21 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Berbuat baik pada Ibu Bapa

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah hari ini mengupas pasal berbuat baik pada ibu bapa. Dalam hal seharian jangan lah kita lupa jasa mereka berdua yang tidak terbalas. Dalam Al-Quran disebutkan, 

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. " (Al-Isra' : 23 & 24)

Juga ada hadis nabi menceritakan bertapa pentingnya kita berbuat baik pada ibu bapa,terutama sekali ibu. Rasulullah sendiri dalam hadis nya menyebut "ibumu" sebanyak 2 kali lalu baru di ikuti "ayahmu dan orang yang rapat di sekelilingmu". Ini menunjukkan bertapa utamanya ibu tanpa meminggirkan keutamaan ayah.

Zaman sekarang ni kita melihat bermacam kes yang berlaku. Anak tinggalkan ibu bapa di rumah jagaan orang2 tua tu memang dah selalu lah. Yang tinggalkan orang tua sendirian, uzur pula tu, tak makan tak minum. Ada yang siap saman ibu bapa. Lagi yang teruk, siap bunuh ibu bapa sendiri. Ini lah akibat kurangnya keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. Dan ingatlah, tak kan cium kita bau syurga kalau kita menderhaka kepada ibu bapa kita. Utamakan mereka daripada isteri dan sesiapa sahaja kerana ada kisah seorang pemuda tidak dapat lepas sakaratul maut kerana melebihkan isterinya di zaman Rasulullah. Dan apabila Rasulullah memohon ibunya meaafkan anaknya itu, barulah anak nya meninggal dunia dengan tenteram. Nauzubillah himin zalik. Wassalam.

Jumaat Wagih
21 Januari 2011
16 Safar 1432 Hijri

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...