03 October 2012

Komentar Bajet 2013 Bahagian 5 : Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kali ni kawan akan mengutarakan pendapat bagi fokus Bajet 2013 ke 5 iaitu Kesihatan. Dalam merancakkan pembangunan, kesihatan rakyat juga perlu diutamakan. Tak guna kalau kemajuan bagai nak rak, tetapi rakyat menderita pelbagai penyakit dan terpaksa menanggung kos perubatan yang semakin hari semakin tinggi.


1. Klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia yang diperkenalkan pada tahun lalu memberi 1 persepsi positif di kalangan rakyat Malaysia. Dengan berbekalkan RM1 sahaja,rakyat boleh menikmati rawatan pesakit luar dan RM5 bagi rawatan pakar didalam kejiranan mereka. Ini sekaligus dapat membantu rakyat yang sukar menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan kerana terpaksa berdepan masalah birokrasi dan masa menunggu yang lama. Dengan pembukaan Klinik 1 Malaysia, rakyat menikmati kemudahan klinik swasta pada harga klinik kerajaan.

Bagi meluaskan capaian terhadap klinik ini, 70 unit klinik baru akan dibuka di seluruh negara. Servis yang diperkenalkan juga membantu rakyat mengetahui tahap perkembangan kesihatan dalam memastikan kesihatan mereka pada tahap optimum.

2. Membaik pulih Klinik Kesihatan. Kedaifan klinik kesihatan dan klinik desa mendapat perhatian yang mana rata-rata tahap keselamatan tidak selari dengan penambah baikkan tahap kesihatan rakyat. Ada diantara klinik kesihatan ini sudah tidak mampu untuk menyokong pertambahan pesakit yang menggunakan kemudahan ini. Setidaknya dengan penjenamaan baru klinik kesihatan dapat mengembalikan fungsi dan tumpuan umum rakyat pada klinik ini.

3. Menambah mesin dialisis. Jumlah pesakit buah pinggang semakin bertambah. Malah, hospital biasa juga semakin tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Kegagalan buah pinggang adalah kesan daripada kurangnya penjagaan kesihatan dikalangan rakyat yang mana apabila telah dikesan,ianya telah terlambat. Kos pembelian mesin dialisis yang tinggi menyebabkan hospital tidak mampu menyediakan mesin rawatan yang mencukupi. Dengan inisiatif kerajaan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit ini meneruskan rawatan.

4. Pemeriksaan Percuma mamogram. Barah payudara adalah antara pembunuh utama wanita selepas barah pangkal rahim. Kurangnya kesedaran dan pengetahuan memeriksa sendiri menyebabkan wanita tidak mempedulikan sebarang ketumbuhan dalam payudara mereka. Dengan adanya pemeriksaan mamogram oleh doktor pakar sakit puan, kanser ini dapat dikesan pada tahap awal dan mampu menyelamatkan nyawa.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawati. Namun,jika mencegah tidak memadai dan sakit telah dihidapi, ikhtiar perlu dilakukan tanpa putus asa. Kerana kita hanya mampu berusaha, tetapi sesuatu usaha itu Allah s.w.t yang Maha Kuasa berhak mengubahnya. Sekian, Wassalam.

Rabu Keliwon
16 Zulkaedah 1433 Hijri
03 Oktober 2012 Masihi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...