Hari ini genaplah 10 hari kita berpuasa... Kejap je rasanya ye. Bagai tak sedar. Namun yang pasti nya, 10 hari yang pertama dimana penuh dengan magrifah yang Allah s.w.t beri, dapat kita kecapi.. Insya Allah.
Dalam 10 hari ini, macam-macam yang berlaku ye. Ada kisah suka, duka, lawak, gembira, sedih, pilu pun ada. Antaranya, kisah lawak berbuka. Diceritakan, sebelum berbuka, semua nak makan. Anak tekak ni nak makan itu la, ini la. beli makanan tak nak sikit-sikit. Jika di Batu Pahat ni, masih ada lagi yang jual kuih 4 keping/biji untuk RM1..Kalau beli kuih-muih, dibelinya sampai RM2.. Pulak tu beli sampai 5-6 jenis kuih... Tapi bila sampai waktu berbuka, telan kurma 3 biji, air susu segelas, dah sendawa. Ntah bila pulak le kuih muih tu nak di makan tu..
Ada pula yang sama-sama berbuka di masjid. Alhamdulillah. Berbuka ramai-ramai di masjid, tambah pula kena giliran setiap blok bawa sepinggan kuih. kena 10 rumah, 10 jenis kuih. Meriah betol. Kuih-muih tu boleh buat makan time moreh. Ada pula yang bawa makanan sendiri untuk berbuka di masjid. Makan tayang-tayang kat orang lain. Bila orang lain tengok, buat tak tau. Bukan kita sume nak pun makanan awak tu, tapi bak kata orang pelawa ajak-ajak ayam pn jadi le. Sekali terpandang kuih orang, dimintanya pula. Haish..ada juga spesis orang begini dalam dunia ni ye. Perangai tak berubah. Hak dia, adalah hak dia. Hak orang, hak dia juga.
Alkisah, perihal bubur lambuk dari masjid. Masjid Pt Hj Abd Salam memang famous amos lah. Kalau di mukim 2 Bagan ni, berebut juga orang nak try bubur lambuk Pt Hj Abd Salam. Alhamdulillah. Rezeki orang beri derma untuk masak bubur tahun ni bertambah. Banyak le jugak masak bubur tahun ni. Jika tahun-tahun sudah cuma masak 1 kampit = 10 kg beras saje, tahun ni masak 2 kampit beras. Yang bestnya, tak cukup ambik yang bungkus, siap dibawanya bekas sendiri. Jika bekas tu kecik takpe, ni bekasnya periuk nasi. Suruh isi penuh-penuh. Haish.. Larat ke nak makan tu. Takpelah. Asalkan dimakan sudah.. Ada juga nak bubur lambuk tapi takde letak udang kering lah, tak nak letak ayam lah. Macam-macam hal ye tekak orang puasa ni... hehehe
Alhamdulillah. Untuk tadarus al-Quran, Kg Pt Hj Abd Salam dah selesai. dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan bertadarus sebanyak 6 juzuk. walaupun setiap kumpulan telah dibahagi kepada 4 orang, ada juga ahlinya yang tak join bertadarus. Masa belum puasa, semua berkobar-kobar nak bertadarus, tapi bila masanya, semuanya malas. Kalau lepas tarawih tu terus balik, tak mengapa lah. Tapi siap makan moreh, lepak-lepak, tapi tak bertadarus, rasa macam tak patut lah. Lepas tu siap boleh meng'anjing', beri macam-macam alasan.. Suara sakit lah, badan penat lah dam pelbagai lagi. Tak mengapa lah. Tadarus kan bergantung pada keihlasan kita.
Begitu lah serba sedikit rona roni apa yang berlaku dalam 10 hari Ramadhan ini. Bahagian ke dua akan menyusul pada 10 hari lagi. semoga apa ang diperkatakan menjadi bekal untuk kita muhasabah diri.
0 comments:
Post a Comment