02 February 2011

Kuliah Rabu : Kenali Allah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kuliah Rabu malam Khamis kat kampung kawan hari ni bertajuk "Kenali Allah". Intro yang di persembahan mula2 je Ustaz Anuar tunjukkan tentang gambar2 pembuangan bayi, gejala mat rempit, hisap dadah...Ni semua ni adalah antara perkara kesan daripada kita tidak kenal Allah sebagai pencipta kita.

Disamping statistik yang Ustaz Anuar paparkan di slideshow, mengenai kadar kes buang bayi, kes penagih dadah, Makin lama makin meningkat. Memang memilukan bila lihat bayi yang tak tahu apa2 di buang dalam tong sampah, dalam lubang jamban, dalam baldi. Dah dibuat macam ayam pulak. Sedangkan binatang pun tau sayangkan anak, sedangkan kalau kita sendiri tengok kucing kena gelek kat jalan raya pun boleh rasa kesian, ni kan pula orang yang buang bayi. Orang yang lama nikah,berkeluarga tak dapat anak, mereka2 ni dah le tak nikah, dah buat anak, lepas tu buang anak macam buang sampah je. Nauzubillah himin zalik.

Benda macam ni kita perlu lihat dari segenap segi. Dari mana kah silap nya perkara ini terjadi. Bagi pendapat kawan, perkara ini berpunca dari institusi keluarga yang tidak kukuh. Dek kerana kesibukan kerja, kita abaikan anak2 kita. Kita pergi kerja,anak2 pergi sekolah. Kita balik kerja, anak2 dah tido. Hari sabtu,hari minggu kadang2 anak2 ada kegiatan ko-kurikulum di sekolah, tuisyen dan sebagainya. Kita pula kadang2 hari sabtu ahad ada kursus. Bilakah masanya kita bersama seisi keluarga?

Anak-anak ibarat kain putih. Mudah sangat hendak dicorak kan. Kalau salah corak, dah tersilap, agak susah kita hendak betul kan. Tidak cukup kita menghantar anak2 di sekolah biasa sebelah pagi, petang sekolah agama,dan kita serahkan bulat2 pada guru. Guru hanya menjaga di sekolah, bukan 24 jam jaga anak2.

Bila kita bersama dengan anak2,barulah mudah kita beri petunjuk pada mereka. Bila nilai kekeluargaan dah kuat, maka,perkara2 buruk dapat kita elak kan. Kerana kita dah kenal siapa Pencipta kita, apa sebab kita diciptakan. Itulah Tauhid kepada Allah S.W.T. sekian, Wassalam.

Rabu Legi
2 Februari 2011
28 Safar 1432 Hijri

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...