Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.
Beberapa minit selepas Bajet 2013 dibentangkan, pelbagai komen-komen dilontarkan dalam pelbagai media. Media elektronik khususnya media sosial Facebook, Twitter semuanya bercerita mengenai Bajet 2013 ni. Ada yang setuju, ada yang tidak. Bergantung kepada pendapat individu itu sendiri. Kawan pun nk bagi pandangan kawan terhadap Bajet kali ni. Ingin kawan jelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi kawan. Kawan akan kupas satu persatu mengikut fokus yang terkandung dalam Bajet berkenaan. Fokus kawan nak kupas hari ini adalah meringankan kos sara hidup.
Okey. Bajet kali ni yang dikatakan sebagai bajet terakhir sebelum pilihan raya. Biasa lah tu,setiap kali bajet, pihak-pihak di luar sana pasti akan kata "bajet meraih undi & sokongan". Secara realistiknya, semua bajet / belanjawan kerajaan dalam dunia ini adalah untuk meraih sokongan rakyat.Ini kerana rakyat lah yang mengundi kerajaan pemerintah.Maka,jadi tanggungjawab pemerintah memberikan fokus kepada rakyat.Setelah diberi mandat dalam pilihanraya, maka, pemerintah pastinya akan melakukan sesuatu untuk menjaga pengundi mereka. Jika hendak di fikirkan, buat apa kita nak beri advantage pada semua rakyat sedangkan tak semua rakyat menyokong pemerintah kan? Baik beri pada mereka yang hanya mengundi pemerintah sahaja. Namun, itu tidak terjadi pada kerajaan Malaysia. Semua mendapat nikmat yang sama walaupun dibenci segelintir pengundi pembangkang.
Berbalik pada fokus bajet ni, antara inisiatif kerajaan dalam meringankan kos sara hidup rakyat adalah seperti berikut:
1. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM). Setelah BRIM pertama diberi tahun lepas,BRIM kedua diberi tahun ini dengan menambah kumpulan sasaran kepada golongan bujang. Siapa nak beri RM500 bagi 1 keluarga senang-senang kan? Orang bujang pun dapat manfaat sekali walaupun hanya RM250. Lepas buat bayar bil utiliti atau makan minum untuk sebulan (bagi yang masak sendiri lah. Kalau jenis yang makan kat kedai, confirm tak cukup). Bagi kawan, okey lah tu. Banyak boleh dijimatkan dengan kemudahan sedia ada sekarang. Kalau diberi RM1000 pun pastinya tak cukup bukan?Tu belum masuk subsidi yang diberi kerajaan hampir RM20 sehari bagi setiap rakyat Malaysia.Nanti kawan akan kupas di lain kali bab subsidi ni lain kali.
2. Program Seragam Harga di Sabah & Sarawak. Harga barangan di sana amat tinggi. Dek kerana kesukaran membawa barangan, kos bagi penjualan barangan ditanggung oleh rakyat. Kerajaan dengan ini mengambil kos membawa barangan berkenaan bagi menyeragamkan harga seperti di semenanjung.
3. Diskaun komuter. Yang ni lebih fokus kepada mereka yang berada di bandar-bandar yang memiliki jaringan Komuter. Cost of living di bandar ni tinggi. Nak sewa rumah,makan minum lagi, pengangkutan lagi. Jadi,kerajaan beri diskaun pada mereka yg berpendapatan sederhana ni.Cara ini juga dapat tingkatkan penggunaan pengangkutan awam. Dah ada kemudahan,gunakanlah sebaiknya. Jangan lah kita ibarat pepatah "bodoh sombong". Ada kemudahan awam,gatal nak guna kenderaan sendiri. Lepas tu bising,petrol mahal lah, parkir mahal lah.harga kereta mahal lah. Walhal, sekiranya ramai yang gunakan kemudahan awam terutamanya di bandar, kesesakan jalan raya dapat dielakkan. Kurang kadar kemalangan jalanraya di bandar,dan perkhidmatan awam semakin efisen kesan dari peningkatan pengguna.
4. Pesara Tentera tidak berpencen.Bagi pesara tentera begini, selalunya mereka ambil opsyen bersara awal. Dah le tak dapat pencen, ada wang KWSP pun bukannya banyak.Jadi pemberian RM1000 secara one off ni dapat bantu mereka. Rata-rata mereka ini masih lagi dibantu dengan adanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Persatuan Bekas Tentera yang mana mereka diberi insentif untuk menjalankan perniagaan, bekerja sebagai pengawal / pegawai keselamatan.Sekurang-kurangnya jasa mereka pada negara tidak dilupakan.Boleh buat tambah dalam akaun pelaburan.Tinggal makan dividen saje.
5. Pengurangan Cukai Pendapatan. Yang ni ramai la yang suka. Kerana dapat la skip income tax. Nampak seperti kerajaan akan mendapat kurang hasil kerana Cukai Pendapatan merupakan penyumbang terbesar hasil negara (tidak termasuk minyak,gas,perlombongan,kayu balak dan sebagainya). Namun, secara ilmiah, 1 peratus kerajaan turunkan income tax, kerajaan akan dapat bali hasil secara tidak langsung 10 kali ganda. Rakyat akan berbelanja dan kuasa beli rakyat meningkat. Barang-barang yang dibeli pula ada cukai jualan.Cukai ni masuk balik pada kerajaan. Bila rakyat beli barang,yang untungnya adalah pekedai, pemborong,dan pengeluar barangan. Bila mereka untung, mereka pula kena bayar cukai perniagaan. Hasilnya, kerajaan dapat balik cukai. itu tidak termasuk duti import bagi barang-barang dari luar negara. Bijak bukan?
6.Diskaun tambang feri bagi Labuan ke Sabah & Sarawak. Keadaan geografi Sabah & Sarawak yang luas dan terpencil susah untuk dihubungi oleh laluan darat. Nak guna kapal terbang dan helikopter,kos nya tinggi. feri dan bot adalah langkah penyelesaian kerana negeri-negeri terbabit banyak sungai.
7.Mempermudah Ibadah Haji. "Apabila seseorang mukmin itu membantu saudaranya mengerjakan kebaikan,maka mukmin itu akan memperoleh pahala seperti mana saudaranya itu mengerjakan kebaikan,tanpa menguranginya sedikit pun." Hadith Riwayat Muslim. Dengan adanya kemudahan mengeluarkan sedikit caruman KWSP ni,dapatlah ia membantu bakal haji / hajah menunaikan rukun Islam ke 5. Siapa kata kerajaan kita tidak mengutamakan kebajikan umat Islam di Malaysia?
8.Diskaun bayaran paspot 50% bagi warga emas & kanak-kanak. Kebanyakan warga emas ni mempunyai saudara-mara di Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei. Lagipun bukan selalu pun mereka berjalan ke luar negara. Kalau pergi pun tak lama.Kumpulan ni dah le tiada punca pendapatan tetap. maka dengan ini, dapat apa kiranya mengurangkan kos hendak ke luar negara melawat sahabat & saudara mara.
9. Pemberian Bonus. Yang ni paling banyak terima komen di FB dan Twitter. Rata-rata tidak setuju hanya penjawat awam sahaja diberi bonus. Pekerja swasta tidak terima bonus.perlu di ingatkan, penjawat awam bosnya adalah kerajaan. Manakala swasta pula bosnya adalah syarikat persendirian. Syarikat persendirian adalah profit oriented iaitu ada untung,adalah bonus. Kerajaan ada terima untung ketika beroperasi?jawapannya tiada. Kerajaan hanya beri servis sahaja. Kos borang, saman, penalti itu hanya sekadar membayar kos kertas,elektrik, air, alatan pejabat, sewa bangunan sahaja.
Cuba fikir, sekiranya bonus pekerja swasta diberi secara wajib,adakah semua syarikat mampu membayarnya pada pekerja?Kawan rasa pasti ada syarikat yang mana rugi akan terus gulung tikar. bila syarikat gulung tikar, pekerja syarikat dibuang. Kadar pengangguran akan tinggi.Seandainya syarikat berkenaan tidak terlungkup, kos operasi syarikat berkenaan akan meningkat, gaji pekerja di potong, syarikat kurang untung akan kurang bayar cukai. Bila kurang bayar cukai, hasil kerajaan berkurang. Bila hasil kerajaan berkurang,tak dapat lah kerajan beri pelbagai bantuan balik pada rakyat seperti BRIM, subsidi,diskaun2 dan sebagainya. Walaupun pekerja swasta tidak dapat bonus, mereka masih berpeluang terima bonus dari syarikat mereka sendiri bukan?
Tetapi yang paling kesiannya adalah badan berkanun. Mereka bukan penjawat awam mahupun swasta. Kerja bagai nak rak, tetapi tiada sebarang imbuhan terutama sekali badan berkanun yang lebih kepada kerajaan. Bagi badan berkanun yang lebih kepada swasta masih berpeluang menikmati bonus kerana mereka berteraskan keuntungan seperti Pertubuhan Peladang, Risda, Fama. Bagi badan berkanun yang lebih kepada kerajaan seperti LHDN,KWSP,PERKESO, MAIJ dan lain-lain mereka ini tidak dapat apa-apa melainkan bekerja untuk dapatkan hasil negara. Mereka ini lah wira negara selain tentera,polis dan sebagainya.
Kawan harap apa yang kawan kupas panjang lebar ni dapat la kita renungkan bersama. Insya Allah, kawan akan kupas fokus lain. Wassalam.
Sabtu Legi
12 Zulkaedah 1433 Hijri
29 September 2012 Masihi
0 comments:
Post a Comment