15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t., Salam Maulidur Rasul dan Salam 1 Malaysia.



Hari ni 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijri adalah detik kelahiran junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w. Tak perlulah kawan ceritakan tentang sirah nabi kerana semuanya pasti sudah sedia maklum tentang sirah baginda kerana telah diajar dari sekolah rendah dan sekolah agama lagi.

Kawan hanya ingin berpesan, di hari kelahiran baginda ini, maka kita perbanyakkan selawat ke atas baginda. Ini kerana sekali kit berselawat, maka para malaikat akan berselawat kembali keatas diri kita sebanyak 10 kali. Dan dengan selawat ini, ia akan menjadi saksi untuk di beri syafaat di akhirat kelak. Insya Allah. Sekian, Wassalam.

Selasa Wageh
15 Februari 2011
12 Rabiul Awal 1432 Hijri

14 February 2011

Tanam Pokok Kelapa Sawit

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia


Tempoh hari kawan ade citekan pasal abah kawan tebang pokok kelapa kan? Ni kire sambungan cerita tu. Nak dijadikan cerita, setelah abis dipujuk rayu, abah kawan pun setuju nak tanam kelapa sawit. Bukan ape, setidak-tidaknye, dapatlah jugak hasil sawit tu abah kawan guna untuk perbelanjaan die ulang alik ke masjid, mancah (potong) rumput, dan duit jajan beliau. Kalau beliau pandai menyimpan, boleh gak buat tambah2 gi haji nanti, Insya Allah.


Kawan selaku anak tunggal beliau mengeluarkan modal untuk tanam sawit. Takpelah, lagipun, dapat hasilnye nanti, dapat gak merasa kan. Untuk Mama abah kawan gak. Jadinya, kawan suruh abah kawan telefon pak long kawan di Felda Redong, Segamat Johor. Minta dia belikan benih sawit. Pada mulanya, beli 20 pokok je. Tapi bila dah tanam, ade lagi kawasan yang kosong. Jadinya tambah lagi 8 pokok. 


Dapat je benih sawit, kawan dan abah kawan tanam le benih nye itu. Benih sawit ni beli kat Mardi. Pun agak dah besar gak. Kata Pak Long kawan, benih ni cepat berbuah. dalam 2 tahun dah mula keluar hasil. Tapi, kecik lagi. Kata orang, buah buang buruk. Tak berapa bermutu tapi boleh dijual. dapat gak lepas duit beli baja sawit nanti. Alhamdulillah. Makbul jugak hasrat dan doa kawan dan mama kawan nak tanam pokok sawit. setidak-tidaknya adelah side income untuk family kami. Sekian. Wassalam.


Isnin Pun
14 Februari 2011
11 Rabiul Awal 1432 Hijri

14 Februari

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Wah! Sudah lama kawan tak post something dalam blog ni. Hehehe...sorry ye kengkawan, kawan ni sibuk dalam sebulan ni. Macam2 perkara nak disettlekan. Dan macam2 cerita best kawan nak share dengan kalian. Tapi sebelum tu kawan nak cerita 1 perkara tentang 14 Februari ni.

14 Februari, kebanyakan orang ni pikir Hari Valentine's ataupun Hari Kekasih. Apa yang best nya hari kekasih? Hari berkasih-kasihan le. Tapi nya, asal usul perayaan ni adalah untuk mengenang Kematian Pope Valentino yang suka dan merestui sesorang itu berkasih. Dia dipenjara kerana menegakkan idealogi ini. Kira macam ala2 Romeo Juliet le gitu. 

Jadinya, kenapa kita perlu sambut perayaan orang nih? kita ni sebagai umat Islam, mengadaptasi ilmu Islam dalam kehidupan seharian,adalah HARAM menyambut Hari Valentine nih. Pasalnya, ada sepotong ayat Al-Quran menyebut " Jangan lah kamu mengikuti apa yang mereka (yahudi dan nasrani) lakukan" dan "Dan mereka (yahudi dan nasrani) tidak akan mengikuti kamu selagi kamu tidak mengikuti agama mereka". Secara konklusinya, jangan sesekali kita nak join2 benda2 camgini ye. Beli coklat takpe. Pasal coklat boleh makan. Hehehe... namun, kita kena berhati2 dengan propaganda dan agenda2 nak menjatuhkan umat Islam ni. Wassalam.

Isnin Pun
14 Februari 2011
11 Rabiul Awal 1432 Hijri 

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Peranan Keluarga dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah jumaat hari itu membincangkan peranan keluarga dalam mendidik anak2. Khutbah ini adalah kesinambungan kepada khutbah minggu lalu iaitu "Peranan Ketua Keluarga". Walaupun skop khutbah adalah lebih luas, namun ianya lebih bersifat general.

Keluarga tidak sepatutnya mengambil enteng dalam hal mendidik anak2. Walaupun tugas mendidik telah diserahkan kepada cikgu2 di sekolah, namun, ianya masih tidak mencukupi. Disekolah, anak2 belajar secara formal selama 5-6 jam sahaja berbanding pelajaran tidak formal di rumah selama 18 jam. Setiap unit didalam family mempunyai tugas masing2. Maka, jalankan tugas itu sebaiknya.

Sabda hadis nabi S.A.W. "Anak-anak ibarat kain putih yang bersih, Ibu bapa lah yang mencorak kan mereka dengan Islam, atau Yahudi atau Nasrani". Dan 1 lagi hadis menyatakan, "Didik lah anak kamu bersolat seawal umur 7 tahun, dan pukul lah mereka jika ingkar ketika umur 10 tahun". Ini menunjukkan pendidikan awal seawal 7 tahun amat digalak kan. Makanya, adalah amat sesuar anak2 ini di ajarkan semasa kecil lagi. Dan ingatlah satu peringatan famous " Apabila seorang mukmin itu mati, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali 3 perkara : Anak-anak yang soleh yang mendoakan mereka selalu, Ilmu pelajaran yang diajarkan dan dimanfaatkan dan Sedekah jariah yang disumbangkan". Wallahua'lam.

Isnin Pun
14 Februari 2011
11 Rabiul Awal 1432 Hijri

10 February 2011

Sibuk Giler

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Sorry sangat2 kepada semua pasal kawan dah lame gak tak ber'blog' nih. Dek kerana sibuk atas beberapa urusan, tak sempat nak posting cerita baru. Tapi kawan try gak untuk share something dengan korang ye..

Khamis Wageh
10 Februari 2011
7 Rabiul Awal 1432 Hijri

04 February 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Peranan Ketua Keluarga

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia


Khutbah jumaat hari ini berkisar mengenai peranan ketua keluarga dalam mendidik anak2. Andai ketua keluarga tidak memainkan peranan dengan betol, makanya gejala sosial seperti yang berlaku kini semakin bertambah. Kekuatan sesuatu ummah itu bermula dari kekuatan institusi keluarga. Peranan ketua keluarga, selalunya ayah (ada yang panggil abah, papa, baba, dll), bukan sekadar mencari rezeki untuk isteri dan anak2, malah membahagiakan keluarganya. Luangkan lah masa untuk keluarga, bersantai seperti berkelah, solat berjemaah bersama, makan bersama. Pastinya ikatan kekeluargaan akan menjadi makin erat.

Setiap insan mempunyai tanggungjawab sendiri. Baik ketua keluarga, isteri mahupun anak2. Apa yang penting, tanggungjawab dan amanah terbesar yang Allah S.W.T. berikan ini perlu di laksanakan dengan penuh rasa tawadhuk dan sebaik mungkin. Ini kerana, perkara tanggungjawab inilah yang akan di tanya di hadapan Mahkamah Allah di akhirat kelak. Wallahua'lam.

Jumaat Pun
4 Februari 2011
1 Rabiul Awal 1432 Hijri

03 February 2011

Xinnian Kuaile he Gongxi Fa Cai

Assalamualikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Gongxi! Gongxi! Gongxi Fa Cai he Xinnian Kuaile! 
(Tahniah! Tahniah! Semoga Dimurahkan Rezeki dan Selamat Tahun Baru!) 

Selamat tahun baru cina diucapkan kepada semua masyarakat Tionghua di seluruh Malaysia. Semoga Tahun Arnab ini akan membawa prosperity kepad semua rakyat Malaysia kerana menurut masyarakat cina, tahun Arnab ni begitu prosperity. Seperti rajin nya arnab itu sendiri. Hehehe..nak percaya lebih2, kang syirik pula. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman makmur dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa menghormati kepercayaan antara satu sama lain. Yang penting perpaduan dan saling hormat menghormati tanpa peransangka antara kaum.

Khamis Pahing
3 Februari 2011
29 Safar 1432 Hijri

02 February 2011

Arinik Pokok Klapak

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Huhu...Alhamdulillah. dapat gak harini kawan nikmati cuaca panas setelah hampir 1 minggu langit menangis je. Jadinya, beberapa mission penting yang tertangguh dimulakan. Mission pertama, hired orang tebang pokok kelapa. Hahaha...Kenapa nak tebang? Pasalnya pokok kelapa dalam kebun kawan dah tinggi melangit. Dah tu dekat2 dengan rumah. Dah le musim hujan, kalau dibantainya ribut, tumbang, tak pasal2 je. Kalau kena rumah sendiri,boleh lagi la. Tapi kalau kena harta benda jiran, maunye kena ganti wooo...

Yang tengah panjat pokok kelapa tu manusia tau

Rekod hari ni kawan hired orang tebang pokok kelapa sebanyak 13 batang pokok. 3 kaki batang kelapa dijual dengan harga RM1 je. Buat apa, kawan tak berapa tau, tapi dah nama nya "the tree of life" dan "pokok 1000 kegunaan", macam2 boleh dibuat dengan batang pokok kelapa ni.


Setakat 13 pokok yang telah ditebang, dapat la dalam 65 batang yang dah siap potong. Kira RM65 dah dalam tangan tu. Kebetulan musim Tahun Baru Cina ni banyak kerja kawin, tak kemana la duit tu pergi nampaknya. Buat salam keruk le tu nanti. Hehehe..Walaupun kawan dan abah kawan tebang pokok kelapa tu, kami dah sulam beberapa benih pokok kelapa yang lain. Ada yang dah keluarkan buah pun. Macam kelapa Matak, Kelapa Hijau, dan Kelapa Pandan. Kiranya, setakat nak buat makan sendiri boleh le.  Kawasan mana yang dah ditebang tu, kawan ingat kawan nak tanam pokok kelapa gak. Tapi bukan kelapa biji, kawan nak tanam kelapa sawit. Kurang2 ade gak side income untuk mak abah kawan nanti. hehehe...

Rabu Legi
2 Februari 2011
28 Safar 1432 Hijri

Kuliah Rabu : Kenali Allah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kuliah Rabu malam Khamis kat kampung kawan hari ni bertajuk "Kenali Allah". Intro yang di persembahan mula2 je Ustaz Anuar tunjukkan tentang gambar2 pembuangan bayi, gejala mat rempit, hisap dadah...Ni semua ni adalah antara perkara kesan daripada kita tidak kenal Allah sebagai pencipta kita.

Disamping statistik yang Ustaz Anuar paparkan di slideshow, mengenai kadar kes buang bayi, kes penagih dadah, Makin lama makin meningkat. Memang memilukan bila lihat bayi yang tak tahu apa2 di buang dalam tong sampah, dalam lubang jamban, dalam baldi. Dah dibuat macam ayam pulak. Sedangkan binatang pun tau sayangkan anak, sedangkan kalau kita sendiri tengok kucing kena gelek kat jalan raya pun boleh rasa kesian, ni kan pula orang yang buang bayi. Orang yang lama nikah,berkeluarga tak dapat anak, mereka2 ni dah le tak nikah, dah buat anak, lepas tu buang anak macam buang sampah je. Nauzubillah himin zalik.

Benda macam ni kita perlu lihat dari segenap segi. Dari mana kah silap nya perkara ini terjadi. Bagi pendapat kawan, perkara ini berpunca dari institusi keluarga yang tidak kukuh. Dek kerana kesibukan kerja, kita abaikan anak2 kita. Kita pergi kerja,anak2 pergi sekolah. Kita balik kerja, anak2 dah tido. Hari sabtu,hari minggu kadang2 anak2 ada kegiatan ko-kurikulum di sekolah, tuisyen dan sebagainya. Kita pula kadang2 hari sabtu ahad ada kursus. Bilakah masanya kita bersama seisi keluarga?

Anak-anak ibarat kain putih. Mudah sangat hendak dicorak kan. Kalau salah corak, dah tersilap, agak susah kita hendak betul kan. Tidak cukup kita menghantar anak2 di sekolah biasa sebelah pagi, petang sekolah agama,dan kita serahkan bulat2 pada guru. Guru hanya menjaga di sekolah, bukan 24 jam jaga anak2.

Bila kita bersama dengan anak2,barulah mudah kita beri petunjuk pada mereka. Bila nilai kekeluargaan dah kuat, maka,perkara2 buruk dapat kita elak kan. Kerana kita dah kenal siapa Pencipta kita, apa sebab kita diciptakan. Itulah Tauhid kepada Allah S.W.T. sekian, Wassalam.

Rabu Legi
2 Februari 2011
28 Safar 1432 Hijri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...