02 January 2011

Rewang-rewangan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Yes! Kawan kembali lagi untuk hari ke 2 dalam tahun baru 2011 ni. Kawan bajet-bajet nak maintain post someting dalam blog ni hari-hari. Itu pun kalau ade masa dan kesempatan.

Okey, seperti yang kawan janjikan semalam, kawan akan ceritakan sedikit tentang rewang ni. Rewang ni asalnye bahase Jawa iaitu gotong-royong majlis kenduri kawin. Disebabkan panjang sangat nak di sebutnye tu, maka perkataan rewang tu lebih mudah digunakan. (bagus gak orang jawa nih. pandai cipta tatabahase). 

Kawan ni memang suka join rewang ni. Biasela, dah name duk kat kampung, kalau tak campur masyarakat, jadi macam kodok bawah tempurung. Ada macam-macam area yang boleh kita join dalam rewang ni. Antaranye:

  • Peranggah (orang yang ditugaskan menjaga lauk pauk di balai/khemah jemputan), 
  • Kendarat (orang yang ditugaskan menjadi penyambut tetamu, mengutip pinggan kotor dan membersihkan meja-lebih kurang macam waiter/waitress),  
  • Wedang (bahase Jawa yang maksudnye Air yang di bancuh-biasenye budak-budak muda kena jadi tukang buat air..ala-ala bartender gitu. ade 2 sebab budak-budak muda suka bahagian ni. 1, pasal keje ni tak penat sangat, cuma buat air, basuh cawan2 dan lepak. 2, boleh cuci2 mata tengok awek2 dan anak dara orang. Pasal selalunya tempat Wedang ni strategik, berhampiran khemah jemputan..hehe)
  • Rojak dan Pajeri (biasenye orang2 tua yang expert ditugaskan buat rojak/acar darat dan pajeri ni. Rojak/Acar darat ni yang ade timun, nenas masak, cili, bawang, di gaul dengan gula dan garam. Pajeri pula nenas yang hampir nak masak, di rebus dan dimasak dengan kunyit, gula dan garam. Antara Rojak dan Pajeri, Pajeri lebih manis dan paling sold out).
  • Basuhan (area membasuh pinggan2 kotor. Biasenye budak2 kecik area umur 5-12 tahun suke part ni pasal boleh main air sampai basah lokos..haha)
  • Ngelap (yang ni pun area untuk senior2...yang ni paling senang kejenye, cuma lap pinggan yang sudah di basuh)
  • Dapur (yang ni King Of The Event..takde orang dapur, memang tak idup la majlis. Walaupun buat secara katering sekalipun, dapur tetap akan berasap jugak. Kejenye masak lauk pauk, nasi minyak,nasi tawar/nasi biasa, siapkan lauk pauk dan nasi untuk dihantar ke meja jemputan. Area ni speciality kawan..hehe)
  • Kompang dan silat (biasenye yang ni budak2 kompang yang take over. tapi kengkadang orang rewang pun join sekali. lepaskan gian.)
Rewang ni kelebihan nya nampak semangat gotong-royong, mengeratkan silaturrahim dan bagi budak2 muda peluang nak usha awek..hehe.. Lagipun lagi meriah kalau dapat rewang2 ni. Seronok beb! Kalau tak caye, boleh join. Kawan ni pun dulu join dari umur 12 tahun dalam area basuh pinggan. Pastu Wedang..Kini kawan rookie area Dapur. Kawan jarang jaga area Wedang pasal terlalu interframe sangat. Duk kat Dapur lagi best, pasal kita boleh makan bila-bila kita nak. Ambik je lauk..takde sape marah pun. Boleh makan dalam dulang lagi. Layan orang2 tua, syok jugak...tak berenti ketawa dibuatnye.. dapat air yang orang Wedang buat yang special request punya. Pendek kata, Semua salute orang Dapur lah. Pasal area Dapur ni la 'nyawa' majlis tu sendiri...hehehe. 

Ni ade sedikit gambar yang sempat kawan snap untuk tontonan fans sume. Kawan ambik gambar ni masa rewang di rumah En Munajat. Gambar kawan buat keje memang takde pasal takde sapa nak snap kan untuk kawan.. Sabo je le..hehe...Enjoy it fellas!

Ahad Keliwon
2 Januari 2011
27 Muharam 1432 Hijri

area Rojak..senior2 tengak potong cili
Rojak a.k.a Acar Darat yang dah siap
aku kat area Dapur
Mentor2 aku tengah godak (kacau) nasi jagung
Tengah tumis rempah masak nasi minyak
Area Basuhan. kelihatan dorang tengah sibuk basuh pinggan

Makan nasi dulang


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...