Alhamdulillah...akhirnya malam ini, masuk lah kita dalam bulan Ramadhan.. Masya Allah...makbul juga doa kita sume untuk bertemu Ramadhan sekali lagi..Dah rase tak menyabo dah nak mula bertarawikh malam ni..Ape macam dengan korang plak ye?
Disini, saya tertarik dengan 1 wall post, gambar yang di tag oleh seorang kawan FB saye...ini gambarnye:
Simple tapi mendalam maksudnye..lebih mudah untuk orang mengingati nya bukan?hehehe...
Ya, dalam bulan mulia ni, kita kena memperbanyakan amalan..bayangkan kawan-kawan, 1 ibadat sunnat dilakukan dalam bulan Ramadhan bersamaan 1 ibadat wajib. Dan 1 abadat wajib pulak, bersamaan 7 kali ganda ibdat wajib dilakukan dalam bulan-bulan lain. Saya teringat 1 hadis nabi yang bermaksud : "sesungguhnya telah datang kepada kamu 1 bulan yang mana ia depenuhi dengan keberkatan diawalnya, keampunan di pertengahan nya dan dijauhi siksa dan api neraka di akhirnya..Dan didalam nya terkadung 1 malam yang mana ianya lebih baik daripada 1000 bulan".
Time puasa-puasa ni, jangan le kita buat perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Tapi kita juga selalu lupa, ade jugak perkara-perkara yang susah kita nak elakkan kecuali kita nekad...contohnya, macam mengumpat. Susah betol nak tinggalkan. tapi itu lah nama nya dugaan. dan setiap dugaan itu Allah s.w.t. akan memberi ganjaran yang besar bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.
Bila time bulan puasa je, mesti klinik-klinik penuh. Biasela, kes nak mintak cuti puasa. Sakit gastrik la, sakit itu la, sakit ini la. Haish. Yang pelik tu, sakit tu cuma datang time bulan puasa je. bulan-bulan lain, sihat sokmo.
Lagi 1, bab bayar zakat. Di Johor ni, kadar zakat fitrah ialah RM5.00 bagi mereka yang makan beras "Beras Nasional" 15% hancur yang harga die RM1.80 sekilo atau RM18.00 untuk 1 paket 10 Kg.
RM7.50 bagi mereka yang makan beras atau makanan lain selain dari Beras Nasional berkenaan. Tak kira lah beras basthmati ke, beras putih ke, yang 10% hancur ke, yang label ungu ke, beras wangi ke, roti ke, mee ke, sume kena bayar RM7.50..Tapi yang pelik dan hairan tu,dorang akan cuba bayar yang RM5.00...macam-macam alasan di beri.. Ade yang anak ramai lah, tanggungan ramailah, gaji tak cukup lah dan macam-macam lagi. padahal, topup telefon RM30-40 boleh beli, rokok 5-6 kotak sebulan boleh beli, baju raya sepasang RM100 boleh beli. Zakat fitrah setahun sekali RM7.50 tak mampu pulak.
Dalam bab solat tarawikh,pasti nya ade alasan tak sempat nak pergi masjid. Alasan nya, kerja malam, penat bekerja waktu siang,ada banyak hal dan sebagainya. Lagi-lagi la bila dah masuk 10 malam terakhir tu. Ada yang nak cat rumah, buat kuih raya. Tapi dorang lupa, yang mana 10 malam terakhir tu lah yang paling besar ganjaran nya. Sekali kena pulak malam Lailatul Qadar. Alangkah bahagianya.. Kalau boleh tu, sempat-sempatkan lah diri ke masjid untuk solat tarawikh. setahun sebulan 30 kali je solat tarawikh ni. Nak tunggu tahun depan, boleh...andai kalau umur panjang lah..Kalau dah seruan tu tiba, tak sempat. Memang benar solat tarawikh tu sunnat. Tapi kalau direnung-renungkan hadis nabi yang bermaksud, "seandainya umat ku tahu kelebihan Ramadhan, nescaya, mereka pastinya mahukan Ramadhan itu pada bulan-bulan lain".
Pasti nya apa yang diperkatakan diatas adalah sebagai muhasabah diri kita sendiri. Saya pun bukan lah perfect sangat. tapi jika adanya niat kita untuk berubah ke aah kebaikan, pastinya kita akan dibawa ke jalan yang lurus itu.
~Renung-renungkan, Selamat Beramal dan Salam Ramadhan untuk semua~
0 comments:
Post a Comment