13 November 2010

Syabas! 1 Lagi Pencapaian Proton

Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia.

Baru-baru ni kita diberitakan bahawa model ke-15 Proton telah di lancarkan secara rasminya. Dan model ini dinamakan "Proton Inspira". Model pertama Proton era baru yang mana boleh saya katakan hebat. walaupun ia adalah facelift model Mitsubshi Lancer GT, tetapi, kereta ini menggunakan 40% komponen tempatan dan akan dipertingkatkan kepada 60% tidak lama lagi. Ya, sebagaimana kita tahu, Proton merupakan alliance bagi Mitsubishi, Pengeluar Kereta Nasional Jepun. Jadi, tidak hairan lah jika kebanyakan kereta Proton mempunyai design sama dengan Mitsubshi ni. 

Apa yang menghairankan adalah beberapa suara sumbang kedengaran mengenai Proton. Kenderaan tidak berkualiti lah, Cepat rosak lah, itu lah, ini lah. Ya, tidak dinafikan, bahawa kenderaan Proton memang banyak masalah. bak ibarat pepatah "nobody's perfect @ tiada siapa yang sempurna". 

Bagi saya, apa yang cuba Proton buat adalah pembangunan dan peningkatan imej negara sebenarnya. Dan negara mana yang harum kalau bukan Malaysia. Ya, memang benar yang kenderaan Proton banyak masalah, tetapi masalah ini dapat dihidu terlebih dahulu di dalam negara sendiri. Tidak seperti syarikat-syarikat besar terkemuka seperti Nissan dan Toyota. Kenderaan dah keluar negara, baru dapat tau rosak. Dah kena panggil balik. Setakat ini, Proton hanya memanggil model Savvy saje berbanding Nissan memanggil model Livina, Sentra,Slyphy dan Toyota memanggil balik model Corrolla, dan Vios.

Perlu kita ingat, siapa lagi nak support barangan kita kalau bukan kita sendiri. Jika tidak kerana Proton, pastinya lebih setengah juta pekerja anak tempatan dari bidang komponen, alatan, pemasangan, jualan, pengurusan, penyelidikan, malah tukang cuci bangunan tiada pekerjaan. Tidak diragukan idea mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang radikal, malah dahulunya dikatakan idea "gila", dan dicemuh "hendak buat jarum sebatang pun belum mahi,inikan pula kereta", namun, kenderaan ini lah juga yang banyak bergerak dijalan raya sekarang. Malah idea negarawan ini lah diangkat lagi dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) sebagai tawaran pilihan kenderaan tempatan.

Apa yang penting,semangat memartabatkan kenderaan tempatan. Apa nak di susahkan, jika kenderaan ini rosak, boleh saje ganti alat-alat yang rosak itu dengan mudah. Bersepah spare part untuk kenderaan tempatan ini. Bukan prestij nye sesuatu kenderaan sebagai ukuran, tetapi kebolehan sesuatu kenderaan itu memberi pulangan nilai kepada pengguna. Setakat beli hanya design yang lawa, prestij jenama, membazir saje. Ini kerana, dalam 2-3 tahun, pastinye model baru yang lebih power akan keluar. Lihat saja model Honda City dan Toyota Vios, setiap 2 tahun mereka akan keluarkan model baru. Model yang lama bersepah-sepah sebagai kereta second hand. Alat gantinya pula bukan murah bukan...yang original oil filter saje dah RM25 berbanding benda yang sama tapi untuk kereta Proton hanya RM10. Teknologi enjin juga sama seperti Mitsubshi bagi Proton. Mana tak nye, dah nama kereta facelift Mitsubishi, komponen dalaman dan teknologinya juga sama.

Jadi, jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah kereta idaman anda. Yang pastinya, jangan hanya nak bergaya, tak sampai setahun kereta anda kena tarik kerana tak mampu bayar. Ukur baju di badan sendiri. ~Renung-renungkan dan Selamat Beramal!~ Wasalam.

 
 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...