2 ke krisis BAM dengan Datuk Misbun? Kawan tengok lepas abis match, Datuk Misbun terus je keluar lalu pintu belakang. Harap2 cepat2 lah settle. Kebanyakan jurulatih Indonesia, Korea, malah jurulatih Lin Dan sendiri dah bagi amaran pada BAM, yang mana memang rugi besar kalau mereka melepaskan Datuk Misbun selaku jurulatih. Dan ada ura2 menyatakan, beberapa negara berminat mengambil Datuk Misbun selaku jurulatih negara mereka dengan bayaran yang lumayan! 

Jadinya, tolonglah selesaikan cepat2 masalah negara nih...Demi kepentingan negara. Wasalam.

Ahad Legi
23 Januari 2011
18 Safar 1432 Hijri

22 January 2011

Ke Labis

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, hari ni kawan dapat peluang mengikuti hari penamaan calon secara live dari pekan Labis. Ni la 1st time kawan dapat join sebab sebelum ni kawan hanya mampu tgk dari tv je. Pasal kawan masih lagi terikat dengan status 'Pelajar' dan 'AUKU'.


So far, kawan dan ahli2 yang lain bergerak dari Batu Pahat jam 5.30 pagi. Sempat solat subuh di Masjid Yong Peng dan tiba di pekan Labis jam 7.30 pagi. Sampai je, jalan dah penuh sesak. Jalan Labis-Tenang yang selama ni tenang dan tak sibuk sangat, boleh ditutup untuk lalu lintas. Fuh! Punya lah ramai umat! Bagi dari group Barisan Nasional, memang ramai yang datang dari seluruh pelusuk negara. Ada yang dari Kapar Selangor, Bayan Baru Pulau Pinang, Teluk Kemang Negeri Sembilan, yang dari Sabah pun ada!


Kami mula berkumpul di perkarangan wisma MCA Labis dan berarak pada jam 9 pagi. Kawan Rasa ade la dekat 7-8 ribu penyokong BN yang datang. Keadaan memang meriah.Dah macam pesta bendera pulak.


Selepas proses Penamaan Calon dan Proses bantahan tamat, calon-calon yang bertanding di perkenalkan. Sesudah tu kami semua pulang ke Batu Pahat. Gedebak Gedebuk sampai kat rumah pukul 1 tengahari. Walaupun agak penat, tapi kawan puas hati dapat experience time ni. Mudah-mudahan dapat peluang lagi. Amin. Wasalam.


Sabtu Keliwon
22 Januari 2011
17 Safar 1432 Hijri

21 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Berbuat baik pada Ibu Bapa

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah hari ini mengupas pasal berbuat baik pada ibu bapa. Dalam hal seharian jangan lah kita lupa jasa mereka berdua yang tidak terbalas. Dalam Al-Quran disebutkan, 

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. " (Al-Isra' : 23 & 24)

Juga ada hadis nabi menceritakan bertapa pentingnya kita berbuat baik pada ibu bapa,terutama sekali ibu. Rasulullah sendiri dalam hadis nya menyebut "ibumu" sebanyak 2 kali lalu baru di ikuti "ayahmu dan orang yang rapat di sekelilingmu". Ini menunjukkan bertapa utamanya ibu tanpa meminggirkan keutamaan ayah.

Zaman sekarang ni kita melihat bermacam kes yang berlaku. Anak tinggalkan ibu bapa di rumah jagaan orang2 tua tu memang dah selalu lah. Yang tinggalkan orang tua sendirian, uzur pula tu, tak makan tak minum. Ada yang siap saman ibu bapa. Lagi yang teruk, siap bunuh ibu bapa sendiri. Ini lah akibat kurangnya keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. Dan ingatlah, tak kan cium kita bau syurga kalau kita menderhaka kepada ibu bapa kita. Utamakan mereka daripada isteri dan sesiapa sahaja kerana ada kisah seorang pemuda tidak dapat lepas sakaratul maut kerana melebihkan isterinya di zaman Rasulullah. Dan apabila Rasulullah memohon ibunya meaafkan anaknya itu, barulah anak nya meninggal dunia dengan tenteram. Nauzubillah himin zalik. Wassalam.

Jumaat Wagih
21 Januari 2011
16 Safar 1432 Hijri

20 January 2011

Bersuci

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah. Dapat gak kawan meluangkan masa hari ni menulis blog. Dah beberapa hari kawan asyik skip je. Bukan apa, kengkadang tak tau nak share cerita apa pada rakan-rakan semua. Jadinya, malam tadi (Rabu malam Khamis) seperti biasa ada kuliah agama di masjid kawan. Tajuk kuliah adalah bersuci. Jadinya kawan nak share sikit pada rakan2 semua.

Bersuci ni dalam Islam ni luas maknanya. Suci dari hadas kecil mahupun hadas besar. Malah, Wudhu atau ambil air sembahyang itu pun salah 1 cara bersuci. Wudhu itu adalah bersuci dari segi praktikal nya. manakala Solat itu dari segi rohani nya.

Dalam kuliah juga diajarkan beberapa jenis air yang digunakan.

  • Air Mutlak - air yang jelas bersih (biasanya air paip, air telaga, air hujan, air laut, air mata air, dll). Air ni air yang suci lagi boleh menyucikan dari hadas.
  • Air Mutanajjis - Air yang telah terkena/bercampur dengan najis yang mana kurang dari 2 kolah tak kira berubah bau, rasa atau warna dan Air yang terkena najis lebih dari 2 kolah tak kira berubah bau, rasa atau warna sedikit mahupun banyak. Pendek kata semua air yang kena najis. Air ni tak suci lagi tidak boleh menyucikan hadas.
  • Air Musyammas - Air yang telah dijemur dibawah sinaran matahari sehingga air itu menjadi panas. Air yang bertakung di dalam bekas besi yang berkarat juga termasuk dalam kategori ni. Air ni suci dan boleh meyucikan hadas namun makruh digunakan pada anggota badan. Pasal ada hadis Nabi S.A.W. menyatakan air ini boleh mendatangkan penyakit sopak.
  • Air Mustaqmal - Air yang bersih namun tidak boleh menyucikan. Contohnya, air buah kelapa, air buah-buahan. 
  • Air Muqayyad - Air bersih tetapi telah bercampur dengan sesuatu yang suci sehingga mendatangkan rasa, bau mahupun warna. Air ini boleh diminum tetapi tidak boleh menyucikan. Contohnya air kopi, air teh, air sirap, dll.
Lepas tu kami di ajarkan mengenai wudhu. Wudhuk ni bagus kerana menjadikan anggota badan kita segar, dan membersihkan rohani dan jasmani kita. dan di Akhirat kelak, Nabi Muhammad S.A.W. dapat mengecam umatnya dengan berpandukan cahaya hasil daripada wudhuk yang sempurna. Wallahualam. Wasalam.

Khamis Pun
20 Januari 2011
15 Safar 1432 Hijri

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Kawan mengucapkan Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua kaum India beragama Hindu di seluruh Malaysia. Hari Thaipusam adalah hari suci bagi kaum India. Dan kawan berharap agar mereka tidak meletakkan prasangka terhadap kaum2 lain di bumi Malaysia ini. Kita hidup aman damai dan saling hormat menghormati antara 1 sama lain. Diharapkan rasa hormat menghormati ini akan kekal selamanya.

Khamis Pun
20 Januari 2011
15 Safar 1432 Hijri

15 January 2011

Hujan Dah Turun....

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.
Gambar depan rumah

Fuh...Memang sekarang ni tengah musim hujan. Rumah kawan pun dah mula penuh air kat parit. Asal petang je hujan. Memang seronok betol kalau tidur lagi2 tengah2 hujan. Fuh! Memang tak sadar le jawabnya.


Kawan masih ingat lagi. Masa kawan baru balik ke kampung tahun 1999. Masa tu, musim hujan di Batu Pahat ni dalam bulan april hingga julai. Sekarang ni, semenjang Tsunami 2004, dah mula hujan macam di pantai timun. bulan Disember hingga Mac. Jadinya, aktiviti petang pun agak terbatas sedikit. Jawabnya, duduk kat dapur, minum kopi O kaw, makan Godok Ubi (ubi rebus) cicah sambal tumis dan ikan masin. Fuyoh! Memang terangkat beb. Takpun makan lempeng kelapa dengan sambal tumis. Memang tak berenti la makan. hahaha...Ok, cukup untuk hari ni. Bagi sape2 yang tengah guna komputer time hujan, baik cepat2 tutup. Kena sambar petir, almarhum komputer korang. Dah jadi keje kena hantar repair. Wasalam!

Sabtu Pun
15 Januari 2011
10 Safar 1432 Hijri

14 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Iktibar dari Musibah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah. Tiba lagi Jumaat. Penghulu segala hari. Kena pula hari nya redup mendung. Memang barakah hari Jumaat ni. Khutbah Juaat hari ni mempunyai pengisian iktibar dari musibah yang melanda umat manusia akhir-akhir ini. Lagi-lagi peristiwa Tsunami, Gempa Bumi, Gunung berapi meletus, ribut taufan, banjir dan sebagainya.

Kita sebagai manusia seharusnya memikirkan apa yang sebenarnya tersirat dalam bencana dan musibah yang melanda. Setiap 1 musibah pastinya ada petunjuk dan memberikan amaran terhadap manusia yang leka dibuai keenakkan dunia. Ingatlah, jangan kita lupa kan Allah S.W.T. Tuhan Pencipta kita. sekiranya kita mengalami musibah, ucapkan lah, "Innalillahi ila hi raji'un" bermaksud "Daripada-Nya kita data dan kepada-Nya kita akan kembali". Nilai inilah yang membawa ketaqwaan dan ketaqwaan itu amat besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah S.W.T. Wassalam.

Jumaat Paheng
14 Januari 2011
9 Safar 1432 Hijri

13 January 2011

Visa dan Permit

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Hari ni kawan hantar mak kawan gi imigresen Batu Pahat untuk memperbaharui visa interpermit. Ye la, mak kawan ni Singaporean. Tapi masuk tahun ni dah 27 tahun mak kawan duduk Malaysia. 

Kat Imigresen, ramai pegawai imigresen cakap kenapa tak tukar jadi warganegara Malaysia. Family kawan betah balik, memang dah penat pun mohon. Application dah hantar bertahun2 lama nya, tapi, masih takde jawapan. Balik-balik dia suruh tunggu jugak. Mak kawan pun cakap gak, "takpe lah, ambik permin pun takpe. Asalkan makcik ni tak dicop sebagai pendatang haram sudah". Terus terdiam pegawai2 imigresen tu sume.

Kat Mahkamah Sesyen Batu Pahat pulak, kami ke sana untuk proses angkat sumpah taat setia mak kawan. Bayaran baru RM4 je jika nak dibandingkan bayaran kat pesuruhjaya sumpah lain sampai RM20. cekik darah sungguh. Alhamdulillah, semuanya settle menjelang tengahari. Walau apa pun terjadi, kawan sayangkan mak kawan..hehehe...

Khamis Legi
13 Januari 2011
8 Safar 1432 Hijri

12 January 2011

Melayan Muvie : The Tourist

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.
Semalam, Johor cuti Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Maknanye cuti lah. Cuti2 gini memang kawan tak buat ape2. Tetibe dapatlah call dari my BFF, Khairul Faizal (Pejal) ajak keluar merambu ramba. Tanpa persediaan rapi, kawan selamba mengenakan jeans, jersey Arsenal home dan sandal. Kita orang merambu ramba di Square One. Kita orang gerak pulul 12.30 pm.

Mamat ni boleh pulak tergerak hati nak melayan cite The Tourist ni. Kebetulan kawan ni memang nak tengok cite ni. Pasal kawan memang minat giler dengan lakonan Johnny Depp nih. Tambah pulak heroin die tu Angelina Jolie. Wayang start pukul 2.15. Dengan perul yang lapo, kita orang melenjan popcorn saiz besar punye. wayang belom start, popcorn dah abis. hahaha.

Di ceritakan cerita ni pasal memburu penyonglap (pencuri) harta gangster terkenal Shaw. Nama penyonglap tu Alexander Pierce. Awek die, Elise (Angelina Jolie) ni agent Scotland Yard, Polis metropolitan Britain yang ditugaskan untuk memburu Alexander Pierce ni. Si Frank (Johnny Depp) ni saje jenjalan ke Venice untuk mengubat hati yang lara lepas istri die meninggal dunia. Frank ni orang Amerika.

Elise ni bergerak ke mana saje untuk jumpe pakwe die melalui arahan yang ditulis pakwe die melalui surat. Sampaikan boleh bertemu dengan si Frank dalam bullet train. Borak punye borak, Elise ni ajak Frak untuk menyamar sebagai Alexander Pierce untuk mengaburi mata Shaw. Shaw memang berdendam ngan Alex Pierce nih. Sape tak geram kalau songlap kan duit 2 Billion pound beb. Kayo pakcik! Hahaha!

Shaw ni buru Frank ni ke mana saje. Nasib baik la Elise tolong Frank. Last2 Elise ni ditangkap ketika surat terakhir Alex Pierce menyuruh Elise jumpe kat sebuah rumah agam. Sekali Shaw ade di situ. Frank yang ditahan polis berjaya meloloskan diri dengan buka gari seperti yang pernah diajarkan Elise dulu. Frank ni dengan gaya gentleman pergi jumpa Shaw depan2. dan menawarkan diri untuk membuka peti kebal yang dalam tu cek duit 2 billion Shaw sebagai exchange keselamatan Elise. Memang time tu bertelagah gak Shaw nak tau betol ke Frank tu Alex Pierce.Dalam nak lambat2 kan masa, Shaw berjaya dibunuh oleh skuad penembak tepat Scotland Yard. Dan peti kebal tu berjaya dibuka Frank. Pada mulanya, Elise tak percaya macam mana Frank boleh bukak peti tu. Rupanya, Frank itu lah Alexander Pierce yang buat plastic surgery bernilai 20 Juta dolar dengan ubah muka, suara, gigi, rambut. Patu Alex Pierce ni siap tinggalkan cek 744 juta pound sebagai cukai yang Alex Pierce tak bayar kepada kerajaan Britain. Elise plak dah dibagi pencen. Jadi die boleh ikut Alex Pierce.

Seronok gak tengok cerita ni. Walau pun dah beku dalam panggung tu. Memang saje je la kena maki si Pejal ni pasal tak bagitau plan nak tengok wayang. MBO Batu Pahat memang terkenal dengan aircon sejuk beku die. Hahaha...tapi memang seronok cerita ni. Romantik pun ada. Lawak ala2 Pirates of Carribean pun ada. Kawan bagi cerita ni:

Rabu Keliwon
12 Januari 2011
7 Safar 1432 Hijri

10 January 2011

Krisis BAM : Siapa yang bersalah?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Hari ni kawan nak cerita sikit pasal hal yang nasional. Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya memenangi kejohanan Badminton Final Super Series Masters di Taiwan semalam. Memang tidak dinafikan, mudah sekali Datuk Lee Chong Wei menewaskan Peter Hoeg Gade di perlawanan akhir berkenaan.

Namun, Datuk Lee Chong Wei pastinya akan berasa terkilan sekiranya perkara mengenai jurulatihnya, Datuk Misbun Hj Sidek masih lagi menemui jalan buntu. Dan yang terbaru, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan perbalahan antara kedua pihak berpunca dari salah faham dari segi kejurulatihan.


Well, ni la politik BAM. Tak habis2 sengaja cari masalah. Datuk Misbun bagus2 latih Datuk Lee Chong Wei, di kacau2. Siap ugut pada Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun supaya jangan lupa daratan. Siapa sebenarnya yang lupa daratan? BAM atau Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun?

Kita kupas sikit secara sekali lalu. Kes ni adalah rentetan kes krisis BAM setelah pasukan badminton Malaysia berjaya menjulang Piala Thomas 1992. Ketika tu Keluarga Sidek memang popular dalam arena badminton. Mane tak nye, semua family sidek conquer squad badminton malaysia.

Jadi punca masalah ketika itu adalah ketidak puasan hati family Sidek ni dalam pemberian imbuhan dan support dari BAM. difahamkan ketika itu, wang kemenangan piala Thomas diperap oleh BAM. Kemudian tiada bantuan dari segi teknikal dari BAM. Sumber inspirasi mereka iaitu bapa mereka sendiri Datuk Hj Sidek dipecat tidak dibenarkan terlibat dalam BAM. Makanya, semua adik beradik Misbun Sidek mengambil langkah keluar dari BAM dan menubuhkan akademi sendiri dinamakan Nusa Mahsuri atas support Tun Dr Siti Hasmah sebagai penaung. 


Nah,ketika tu terus merudum prestasi badminton negara. Sampaikan kita menjadi pasukan belasahan. Kini nampak gaya krisis tu datang kembali setelah hampir 10 tahun lenyap. Perlu BAM ingat, siapa kah penyumbang dana kecemerlangan ahli sukan itu kalau bukan dari Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun?segala tajaan adalah keatas nama mereka berdua. Misbun lebih lama berkecimpung dalam arena badminton berbanding semua exco BAM. Malah perlu di ingatkan, Pengerusi BAM, Datuk Nadzmi Salleh sendiri adalah konglomerat. Ahli Perniagaan dan pernah menjawat jawatan dalam Proton. Bagi saya secara peribadi, beliau tak layak duduk di kerusi pengerusi BAM kerana tak tahu 1 ape pun tentang badminton. Hobi beliau pun memasak,bukan nye bermain badminton. Jadi, seharusnya beliau tidak layak untuk menyatakan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun sebagai lupa daratan. 


Perlu di ingatkan, Misbun adalah jurulatih paling superb yang pernah Malaysia ada. Lihat sahaja Roslin, dari zero to hero Juara terbuka Malaysia, dan beberapa kejohanan Asia sebelum di ambil oleh adik nya, Hafiz yang juga bermula dari zero to hero. Menjadi juara All England dari Malaysia pertama memenanginya. Lepas tu jadi Juara Sukan Komanwel. Kini, Datuk Lee Chong Wei dari zero juga. Beliau bermain di sirkit badminton kebangsaan dan kini menjadi Juara Dunia. Misbun kini mahu naik kan anaknya, Misbun Ramdan. Walaupun Ramdan jauh kurang pengalaman jika nak di bandingkan dengan pemain elit lain, Misbun mahukan yang terbaik bagi anaknya. Naluri seorang ayah pastinya tahu kemampuan anaknya. Dan Misbun tahu anak nya boleh menjadi juara dunia dalam 3-4 tahun. Salahkah tindakan Misbun itu sehingga ada yang mengatakan ia lebih kepada kroni anak bapak? Apa BAM lupa dengan cara kroni anak bapak ini lah Malaysia menjulang piala Thomas tahun 1992. Apa BAM lupa atau sengaja buat2 lupa pengorbanan Misbun terhadap badminton Malaysia?


Ingatlah, BAM cuma 1 badan yang menaungi pemain badminton, tetapi yang berusaha keras, tak tido malam tu jurulatih dan pemain. Exco2 dan management sedap tido, pemain dan jurulatih bertarung nyawa nak mengangkat sukan ni ke persada dunia. Tanpa pemain dan jurulatih, BAM pasti nye terkubur. Masih ada yang sayangkan Misbun dan kawan adalah salah seorang nya. I'm totally support you Datuk Misbun! Wasalam.


Isnin Pon
10 Januari 2011
5 Safar 1432 Hijri

09 January 2011

Gotong Royong Kampung

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah. Dapat gak kawan menulis kat blog kawan hari ni. Semalam tak berkesempatan betol nak tulis blog, pasal takde benda nak share dengan korang sume. Jadi hari ni ade cerita best nak share dengan semua.


Hari ni, kat kampung kawan ade buat gotong royong. Biase la, agak2 kampung dah bersemak, buat le gotong royong. Nak harapkan pekerja kampung macam abah kawan ni, cume ade 3 orang je. nak jaga kampung Pt Hj Abd Salam, Kampung Pt Orang Kaya, kampung Bagan Lama memang tak cukup orang. Kawasan besar, tambah pula banyak kerja nak dibuat, memang tak terlarat. Jadi adenye gotong royong ni dapatlah memperindahkan kawasan kampung, pastu dapat gak mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung.


Jadi Hang Kebun..hahaha


Program ni start pukul 8 pagi. Yang senior2 semua dah pikul mesin rumput, jadi disebabkan yang pikul mesin rumput pun dah ramai sangat, kawan ni pun buat la keje menggarik rumput2 yang terbang ke atas jalan. jadi nampak la bersih jalan raya kampung ni.


Operasi bahu jalan menghala Teluk Wawasan


Biasenye, sarapan disediakan. Dan biaselah, ramai yang makan dari buat kerja. Dan biasenye yang banyak makan dari buat kerja ni orang2 yang pandai cakap je. Senang cerite, orang yang berlagak mandur lah. Nak ditegur, orang tua. Kang kate tak hormat orang tua pulak. Tapi, dengar 'orang2' ni bercerita pun sakit hati gak. Hentam orang bukan main, mengutuk apetah lagi. Dari sakit hati, baik kawan bawak cakar sampah ke laut buat kerja sendiri.


Operasi bahu jalan Pt Hj Abd Salam


Sedar tak sedar dah dekat tengah hari baru settle kerja kami. Nasib baik la cuace nye pun redup2 je. Jadi tak le terasa penat sangat. Tapi, memang seronok gotong-royong ni pasal dapat jumpe orang2 tua. Borak2 melayang dorang ni best. Ade je lawak cerita dorang. Nak harapkan budak2 kampung, entah ke mana. Bagi dorang, dari gotong royong, baik ke bandar merayap hang out, cuci cuci mata kat Square 1 ke, BP Mall ke tak pun Summit Parade lagi berfaedah katanye. Haish. Kalau aku jadi mak bapak dorang, mau kawan seligi kepala sekor2. Nak ditegur,anak orang. Budak2 sekarang bukan boleh ditegur sikit. Mak bapa dorang yang lebih nanti. Lantak la korang nak jadi ape. Kawan dah bagi nasihat, nak ikut tu ikut la. Taknak ikut tak mendatang kan kesan pada kawan ni pun.
Hasil operasi gotong royong


Akhir kata, marilah kita hidupkan balik aktiviti2 kampung camni. panggil semua orang tak kira budak2 ke, mak bapak budak ke join sekali. Nak lagi best, buat cabutan nombor bertuah. kompom ramai2 yang datang nanti. Makan pasti diberi. hehe...Wasalam.

Ahad Paheng
9 Januari 2011
4 Safar 1432 Hijri

07 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Adab dan etika di dalam Masjid

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Masjid Jamek Pt Hj Abd Salam
Khutbah Jumaat hari ni pasal adab dan etika kat dalam masjid. Kawan dengar dan amati, memang banyak yang kita lupe adap2 dalam masjid. Contoh yang selalu kita buat ialah masuk masjid terus je duduk. Ibarat kita ni datang rumah orang, masuk je, tak bagi salam, tak jumpe tuan rumah. Ibarat begitu la kalau kita terus je masuk masjid dan duduk.

Masjid ni tempat orang beribadat. Dalam khutbah jumaat tadi dinyatakan Allah s.w.t. mencela dan dinyatakan di dalam Al-Quran orang yang menjadikan masjid sebagai tempat menyebarkan fitnah. Nauzubillah. mintak2 la dijauhi.

Akhir sekali, jadikan lah masjid tempat yang paling best kita pergi. Sebab masjid ni tempat yang amat tenang sekali. Kalau tak percaya, boleh try sendiri. Cuba gi masjid, pastu korang duduk di dalamnya. cuma berzikir. Korang akan tertidur. Bukan kawan nak ajak korang tido ramai2 dalam masjid tetapi hakikatnya, bila kita tertidur, badan kita sedang dalam keadaan tenang. Jadi memang sah le masjid ni tempat yang amat tenang.
Wassalam.

Jumaat Keliwon
7 Januari 2011
2 Safar 1432 Hijri

05 January 2011

Kampungku Parit Haji Abdul Salam

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Keratan akhbar Berita Harian 5/1/2011
Dari keratan akhbar kat atas ni, kawan nak la cerite sikit pasal kampung kawan ni. Terletak hanya 5 KM dari bandar Batu Pahat, ni la tempat kawan sekarang. Pantai Teluk Wawasan ni terletak di hujung kampung kawan, kawasan Teluk yang menghadap Selat Melaka. Pantai nye agak berlumpur dan ada pokok2 bakau. Kampung kawan ni namenye Kampung Parit Hj Abdul Salam, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor. Dalam kampung kawan ni ade 3 kampung satelit (kampung kecil) iaitu Kampung Teluk Bakong, Kampung Parit Orang Kaya dan Kampung Bagan Lama. 

Dulu time gelombang tsunami tahun 2004 disusuli air pasang besar, dah merosak kan jeti yang kat atas tu. Kat sini ade beberapa gerai JKKK kampung dan memang tempat pendaratan ikan2 fresh yang agak popular dikalangan orang bandar Batu Pahat. Kampung kawan ni jugak agak feymes dengan Asam Pedas. Ade la dalam 8 gerai. Pilih je mane yang berkenan.

Alhamdulillah, projek membangunkan Teluk Wawasan ni dalam perancangan. Jeti yang dalam pembinaan kat dalam keratan akhbar tu adalah projek Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Jeti yang macam nak roboh tu pulak akan dibuat baru oleh kerajaan Johor nanti Insya Allah. Nanti akan di sediakan surau, tandas yang lebih sempurna, medan ikan bakar, gerai2, tempat parking kereta dan lain2 lagi. Dewan serbaguna kampung yang baru dan koperasi dah siap. tinggal nak di rasmikan je. Dianggarkan sume projek ni akan menelan belanja 2 hingga 5 juta Ringgit. Kira masa akan datang, Teluk Wawasan ni akan sama taraf dengan Hentian Mahkota Pt Simen, malah Insya Allah boleh challenge macam kat Muar dan Umbai, Melaka.

Inilah hasil dari kesungguhan JKKK kampung dipengerusikan oleh Ketua kampung Encik Zainal bin Mohamad, seluruh ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dalam memajukan kampung kawan ni. Baru 4 tahun pengang jawatan dah nampak perubahan. Kawan selaku orang kampung dan penyumbang tenaga tak rasmi amat berbangga. Tahniah Pak Naib! (Pak Naib ni panggilan bagi ketua kampung). 

Tak dilupakan ADUN Semerah, Datuk Hj Ariss Bin Samsuddin dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Binti Hj Ahmad kerana memahami dan mendalami masalah kami semua. Selalu mereka ni turun padang lagi2 kampung kawan, dapat melihat masalah dan potensi kampung kawan ni.

Terima Kasih semua yang terlibat dalam memajukan kampung Parit Hj Abd Salam ni. Semoga tahun 2011 ni dan tahun2 mendatang akan membawa lebih kecemerlangan lagi untuk kampung kita! Yoshi! (Baiklah!-bahasa Jepun)


Rabu Pon
5 Januari 2011
30 Muharam 1432 Hijri

04 January 2011

Melayan tv : WWE Raw

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.




Korang tengok logo ni pun korang dah tau kan ape maknenye. Haha.. Bagi yang tak tau, ni la logo bagi World Wrestling Entertainment atau lebih dikenali WWE. Dulu2 dipanggil World Wrestling Federation. Kawan mula2 kenal WWE ni mase kecik2...Mase tu tengah hot Hulk Hogan. Siap ade katun die beb. Haha.. Pastu naik sekolah menengah, tgh meletop The Rock, Stone Cold Steve Austin, Triple H, Shawn Michael dan tak lain dan tak bukan, yang paling horror, The Undertaker.
Ni la legend WWE, Hulk Hogan
The Rock...die punye sideburn panjang tak hengat
Stone Cold Steve Austin selalu buat 3:16
Triple H suka hembus air bila naik gelanggang
Best Fren Triple H, Shawn Michaels digelar Heartbreak Kid.
Otai WWE dan masih aktif lagi..The Undertaker
Kini,mase dah berlalu, Triple H pun dah lame tak nampak. Undertaker plak dan kat Smackdown, Shawn Michael, Stone Cold,Batista dah bersara...The Rock dah sedap berlakon jadi film star. Muncul plak orang2 baru macam John Cena, Sheamus, The Nexus, John Morisson, Randy Orton, dan ramai lagi. Tapi paling mengujakan John Cena lah. Kawan memang suke die pasal die tak eksen macam yang lain2..mesra dengan peminat. Bila die keluar je,music titontron die keluar je, semua dah berteriak. Punye la kuat pengaruh John Cena ni. Boleh jadi legend macam Hulk Hogan 1 hari nanti. Jadi, untuk hari ni, ni je la entry kawan buat masa ni. hehe..


Selasa Paheng
4 Januari 2011
29 Muharam 1432 Hijri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...