Berita Diambil dari Berita Harian bertarikh 19 Julai 2010
Daging kotak dari India bukan lembu
Pengguna keliru banding harga produk segar tempatan
ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang dipasarkan di negara ini adalah daging kerbau dan ia dijual pada harga lebih murah, berbanding harga daging lembu tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata ramai pengguna tidak tahu bahawa daging import India yang lebih dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau dan bukannya daging lembu.
Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini adalah daripada gred biasa dan membolehkannya dijual pada harga lebih rendah, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.
“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak ini sebagai daging lembu, sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.
“Namun, terpulang kepada rakyat untuk memilih berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka, tetapi saya harap tidak ada lagi kekeliruan mengenai hal ini.
“Setiap tahun sebanyak 80,000 tan daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia amat popular di kalangan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
“Dalam pasaran ketika ini memang daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram, berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM17 hingga RM19 sekilogram,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di sini, semalam.
Ulasan Konda Kondi
Nampak gayanya masyarakat kita sebenarnya telah tertipu oleh pengusaha daging kota di India sana. Mana tak nya, ingatkan daging lembu, sekali daging kerbau..Patut lah bila masak daging lauk Baryani, lain macam je rasanya. Tidak seperti daging lembu 'fresh'. Macam dalam cerita pendekar bujang lapok, dalam babak Bujang Lapok nak masuk belajar di sekolah buta huruf.
Pak cik: Ba Wau Ra Nga..Unta!
Cikgu : Bukan Unta pakcik..Burung...
Pakcik : Oh! Burung...ku fikirkan Unta..
Jika kita baca pun, Beef itu tak semestinya daging lembu. boleh jadi daging kerbau atau daging seladang. Tapi kita sudah terbiasa bila mana "Beef" sahaja, ianya daging lembu.
Kalau direnung-renungkan, adakah logik bagi pengusaha daging kotak untuk menyembelih lembu untuk dieksport ke luar negara? Bukan kah masyarakat India percaya bahawa lembu merupakan haiwan suci mereka? makanya adalah haram dan berdosa bagi mereka memakan daging lembu. Apatah lagi menyembelihnya. Oleh itu, totally tidak logik mereka akan mengeksport daging lembu untuk pasaran luar.
Kita selalunya membeli daging kotak tetapi tidak pernah melihat label dari mana daging itu berasal. Ini yang payahnya. Yang kita tahu, daging itu murah. Jimat belanja.
Seharusnya kita perlu lihat, dari mana daging itu di import. Asal usul daging itu penting. Kalau daging itu di import dari tempat yang agak was-was, baik tak payah beli lah. Tambahan pula, adakah betul cara penyembelihan haiwan berkenaan seperti yang ditetapkan syarak?
Di dalam surah al-Baqarah ayat 172-173 Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
'Hai orang yang beriman, makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan/mengguna benda-benda yang haram) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani'.
Sekiranya, sembelihan itu tidak dilakukan secara sempurna, maka jatuhlah hukum bangkai terhadap sembelihan terbabit. Dalam hal ini, adakah sembelihan itu dilakukan secara betul dan sah? Memang benar pihak berkenaan diberikan sijil Halal, namun ianya setakat sijil semata-mata. Lain lah jika ada seorang penguatkuasa atau pegawai Jakim diletak kan di pusat penyembelihan terbabit, maka sah lah sembelihan itu boleh di makan.
Oleh itu, adalah lebih baik, jika kita sendiri beli seekor lembu dan di sembelih untuk majlis kenduri kendara kerja kawin ni. biar mahal asalkan kita memberi makan yang elok-elok kepada para jemputan. Setiap kali mereka sendawa "Errkkk! Alhamdulillah", bererti mereka bersyukur kepada Allah s.w.t atas rezeki yang di beri dan sekaligus mendoakan tuan rumah ditambah rezeki lagi atas keikhlasan menyediakan jamuan. Kan itu lagi baik.
~Renung-renungkan dan Selamat Beramal!~
0 comments:
Post a Comment