06 January 2012

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Kepentingan Ilmu

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah Jumaat hari ini berkisar mengenai kepentingan ilmu. Ya, tanpa ilmu, tiada makna seseorang manusia itu. Ilmu adalah salah 1 nikmat diberikan Allah S.W.T. kepada manusia. Malah,ayat pertama Al-Quran ketika diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Jibril A.S. adalah Iqra' iaitu bacalah. Hendak membaca, maka perlu ada ilmu membaca. Maka bertapa pentingnya ilmu terhadap manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Rasulullah S.A.W. bersabda : Rebutlah peluang 5 perkara sebelum didatangi 5 perkara iaitu : Muda sebelum Tua; Kaya sebelum Miskin; Sihat sebelum Sakit; Lapang sebelum Sempit (Sibuk); dan Hidup sebelum Mati. Jadi, ilmu itu sendiri akan membantu manusia bukan sahaja memenuhi tanggung jawab sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T. malah sebagai bekalan di Akhirat.


Ilmu itu terdiri dari ilmu Ukhrawi dan Duniawi. Yang penting adalah ilmu Ukhrawi kerana ilmu itulah pembimbing kita dalam kehidupan seterusnya. Manakala, Ilmu Duniawi adalah fardhu kifayah. Yang mana, seandainya tiada salah 1 ahli dalam kariah tidak mengetahui, maka tertanggung dosa berkenaan. Sekiranya ada menguasai ilmu berkenaan,maka terlepaslah mereka semua. Dalam Islam,kedua-dua ilmu sama penting. Sekiranya ingin mengecapi kebahagiaan dunia, ia perlukan ilmu, jika inginkan kebahagiaan akhirat,juga perlukan ilmu. Dan jika mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat, juga perlukan ilmu keduanya. Maka, tuntutlah ilmu selagi terdaya dan nyawa dikandung badan. Proses menuntut ilmu sejak dilahirkan iaitu dari kalimah azan dan iqamah ketika bayi dilahirkan sehinggalah apabila si mati masuk ke liang lahad. Wallahualam. Wasalam.

Jumaat Wagih
12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2011 Masihi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...