Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.
Huhu...Alhamdulillah. dapat gak harini kawan nikmati cuaca panas setelah hampir 1 minggu langit menangis je. Jadinya, beberapa mission penting yang tertangguh dimulakan. Mission pertama, hired orang tebang pokok kelapa. Hahaha...Kenapa nak tebang? Pasalnya pokok kelapa dalam kebun kawan dah tinggi melangit. Dah tu dekat2 dengan rumah. Dah le musim hujan, kalau dibantainya ribut, tumbang, tak pasal2 je. Kalau kena rumah sendiri,boleh lagi la. Tapi kalau kena harta benda jiran, maunye kena ganti wooo...
Yang tengah panjat pokok kelapa tu manusia tau |
Rekod hari ni kawan hired orang tebang pokok kelapa sebanyak 13 batang pokok. 3 kaki batang kelapa dijual dengan harga RM1 je. Buat apa, kawan tak berapa tau, tapi dah nama nya "the tree of life" dan "pokok 1000 kegunaan", macam2 boleh dibuat dengan batang pokok kelapa ni.
Setakat 13 pokok yang telah ditebang, dapat la dalam 65 batang yang dah siap potong. Kira RM65 dah dalam tangan tu. Kebetulan musim Tahun Baru Cina ni banyak kerja kawin, tak kemana la duit tu pergi nampaknya. Buat salam keruk le tu nanti. Hehehe..Walaupun kawan dan abah kawan tebang pokok kelapa tu, kami dah sulam beberapa benih pokok kelapa yang lain. Ada yang dah keluarkan buah pun. Macam kelapa Matak, Kelapa Hijau, dan Kelapa Pandan. Kiranya, setakat nak buat makan sendiri boleh le. Kawasan mana yang dah ditebang tu, kawan ingat kawan nak tanam pokok kelapa gak. Tapi bukan kelapa biji, kawan nak tanam kelapa sawit. Kurang2 ade gak side income untuk mak abah kawan nanti. hehehe...
Rabu Legi
2 Februari 2011
28 Safar 1432 Hijri
0 comments:
Post a Comment