20 January 2012

Cicak oh cicak!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Hari ni kawan cuma nak share dengan semua. Pagi tadi tengah kawan dok kemas rumah, maka kawan terjumpa seekor cicak yang agak besar keluar dari celah kotak. Haha... Kawan ni memang jenis tak geli cicak. Apatah lagi kalau buru cicak. Memang favourite kawan sejak kecil lagi.

Apa yang best nya buru cicak nih? Sebenarnya buru cicak ni bagus pasal kita dapat kurangkan populasi cicak di dalam rumah. Kalau tidak,tahi cicak akan bersepah merata tempat.Dah jadi 1 hal nak kena bersihkan. Lagipun, menurut sirah, cicak ni la yang memberitahu puak kafir musyrikin Mekah yang mana ada makhluk di dalam gua Tsur ketika Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidina Abu Bakar R.A. bersembunyi ketika melarikan diri dalam peristiwa Hijrah. Nasib baik dengan izin Allah labah-labah membina sarang dengan cepat di pintu gua.

Maka, adalah baik kita kasi buru cicak-cicak yang ada. Lagipun,seekor cicak boleh bertelur sekurang-kurangnya 5 biji sekali kitaran pembiakan. Makin di biarkan makin banyak. Jadi, marilah sama-sama kita memburu cicak! hehehe... Sekian,Wasalam.

Jumaat Pon
26 Safar 1433 Hijri
20 Januari 2012 Masihi

18 January 2012

Kuliah Rabu : Kembali kepada Islam Sebenar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Malam ni kawan join kuliah rabu yang di adakan di Masjid Jamek kampung kawan. Tajuk malam ni pasal Kembali kepada Islam Sebenar. Tajuk yang ditarakan ni bukan untuk menyatakan bahawa selama ini kita ni tidak Islam,tidak ikut ajaran Islam. Tetapi sebagai panduan kepada diri kita. Yang mana kita belum buat,kita boleh mulakan kembali, yang mana selama ni kita buat secara ala kadar, kita perfectkan.

Perbincangan adalah lebih berkisar mengenai amalan dan konsep rububiyah dan uluhiyyah. Dalilnya adalah dalam Surah Al Imran ayat 19 iaitu:

Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam . Tetapi tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab itu, melainkan sesudah didatang kan kepada mereka ilmu, lantaran pelanggaran batas di antara mereka. Dan barangsiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah adalah amat cepat perhitunganNya.

Yang penting nya adalah hanya cara hidup yang diredhai Allah hanya Islam. Jadinya, nak kita kembali dalam keadaan baik kepada Nya nanti,mesti lah dalam keadaan kita dalam keredhaan Allah bukan?

Kebanyakkan kita kadang kala terlepas pandang beberapa perbuatan yang boleh menjauhi diri dari landasan cara hidup Islam. Islam itu agama yang syumul. Maka, itu lah yang terbaik baik kita. Ia tidak membebankan Hambanya dan sekiranya kita menghayati dan memahami asas sebenar,pastinya tidak akan berlaku perkara-perkara buruk seperti kes pembuangan bayi, anak tidak sah taraf, penagihan dadah, rasuah, gejala murtad dan sebagainya.

Kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Namun, tanya selera yang berlandaskan nafsu semata-mata,buruk padahnya. Jika berlandaskan keimanan, maka baik jadinya. Jika kadang-kadang kita merasa ada yang tidak kena pada diri kita, itulah dia suara hati iman kita. Maka,eloklah kita perbanyakan beristigfar dan muhasabah diri. Insya Allah,pastinya kita akan dibimbing kejalan Nya. Sekian, Wasalam.

Rabu Legi
24 Safar 1433 Hijri
18 Januari 2012 Masihi

16 January 2012

Badminton : Juara 8 Kali

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Tahniah Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau merangkul kemenangan 8 kali berturut-turut dalam Malaysia Open 2012. Sesungguhnya pencapaian beliau amat dibanggakan. Ditambah pula kemenangan kali ini adalah kali ke 8 dan bagi masyarakat Cina,angka 8 dianggap bertuah! Maka,semoga tahun 2012 ni memberi tuah kepada beliau kerana kita akan beliau adalah harapan kita untuk melihat Malaysia memenangi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik di London 2012 ni. Syabas dan teruskan usaha. Sekian,Wasalam.

Isnin Wagih
22 Safar 1433 Hijri
16 Januari 2012 Masihi

10 January 2012

Bila Bola Berbicara : Selamat Kembali Abang Long Henry!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Awal pagi tadi, kawan melayan tengok match Arsenal vs Leeds dalam saingan FA Cup. Yang kawan amat nanti-nantikan adalah kemunculan semula Abang Long Thierry Henry dalam Arsenal. Walaupun abang long Henry diturunkan sebagai subtitute,namu jelas semangat beliau terhadap pasukan yang amat berjasa padanya tidak pernah luntur. Kat bawah ni kawan pamerkan aksi prolifik abang long Henry ketika menentang Leeds United malam tadi.


Wow! Tengok lah itu,bagaimana dia meloloskan diri dan seterusnya menjaringkan gol untuk Arsenal. Walaupun abang long Henry mencecah usia 34 tahun dan kadang-kadang terlihat juga beliau pancit (dah minit-minit terakhir,lebih banyak berjalan dari berlari),namun kejituan finishing beliau amat menakjubkan. 

Kalau boleh, Arsene Wenger, ambil lah kembali abang long Henry kembali dalam skuad Arsenal. Semua merindui Henry. Dan pemain-pemain muda Arsenal tampak bersemangat bila melihat abang long dan lagenda mereka kembali. Pastinya morale mereka akan melonjak-lonjak dan dapat menyaingi dalam perebutan piala. Malah tidak mustahil mencabar kejuaraan EPL nanti. We love You, King Henry! Wasalam.

Selasa Pon
15 Safar 1433 Hijri
10 Januari 2012 Masihi

09 January 2012

Isu :Keputusan Kes Saiful vs Anwar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Ok, hari ni hari yang menjadi perhatian ramai yang mana kes perbicaraan Saiful Bukhari Azlan menentang Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat. Dan kita telah sedia maklum bahawa keputusan memihak kepada Anwar Ibrahim di mana Anwar dibebaskan berdasarkan pihak pendakwaan dari pihak Saiful tidak mempunyai bukti yang kukuh dan secara teknikal hanya bergantung kepada hujah saksi utama iaitu Saiful itu sendiri.

Namun, jika dilihat, Mahkamah dalam keterangan 3 perenggan merujuk kepada apa yang dihujahkan oleh bekas peguam Anuar Ibrahim iaitu Zulkifli Nordin dalam blognya zul4kulim.blogspot.com menyatakan bahawa bersetuju yang mana ada kes perbuatan liwat oleh Anwar Ibrahim ke atas Saiful. Namun, pihak mahkamah tidak dapat bergantung pada sampel air mani dalam dubur Saiful dan bekas digunakan untuk mengambil sampel berkenaan. Walaubagaimanapun, DNA yang didapati dari dubur Saiful dan DNA yang dikatakan Lelaki Y yang didapati dari botol air mineral diminum oleh Anwar Ibrahim adalah sepadan.

Walau apa pun terjadi, kita perlu terima segala keputusan. Peluang masih ada bagi kedua belah pihak kerana mungkin ada lagi 1 prosiding mahkamah yang mereka berdua hadapi iaitu proses di Mahkamah Rayuan. Bagi Saiful, kebenaran pasti ada dan akan terbukti nanti. Bagi Anwar, bertaubatlah, dan bersumpahlah bersama sekiranya anda benar kerana anda menang kes. Ini akan membersihkan nama anda. Bagi rakyat, berfikiran waraslah dan serahkan ini kepada Allah S.W.T. yang Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa yang berlaku. Jangan kita menjatuhkan hukum kerana kita bukan tuhan untuk menjatuhkan hukum pada sesuatu. Walau apa pun berlaku, di Mahkamah Allah S.W.T. pastinya akan dibongkar nanti. Ini janji Allah S.W.T. Sekian, Wasalam.

Isnin Pahing
15 Safar 1433 Hijri
09 Januari 2012 Masihi

08 January 2012

Bila Bola Berbicara : Nogori Monang Yo!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Tahniah kawan ucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan yang memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih dalam perlawanan menentang pasukan Kelantan malam tadi. Perlawanan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil dihadiri lebih kurang 20 ribu penyokong kedua-dua pasukan. Kawan berbangga dengan kemenangan ini. Walaupun kawan anak kelahiran Johor, namun kawan berbangga juga kerana dibesarkan di Negeri Sembilan. Hobin Jang Hobin!


Dengan kemenangan 2-1, jelas membuktikan kedua-dua pasukan sama kuat,sama hebat. Namun, mungkin tuah lebih memihak kepada pasukan Negeri Sembilan dengan Effa Owona dari Cameroon menjaringkan 2 gol. Fuh,kawan tengok aksi beliau boleh dikira world class jugak lah. Kita dapat likat skill menarik dan beliau rajin dan bijak berada pada posisi tepat untuk menjaringkan gol.


 Nah, inilah yang kita mahukan apabila kemasukkan pemain import dalam saingan liga kebangsaan kita dapat menukar rentak permainan setiap pasukan. Kawan lihat, tidak kira pasukan Kelantan mahupun Negeri Sembilan,corak permainan mereka tampak berbeza dari musim lepas. Permainan mereka lebih laju dan pantas, corak pertahanan dan hantaran bola lebih bagus, serta pelbagai skil-skil menarik dipraktikan. Ini yang kita mahu sekiranya mahu menjadikan liga kebangsaan kita lebih world dan maju. Teruskan usaha ini FAM dan kalau boleh,lebihkan lah sedikit kemasukan pemain import agar dapat pemain kita menimba ilmu bola sepak dari pemain import yang berpengalaman. Sekian, Wasalam.

Ahad Legi
14 Safar 1433 Hijri
08 Januari 2012 Masihi


07 January 2012

Isu : Bantuan Rakyat 1Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kawan nak cerita sikit pasal Bantuan Rakyat 1Malaysia. Korang dah mohon ke belum bantuan ni eh? Bantuan ni diberi oleh pihak kerajaan sebagai 1 usaha dalam membantu rakyat dari golongan sederhana dan rendah berpendapatan RM3000 ke bawah dalam mengurangkan bebanan akibat dari kenaikan kos hidup kini. Bayaran dia adalah secara sekali gus dan boleh apply bagi mereka yang telah berkeluarga yang menjadi ketua isi rumah. Orang bujang pun boleh mohon tau asalkan dia menjadi ketua rumah dan menanggung kedua ibu bapa nya.






Apa yang bagusnya, bantuan ni tidak mengira fahaman politik. Kerana ia disediakan oleh kerajaan melalui agensi nya iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Jadi takde lah ada yang boleh menipu pendapatan,isi rumah lah ye. Semua ada dalam rekod LHDN. Namun, belum lagi kerajaan bagi duitnya,dah ada suara-suara sumbang mambang yang kata kerajaan ni nak pancing undi lah, bakal muflis lah akibat terpaksa berhutang dengan pihak luar. Haish...benda baik,dipertikaikan. Apa pasal benda yang buruk seperti nak robohkan Madrasah As-Salehin yang berstatus waqaf untuk tujuan Shopping kompleks tak dipertikaikan ye?

Kawan pun tak nak ulas panjang lebar pasal kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kebajikan kita masih terpelihara. Jangan la lagi nak pertikaikan hal-hal begini. Yang paling penting, 1 jari ditunding pada orang lain, lagi 3 jari kita menunding pada diri sendiri. Wallahualam..Sekian,Wasalam.

Sabtu Kliwon
13 Safar 1433 Hijri
07 Januari 2012 Masihi

Isu : Mahasiswa - Diperalatkan?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Entry kali ni akan cerita sikit bab mahasiswa yang mana baru-baru ni buat hal di UPSI. Kawan nak jelaskan ini adalah pandangan peribadi kawan selaku bekas Mahasiswa dan alumni Mahasiswa UiTM.

Ape yang menyedihkan bila mahasiswa (mahasiswa ke? takde ciri-ciri mahasiswa pun..kita panggil mereka ni siswa je ok) ni berhimpun tengah-tengah malam buta, dok buat bising, terjerit terlolong macam orang dirasuk hantu di depan pagar UPSI..sebelum tu mereka ni buat hal di PWTC..


Haish...teruk nye pe'el anak-anak muda ini. Sepatutnye jam 2-3 pagi ni bangun,buat solat hajat, solat tahajud..Supaya senang nak jawab time exam akhir semester. Ini tidak, buat demo..cari gaduh..tak elok lah begitu. Korang semua kan bakal jadi pemimpin. Korang ni tak pikir masa depan ke? Dah kena tangkap,baru takut. Baru pikir gelap masa depan. Apa agaknye perasaan mak ayah korang bila tahu korang kena tangkap?Mesti malu kan? Cuba lah jadi anak tu jangan menconteng arang di muka ibu bapa. Kesian kat dorang. 


Sebagai siswa yang masih menuntut, korang sepatutnye lebih tumpukan pelajaran. Politik ni, lepas belajar pun boleh. Adakah korang nak cari rezeki dengan hanya join politik? Sedar-sedar lah diri tu sikit. Kalau nak buat demo mengenai nasib pelajar ke, pasal yuran tinggi ke, harga buku teks mahal ke, jadual belajar campus padat sangat ke tu takpe lah. Ia berkaitan benda yang baik. Di Chile dan Britain, mahasiswa buat demo pasal yuran belajar meningkat. Di Malaysia, Mahasiswa demo pasal apa?Apa pasal korang tak berdemo tentang siswa-siswa salah guna duit PTPTN? Kenapa tak demo pasal siswa-siswa dating @ berendut dalam kampus? Kenapa tak demo pasal harga makanan dalam kawasan kampus mahal sangat?

Kita ni diberi akal oleh Allah S.W.T. untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Fikir kesan dan natijah perbuatan yang bakal dilakukan. Bukan Sembrono saja ikut kan hati yang panas. Kerajaan beri banyak peluang untuk siswa-siswa bergerak aktif dalam politik walaupun kerajaan tahu ade yang menentang, malah secara senyap-senyap menjadi pembangkang di luar kampus. Tapi kerajaan tidak ambil tindakan kerana mahu menjaga anak-anak muda ini yang menjadi generasi penerus matlamat negara. Ambil lah iktibar atas apa yang berlaku di negara luar. Ingat pepatah lama ini.. "Ikutkan hati mati..Ikutkan rasa binasa". Sekian Wasalam.

Sabtu Kliwon
13 Safar 1433 Hijri
07 Januari 2012 Masihi

06 January 2012

Isu : Etika Dalam Masjid untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Entry kali ini pula, kawan nak borak pasal etika di dalam masjid bagi kanak-kanak. Teguran ni adalah untuk mereka-mereka yang mempunyai anak-anak sekitar umur 5-12 tahun lah ye. Kita sama-sama saling ingat-mengingati antara 1 sama lain.

Kawan puji bila mana ade bapa-bapa bawa anak-anak ke masjid untuk solat. Bagus tu. Kita didik anak-anak mengimarahkan masjid sejak dari awal usia. Yang ni memang amat-amat di galakan. Tapi yang tak sedapnya pula, bila jemaah semua tengah solat (macam tadi mase solat Jumaat), budak-budak ni bermain-main..terjerit sana sini, main lari-lari, ada siap bergaduh..tau-tau dah dengar bunyi budak melalak menangis. Haish...payah betul.. Hendak ditegur,ibu bapa nya nanti tidak terima. Itu masalah orang kita sekarang. Manja kan anak tak agak-agak.

Anak-anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan nya. Kalau didikan ibu bapa nya yang manja kan sangat,lambat laun anak-anak besar kepala. Masa tu, nak buat apa pun dah terlambat. Jadi,seeloknya, bapa-bapa,tolong kawal anak-anak anda kalau hendak bawa ke masjid. Ajar hormati orang tengah solat, jangan buat bising, kalau nak solat,solat lah elok-elok.Kan cantik gitu. Jemaah nak solat pun khusyuk, Takde lah orang kata belakang-belakang. Dan yang penting,nama ibu bapa nya juga yang dipuji. "Anak si Polan tu bagus ye..Solat elok-elok..Pandai mak bapak die ajar..bakal anak soleh nih"..Siapa yang untung? Kita juga kan..Sekian..Wasalam.

Jumaat Wagih
12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2012 Masihi

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Kepentingan Ilmu

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah Jumaat hari ini berkisar mengenai kepentingan ilmu. Ya, tanpa ilmu, tiada makna seseorang manusia itu. Ilmu adalah salah 1 nikmat diberikan Allah S.W.T. kepada manusia. Malah,ayat pertama Al-Quran ketika diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Jibril A.S. adalah Iqra' iaitu bacalah. Hendak membaca, maka perlu ada ilmu membaca. Maka bertapa pentingnya ilmu terhadap manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Rasulullah S.A.W. bersabda : Rebutlah peluang 5 perkara sebelum didatangi 5 perkara iaitu : Muda sebelum Tua; Kaya sebelum Miskin; Sihat sebelum Sakit; Lapang sebelum Sempit (Sibuk); dan Hidup sebelum Mati. Jadi, ilmu itu sendiri akan membantu manusia bukan sahaja memenuhi tanggung jawab sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T. malah sebagai bekalan di Akhirat.


Ilmu itu terdiri dari ilmu Ukhrawi dan Duniawi. Yang penting adalah ilmu Ukhrawi kerana ilmu itulah pembimbing kita dalam kehidupan seterusnya. Manakala, Ilmu Duniawi adalah fardhu kifayah. Yang mana, seandainya tiada salah 1 ahli dalam kariah tidak mengetahui, maka tertanggung dosa berkenaan. Sekiranya ada menguasai ilmu berkenaan,maka terlepaslah mereka semua. Dalam Islam,kedua-dua ilmu sama penting. Sekiranya ingin mengecapi kebahagiaan dunia, ia perlukan ilmu, jika inginkan kebahagiaan akhirat,juga perlukan ilmu. Dan jika mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat, juga perlukan ilmu keduanya. Maka, tuntutlah ilmu selagi terdaya dan nyawa dikandung badan. Proses menuntut ilmu sejak dilahirkan iaitu dari kalimah azan dan iqamah ketika bayi dilahirkan sehinggalah apabila si mati masuk ke liang lahad. Wallahualam. Wasalam.

Jumaat Wagih
12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2011 Masihi

Bila Bola Berbicara: Bola Malaysia akan datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Entry pagi Jumaat ni kawan nak borak pasal bola Malaysia. Seperti kita maklum, pasukan bola sepak Malaysia semakin lama semakin baik. Terkini, pasukan Harimau Muda berjaya mendapat ibu segala emas di Sukan SEA di Indonesia 2011. Alhamdulillah..itu lah berkat dari usaha pelbagai pihak dalam memartabatkan sukan ini di negara kita.

Namun, yang menjadi persoalannya, adakah kesinambungan kecemerlangan sukan ini dapat diteruskan di masa hadapan? Masa hadapan, kita tidak tahu. Namun, kita boleh mencorakkannya supaya apa yang dirancangkan menjadi realiti. Kita tidak mahu perkara yang terjadi pada pasukan sepak takraw kita yang mana pasa 1 masa dahulu kita 'Raja' di pentas dunia,kini menjadi pasukan belasahan. Dan kini dapat kawan lihat sukan badminton juga semakin menurun prestasi.


Kawan lihat, kekurangan pelapis yang berkualiti adalah antara faktor kemerosotan sukan2 yang berkenaan. Jika kita lihat, Datuk Lee Chong Wei, tiada pelapis langsung yang boleh menggantikan beliau. Malah, kalau beliau nak berlatih pun,confirm sentiasa menang dek kerana tiadanya sparring yang sekurang-kurangnya mampu menyaingi beliau. Berbeza dengan ranking ke-2 dunia, Lin Dan dari China. Beliau mempunyai sparring, Chen Long yang kini di ranking ke-3 dunia. Jadi, kita tidak mahu,keadaan ini berlaku kepada pasukan bola sepak negara.


Jadi,apa yang Persatuan Bolak Sepak Malaysia (Football Association of Malaysia - FAM) boleh lakukan adalah menaik taraf akademi bola sepak di seluruh negara. Jangan hanya tertumpu pada Bandar2 besar sahaja,tapi ke setiap daerah agar bakat2 baru yang fresh dapat dicungkil. Ini dapat dilaksanakan dengan bantuan kerjasama pihak kerajaan negeri. Kang yang harum namanya adalah negeri terbabit juga kan?


Apa guna kita mengalu-alukan kedatangan pasukan2 besar luar negara bermain dengan pasukan muda kita jika kita tidak memanfaatkan segala peluang. Kita kini ada akademi bola sepak liverpool dan Arsenal di Malaysia,kenapa tidak kita guna akademi ini untuk mengasah bakat anak muda kita. Peluang ini tidak seharusnya kita persiakan.

 

Kita juga kini boleh berbangga dengan anak Malaysia yang menjadi pemilik pasukan bola sepak Liga Inggeris seperti Queen Park Rangers dan Cardiff City. Namun, tak guna kalau tiada pemain kita bermain di sana. Kita dapat lihat ketika Safee Sali menjalani saringan di Queen Park Rangers, very impressive, namun kerana ranking Malaysia bawah 100 terbaik dunia, peluang tertutup. Kenapa kita tidak guna pendekatan lain? Kenapa kita tidak saja menghantar pemain muda terbaik negara seawal usia 12-15 tahun masuk akademi bola sepak QPR dan Cardiff City? 

Budak-budak begini kita perlukan kerana mereka yang membentuk pasukan bola sepak negara masa hadapan. Sedangkan belakang parang diasah akan jadi tajam. Kalau kerajaan boleh taja atlit2 lain ke luar negara, kenapa pulak tidak bagi budak2 ini? Kawan yakin, sekiranya quota 5 orang budak2 muda di masukkan di akademi QPR dan Cardiff City, kita mempunyai 10 pemain muda hebat setahun. Bayangkan jika 5 tahun,kita akan ada 50 pemain hebat berlatih di sana. Dan pastinya kawan yakin dalam 10 tahun akan datang,kita akan jadi kuasa besar di Asia dalam arena bola sepak. Inilah yang dilakukan oleh Korea dan Jepun yang menghantar pemain muda seawal usia 15 tahun ke Itali, Spanyol, dan Jerman. Lihat sahaja kini, mereka amat digeruni di Asia,malah boleh mencabar pasukan terbaik dunia.

Kita perlu fikir panjang dalam hal ini. Berapa sangat kos budak2 ni nak belajar di luar negeri, jika dibandingkan dengan pendapatan langsung dan tidak langsung yang bakal negara perolehi dari mereka nanti. Mereka ini lah aset kita.Akhir kata, jangan kedekut dana, kelak kita merana. Sekian,Wasalam.

Jumaat Wagih
 12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2012 Masihi

05 January 2012

1st Posting in 2012

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Apa khabar semua?Diharap semua sihat lah hendaknye ye. Ok,ni posting pertama kawan untuk tahun 2012. Apa yang kawan harapkan tahun ni adalah semua perancangan berjalan lancar, Insya Allah.

Entry kali ni lebih general lah ye. Apa yang kawan nak bualkan adalah pasal kahwin. Yup! Dah masuk usia jubli perak ni, memang ni la topik yang diperkatakan. Dan kawan tidak terkecuali. Asal gi mana2 je,baik ke rumah saudara mara,atau kawan2, ayat famous amos adalah "Ko bile lagi?" Dong! Soalan cepu emas! Camne nak jawab?


Senang cakap, tapi susah nak laksanakan..Orang yang berfikiran pendek hanya fikir.."Der, apa susah..bank kan ade..buat loan je..pastu kawen..abis cerita". Bab ni memang kawan sedih. Cakap guna air liur memang mudah kan. Tapi mereka tak fikir, azab lepas tu, mana nak bayar loan kereta, loan kawen, mana nak bagi makan anak orang (isteri kita lah tu)..tanggung jawab pada mak & ayah. Tu belom masuk lagi mak & bapa mertua,adik beradik sebelah kita mahupun isteri.. Tu belum masuk lagi kalau rezeki 'tanah subur'...lepas 9 bulan dah ade anak kecil..Fuh! Pening wooo...


Siapa yang tak nak kahwin kan? Salah 1 kesempurnaan hidup adalah berkahwin dan itu adalah fitrah manusia. Jadi, sebelum kahwin, kita kena pikir semasak-masaknya, dari sebelum,semasa & selepas majlis perkahwinan. Bagi lelaki, beban dan tanggungjawab semakin berat. Itu pasal la time nikah tok kadi kasi goncang tangan,mengingatkan bahawa setuju atau tidak dengan tanggung jawab kita nanti. Jangan buat main woo..Salah jalan,maunye kena soal kat 'sana' nanti..

Kawan nasihatkan pada semua ye..Kalau nak kahwin, pastikan kita bersedia segalanya. Terutama sekali bab ongkos (duit). Zaman sekarang ni tak seperti dulu2..kalau di kampung, nak buat majlis kenduri kahwin, raw material semua sedia ada. Ayam bela sendiri..Lembu bela sendiri..Khemah buat sendiri dari buluh, cuma beli rempah ratus dan beras je. Zaman sekarang ni, kalau takde kurang2 RM 10 ribu,memang payah le. Melainkan buat majlis kecil2 je.

Tapi yang paling penting, nikah tu. Yang lain adalah sampingan. Kita ni nak mempermudahkan pengantin mendirikan masjid. Itu yang sebaiknya. Tapi menjadi trend zaman sekarang, untuk buat majlis kahwin.Silap2 siap berlumba dalam 1 kawasan..Nak tunjuk siapa yang paling hebat..

Apa yang penting, kehidupan selepas berkahwin. Yang lelaki,lepas kahwin, dah tak boleh la nak ikut perangai mase bujang. Awak tu dah ada isteri. Jadi layan lah isteri anda sebaiknya. Priority anda adalah pada family anda. Rakan2 pun kena faham. member dah berumah tangga. Yang perempuan nya,sila2 lah rajin2 di rumah. kemas rumah sama2,masak sama2..baru bahagia hidup bersama. Nama pun perkongsian hidup,jadi semuanya akan berkongsi bersama.Baik dari barangan, sampai le ke keluarga..

Well, itu je la serba sedikit kawan nak share dengan semua. Dan kawan rasa masih belum terlambat kawan ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012..Wasalam.

Khamis Pun
11 Safar 1433 Hijri
5 Januari 2012 Masihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...