22 May 2012

Kematian Pasti Datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.



Alhamdulillah, kawan dapat juga meluangkan masa menulis blog hari ini. Kali ni kawan nak sampaikan sikit mengenai kematian. Ini adalah berkaitan dengan apa yang berlaku pada hari Ahad yang lepas. Pada tika itu, kawan dapat berita kematian Allahyarham Haji Mohamad bin Haji Ibrahim, mantan ketua kampung @ Pak Naib Kampung Parit Haji Abdul Salam. 

"Tiap-tiap benda yang bernyawa pasti merasai mati..." itulah sedikit petikan ayat 185 Surah Al-Imran. Itu lah yang akan berlaku pada kita semua nanti. Sedangkan kekasih Allah S.W.T. merasai mati,ini kan pula kita hanya manusia biasa. Persoalan yang diutarakan ialah, adakah kita telah bersedia untuk bertemu dengan-Nya?

Pada hari kejadian, kawan membantu abah kawan menggali liang lahar untuk Allahyarham. Masih segar di ingatan kawan, arwahnya yang kali terakhir kawan jumpa melihat kearah kubur dari tepi tingkap masjid. Barangkali arwahnya sudah dapat merasakan tempatnya di situ nanti. Semua orang kampung tak expect beliau akan pergi dahulu berbanding beberapa orang kampung yang sudah dalam keadaan tenat & kritikal. Namun, maut itu tidak menanti usia tua atau muda. Arwahnya jatuh sakit pada hari sabtu, dan meninggal dunia pada hari ahad.

Alhamdulillah, kawan dapat ambil pengajaran dan pengalaman menggali liang lahad. Jika di Singapura,kotak konkrit menjadi liang lahad, di Malaysia masih lagi secara manual. Semuanya memerlukan kudrat dan keringat. Namun, kawan tetap berasa puas hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk arwah. Beliau sungguh mesra sejak kawan kenal dari kecil.Arwahnya memang jarang tinggalkan masjid dan Alhamdulillah, arwahnya di kebumikan betul-betul bersebelahan dengan masjid. Itulah hajat terakhir arwah pada JKK kampung & masjid. Ingatan tulus ikhlas buat Allahyarham. Al-Fatihah..

Selasa Legi
1 Rejab 1433 Hijri
22 Mei 2012 Masihi

13 May 2012

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Pagi Ahad yang sejuk..Itu yang kawan dapat gambarkan. Hujan turun tak berhenti dari pukul 6 pagi tadi. Kini dah masuk 2 jam hujan turun. Tak menampak kan tanda-tanda bakal berhenti ni.

Setelah semalaman panas terik mencecah 33.5 darjah celcius, harini Allah Taala menurunkan hujan. Bak kata bidalan terkemuka, "Hujan itu 1 rahmat dari Allah". Kawan lihat, kadang-kadang ramai yang mengeluh kerana hujan. Apa yang perlu kita fikir, patutkah kita mengeluh pada sesuatu yang Allah Taala telah jadikan untuk kita? Adakah kita lebih elok perancangannya dari perancangan Allah Taala?

Apa yang Allah berikan ada makna semuanya.Think positive.. Pasti ada makna semuanya ini. Mungkin pada kita,hujan itu agak menyukarkan dan membataskan pergerakan kita hari ini. Namun, bayangkan sekiranya pokok-pokok bila dapat air.. Dengan keadaan air parit,longkang yang kini tercemar, bila dapat air fresh dari langit,alangkah gembiranya mereka.. Oleh itu,marilah kita mensyukuri nikmat yang Allah Taala beri. Semakin kita mensyukuri nikmat-Nya, semakin banyak nikmat yang akan Dia beri. Sekian, Wassalam.

Ahad Pahing
22 Jamadil Akhir 1433 Hijri
13 Mei 2012 Masihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...