21 July 2010

Isu Hari Ini: Ponteng Solat Jumaat

Berita diambil dari Berita Harian wilayah Johor bertarikh 21 Julai 2010


Johor: Syor tindakan tegas jika abai solat Jumaat

JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Bandar Baru Uda, Mohd Sunawan Mohd Som meminta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengkaji peruntukan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga lelaki Islam yang tidak menutup perniagaan mereka ketika solat Jumaat. 

Katanya, tindakan berkenaan perlu dikuatkuasakan segera sebagai usaha mencegah umat Islam daripada mempersendakan ajaran Islam dengan tidak menunaikan solat Jumaat sedangkan ia ibadat wajib.

Beliau kesal kerana ramai peniaga lelaki Islam termasuk yang beroperasi berhampiran Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini masih menjalankan perniagaan mereka sedangkan pada waktu berkenaan azan Jumaat berkumandang.

Malah, katanya, beberapa premis yang hanya beberapa meter dari masjid berkenaan masih meneruskan perniagaan dan ramai lelaki Islam di situ juga tidak menunaikan solat Jumaat tanpa rasa malu dan bersalah. 


"Setahu saya, kira-kira 80 peratus peniaga di kawasan berkenaan di kalangan masyarakat Islam yang sepatutnya menghormati seruan untuk menunaikan solat Jumaat. 

"Mereka ini perlu sedar matlamat untuk mengejar untung berniaga tidak boleh dibawa mati kerana tanggungjawab kita terhadap Allah SWT adalah lebih penting dan dituntut agama," katanya. 

Mohd Sunawan berkata, beliau akan mencadangkan supaya JAIJ atau pihak berkuasa berkaitan perlu menggubal peraturan dan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga Islam yang sengaja mempersendakan agama. 

Katanya, langkah itu dapat menjadi pengajaran kepada umat Islam lain supaya tidak melalaikan suruhan Tuhan serta menyedari bahawa agama Islam tidak pernah melarang umatnya berniaga tetapi perlu berlandaskan peraturan ditetapkan.

Ulasan Konda Kondi

Inilah umat Islam kita sekarang. Apa nak jadi pun tak tahu lah. Asyik pentingkan bisnes dan kehidupan jasmani saje. Pengisian Rohaniah nya sudah hilang. Bukan nya tidap pernah di ajar ketika Sekolah Agama dan di sekolah harian. Di manakah silapnya?

Jangan kan kata Solat Jumaat, kita lihat saja solat harian. 5 waktu sehari semalam. Tambah-tambah lagi waktu solat Magrib. Anda boleh lihat, di warung-warung, kedai-kedai dan restoran-restoran. Semuanya sedang enak menikmati makan malam. Bila ditanya, kenapa makan waktu Magrib-magrib ni? antara alasannya, "Belajar makan untuk berbuka puasa", "Ikut sunnah nabi, makan jangan waktu malam", "Ikut cara orang puteh, makan time petang-petang" dan bermacam lagi. Haish...macam-macam alasan di berikan.

Jika difikir-fikir, logik kah alasan-alasan itu? Solat Magrib ni dah le sekejap saje. 1 jam setengah je waktu yang ada untuk solat Magrib. Tapi yang dibesarkan hanya perut je. Nabi ajar kita makan sebelum waktu Magrib, bukan makan masa waktu Magrib. Jika berbuka puasa pun, nabi ajar hanya makan sedikit saja, kemudian bergegaslah untuk menunaikan solat Magrib.

Jom kita lihat dalil-dalil tentang solat Jumaat ni dulu.

Di dalam Al-Quran surah al-Jumaat ayat 9, Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Nah, disini Allah s.w.t menerangkan secara jelas, suruh berhenti jual beli ketika azan solat Jumaat di kumandangkan, solat dulu, lepas solat Jumaat, nak berniaga sampai jauh malam pun takpe. Asalkan solat jangan tinggal. Bukan nya lama pun, sekejap sahaja kan. Pengalaman  saya ketika mengerjakan umrah pada tahun 2008, bila saja masuk waktu solat, suma kedai-kedai tutup. Semua pergi ke masjid berhampiran untuk solat. Ada sampai berlari-lari hendak ke masjid. Lepas solat, terus masing-masing terus buka kedai dengan cepat. dalam hati saya berkata, "Alahai, bagusnya kalau di Malaysia keadaan nya begini".

Okey, mari kita lihat pula situasi di Malaysia. Di Malaysia, time waktu solat tu la time sume nak buat kerja. lagi-lagi dalam hal urusan memenuhkan perut dengan makanan. Haish! makan tu hanya sekadar kenyang saje. Teringat kata seorang ustaz ketika saya kecil, "Nikmat makan tu hanya sepanjang 1 jari telunjuk je. dah lepas ke tekak habis gitu. Klalau nikmat solat ni, membawa sampai akhirat".

Ingat lah, walau sesibuk mana sekalipun, jangan dilupa solat. Tak kira lah solat Fardhu atau Solat Jumaat. Jangan sampai nyawa dah di kerongkong, baru ingat nak solat. Di kala itu ,pintu nak taubat pun dah tertutup. Tinggal tunggu 'interview' oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir dalam kubur nanti.

~Renung-renungkan dan selamat beramal!~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...