Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada-Nya kerana malam ini dapat kita memasuki tahun baru Hijri. Pastinya kita muhasabah diri atas segala yang berlaku setahun sudah dan cuba kita perbaiki diri bagi setahun yang mendatang ini.

Kawan ingin memetik tazkirah Imam masjid kampung kawan tadi dalam tazkirah awal tahun iaitu:

"Semakin bertambah umur, semakin berkurang usia kita"

Sungguh mendalam ayat tu. Apa yang dimaksudkan ialah semakin bertambahnya umur kita,maka semakin kurang usia kita yang bersubsidi ini. Dan semakin dekat kita dengan kematian. Masya Allah. terlintas juga apa yang disebut oleh Imam tadi iaitu:

"Semakin bertambah umur kita, semakin tinggi ilmu agama yang akan dijadikan bekalan menuju Akhirat"

Jadi, kita muhasabah diri kita kembali, adakah cukup ilmu kita untuk dijadikan bekalan menuju 1 kehidupan yang abadi nanti? 
Wallahualam..Wassalam.

Rabu Pahing
01 Muharam 1434 Hijri
14 November 2012 Masihi

13 May 2012

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Pagi Ahad yang sejuk..Itu yang kawan dapat gambarkan. Hujan turun tak berhenti dari pukul 6 pagi tadi. Kini dah masuk 2 jam hujan turun. Tak menampak kan tanda-tanda bakal berhenti ni.

Setelah semalaman panas terik mencecah 33.5 darjah celcius, harini Allah Taala menurunkan hujan. Bak kata bidalan terkemuka, "Hujan itu 1 rahmat dari Allah". Kawan lihat, kadang-kadang ramai yang mengeluh kerana hujan. Apa yang perlu kita fikir, patutkah kita mengeluh pada sesuatu yang Allah Taala telah jadikan untuk kita? Adakah kita lebih elok perancangannya dari perancangan Allah Taala?

Apa yang Allah berikan ada makna semuanya.Think positive.. Pasti ada makna semuanya ini. Mungkin pada kita,hujan itu agak menyukarkan dan membataskan pergerakan kita hari ini. Namun, bayangkan sekiranya pokok-pokok bila dapat air.. Dengan keadaan air parit,longkang yang kini tercemar, bila dapat air fresh dari langit,alangkah gembiranya mereka.. Oleh itu,marilah kita mensyukuri nikmat yang Allah Taala beri. Semakin kita mensyukuri nikmat-Nya, semakin banyak nikmat yang akan Dia beri. Sekian, Wassalam.

Ahad Pahing
22 Jamadil Akhir 1433 Hijri
13 Mei 2012 Masihi

09 May 2012

Kuliah Rabu: Makmum Masbuq & Muafiq

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kawan baru je balik dari menghadiri kuliah rabu di masjid kampung kawan. Kuliah Rabu malam ni disampaikan Ustaz Syazali dari Jabatan Agama Islam Johor Daerah Batu Pahat. Tajuk kuliahnya ialah Makmum Masbuq & Makmum Muafiq.

Walaupun dulu masa di sekolah kita belajar pasal makmum - makmum ni, kita kena refresh balik. Al maklumlah..nama pun manusia,bohong kata kalau kita tidak lupa. Seperti dalam maksud ayat 3 surah Al-Asr,
"..Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran"

Ok, berbalik pada kuliah, beberapa maksud tafsiran kitab al-majmu', makmum muafiq ialah makmum yang solat di belakang imam, yang mana selepas takbiratul ihram dapat berdiri serentak dengan imam,dapat menghabiskan bacaan surah Al- Fatihah sebelum imam ruku'. Manakala bagi makmum muafiq pula ialah makmum yang solat di belakang imam,tetapi tidak sempat membaca sebahagian atau sepenuhnya surah Al-Fatihah sebelum imam ruku'..

Pelbagai persoalan biasa telah erjawab dalam kuliah tadi. Termasuklah cara-cara mengerjakan solat sekiranya terlepas rakaat bersama imam. Alhamdulillah..mana-mana perkara yang kita tak tau dapat lah kita perbetulkan. Pendek kata, continuous learning kata omputeh. Mudah-mudahan kawan dapat diberi keizinan untuk join lagi kuliah2 cam gini. Insya Allah.. Wassalam.

Rabu Pon
17 Jamadil Akhir 1433 Hijri
09 Mei 2012 Masihi

18 January 2012

Kuliah Rabu : Kembali kepada Islam Sebenar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Malam ni kawan join kuliah rabu yang di adakan di Masjid Jamek kampung kawan. Tajuk malam ni pasal Kembali kepada Islam Sebenar. Tajuk yang ditarakan ni bukan untuk menyatakan bahawa selama ini kita ni tidak Islam,tidak ikut ajaran Islam. Tetapi sebagai panduan kepada diri kita. Yang mana kita belum buat,kita boleh mulakan kembali, yang mana selama ni kita buat secara ala kadar, kita perfectkan.

Perbincangan adalah lebih berkisar mengenai amalan dan konsep rububiyah dan uluhiyyah. Dalilnya adalah dalam Surah Al Imran ayat 19 iaitu:

Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam . Tetapi tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab itu, melainkan sesudah didatang kan kepada mereka ilmu, lantaran pelanggaran batas di antara mereka. Dan barangsiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah adalah amat cepat perhitunganNya.

Yang penting nya adalah hanya cara hidup yang diredhai Allah hanya Islam. Jadinya, nak kita kembali dalam keadaan baik kepada Nya nanti,mesti lah dalam keadaan kita dalam keredhaan Allah bukan?

Kebanyakkan kita kadang kala terlepas pandang beberapa perbuatan yang boleh menjauhi diri dari landasan cara hidup Islam. Islam itu agama yang syumul. Maka, itu lah yang terbaik baik kita. Ia tidak membebankan Hambanya dan sekiranya kita menghayati dan memahami asas sebenar,pastinya tidak akan berlaku perkara-perkara buruk seperti kes pembuangan bayi, anak tidak sah taraf, penagihan dadah, rasuah, gejala murtad dan sebagainya.

Kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Namun, tanya selera yang berlandaskan nafsu semata-mata,buruk padahnya. Jika berlandaskan keimanan, maka baik jadinya. Jika kadang-kadang kita merasa ada yang tidak kena pada diri kita, itulah dia suara hati iman kita. Maka,eloklah kita perbanyakan beristigfar dan muhasabah diri. Insya Allah,pastinya kita akan dibimbing kejalan Nya. Sekian, Wasalam.

Rabu Legi
24 Safar 1433 Hijri
18 Januari 2012 Masihi

06 January 2012

Isu : Etika Dalam Masjid untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Entry kali ini pula, kawan nak borak pasal etika di dalam masjid bagi kanak-kanak. Teguran ni adalah untuk mereka-mereka yang mempunyai anak-anak sekitar umur 5-12 tahun lah ye. Kita sama-sama saling ingat-mengingati antara 1 sama lain.

Kawan puji bila mana ade bapa-bapa bawa anak-anak ke masjid untuk solat. Bagus tu. Kita didik anak-anak mengimarahkan masjid sejak dari awal usia. Yang ni memang amat-amat di galakan. Tapi yang tak sedapnya pula, bila jemaah semua tengah solat (macam tadi mase solat Jumaat), budak-budak ni bermain-main..terjerit sana sini, main lari-lari, ada siap bergaduh..tau-tau dah dengar bunyi budak melalak menangis. Haish...payah betul.. Hendak ditegur,ibu bapa nya nanti tidak terima. Itu masalah orang kita sekarang. Manja kan anak tak agak-agak.

Anak-anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan nya. Kalau didikan ibu bapa nya yang manja kan sangat,lambat laun anak-anak besar kepala. Masa tu, nak buat apa pun dah terlambat. Jadi,seeloknya, bapa-bapa,tolong kawal anak-anak anda kalau hendak bawa ke masjid. Ajar hormati orang tengah solat, jangan buat bising, kalau nak solat,solat lah elok-elok.Kan cantik gitu. Jemaah nak solat pun khusyuk, Takde lah orang kata belakang-belakang. Dan yang penting,nama ibu bapa nya juga yang dipuji. "Anak si Polan tu bagus ye..Solat elok-elok..Pandai mak bapak die ajar..bakal anak soleh nih"..Siapa yang untung? Kita juga kan..Sekian..Wasalam.

Jumaat Wagih
12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2012 Masihi

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Kepentingan Ilmu

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah Jumaat hari ini berkisar mengenai kepentingan ilmu. Ya, tanpa ilmu, tiada makna seseorang manusia itu. Ilmu adalah salah 1 nikmat diberikan Allah S.W.T. kepada manusia. Malah,ayat pertama Al-Quran ketika diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Jibril A.S. adalah Iqra' iaitu bacalah. Hendak membaca, maka perlu ada ilmu membaca. Maka bertapa pentingnya ilmu terhadap manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Rasulullah S.A.W. bersabda : Rebutlah peluang 5 perkara sebelum didatangi 5 perkara iaitu : Muda sebelum Tua; Kaya sebelum Miskin; Sihat sebelum Sakit; Lapang sebelum Sempit (Sibuk); dan Hidup sebelum Mati. Jadi, ilmu itu sendiri akan membantu manusia bukan sahaja memenuhi tanggung jawab sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T. malah sebagai bekalan di Akhirat.


Ilmu itu terdiri dari ilmu Ukhrawi dan Duniawi. Yang penting adalah ilmu Ukhrawi kerana ilmu itulah pembimbing kita dalam kehidupan seterusnya. Manakala, Ilmu Duniawi adalah fardhu kifayah. Yang mana, seandainya tiada salah 1 ahli dalam kariah tidak mengetahui, maka tertanggung dosa berkenaan. Sekiranya ada menguasai ilmu berkenaan,maka terlepaslah mereka semua. Dalam Islam,kedua-dua ilmu sama penting. Sekiranya ingin mengecapi kebahagiaan dunia, ia perlukan ilmu, jika inginkan kebahagiaan akhirat,juga perlukan ilmu. Dan jika mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat, juga perlukan ilmu keduanya. Maka, tuntutlah ilmu selagi terdaya dan nyawa dikandung badan. Proses menuntut ilmu sejak dilahirkan iaitu dari kalimah azan dan iqamah ketika bayi dilahirkan sehinggalah apabila si mati masuk ke liang lahad. Wallahualam. Wasalam.

Jumaat Wagih
12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2011 Masihi

22 December 2011

Kuliah Rabu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Lama betul kawan tak post something dalam blog kawan.Since bulan 4,memang dah lama tak jenguk blog ni. Hehe..takpe2, ni kawan kembali dan akan cuba mengaktifkan kembali blog kawan.

Ok, kawan mulakan dengan aktiviti macam biasa setiap hari Rabu malam Khamis,di Masjid kawan akan mengadakan kuliah agama. Tajuk kali ni adalah mengenai Al - Quran.Ya, sesungguhnya Al- Quran itu adalah salah 1 mukjizat dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita,umat akhir zaman sebagai 1 panduan lengkap kehidupan seharian. 


Kawan tertarik dengan qias yang di berikan oleh Ustaz Anuar. Al - Quran ni ibarat seperti GPS..kita berjalan kemana2 sekarang ni guna GPS kan?Kalau guna GPS, ade peta, konfirm tak sesat jalan. Ibarat kehidupan tu hala tuju perjalanan kita, dan Al-Quran itu adalah GPS kita. Ia akan membawa kita ke landasan yang betul.


Dengan penerangan yang begitu interaktif, ia begitu menarik perhatian jemaah untuk mengikuti kuliah beliau. Best bila kita dapat memahami begitu mudah kita nk dapat pahala dengan membaca Al-Quran. Malah,kita pandang Al-Quran pun dah dapat pahala.Apatah lagi kalau membacanya. Lagi bagu dapat faham maksud dan mengamalkan nya.


Dalam kuliah disampaikan juga doa yang boleh diamalkan semasa selesai tasyahud akhir. Boleh diamalkan dan amat2 digalakan.

Sekian kawan share untuk semua kali ni. Nanti kawan sambug lagi. Insya Allah...Wasalam...

Khamis Wageh
22 Disember 2011 Masihi
26 Muharram 1433 Hijri


15 April 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Anugerah Masjid

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Hari ni kawan Solat Jumaat di masjid bentara di Jalan Ampuan, Bandar Batu Pahat, Johor. Kebetulan pula memang sebelum tu kawan ade keje sikit di Bank Islam BP,settle urusan kerja pun dah masuk time solat Jumaat, makanya kawan solat le di sana.



Khutbah kali ni di sampaikan oleh orang pejabat agama yang memang kawan kenal masa kawan praktikal di Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat dulu. Nama khatib tu Ustaz Khasbullah..memang terkenal dengan suara yang lantang dan jawa pekatnya.

Khutbah kali ni berkisar mengenai anugerah Masjid..ramai yang tidak tahu, masjid ni la anugerah kepada umat Islam. cuba bayangkan jika tiada masjid, adakah kita boleh bezakan umat Islam dengan orang bukan Islam? Zaman umat sebelum kita dahulu pun takde masjid ni. Cuma kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. yang di berikan anugerah membina masjid. Ditambah pula dengan sokongan kerajaan kita, walaupun taman perumahan sekalipun cuma ada 2-3 keluarga, surau wajib ada di taman berkenaan. Lihatlah usaha kerajaan kita dalam menyebarkan syiar Islam. Terpulang lah pada individu terbabit untuk mengimarahkan masjid dan surau berkenaan. Wallahualam....Wasalam...

Jumaat Pun
15 April 2011
11 Jamadil Awal 1432 Hijri

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t., Salam Maulidur Rasul dan Salam 1 Malaysia.



Hari ni 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijri adalah detik kelahiran junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w. Tak perlulah kawan ceritakan tentang sirah nabi kerana semuanya pasti sudah sedia maklum tentang sirah baginda kerana telah diajar dari sekolah rendah dan sekolah agama lagi.

Kawan hanya ingin berpesan, di hari kelahiran baginda ini, maka kita perbanyakkan selawat ke atas baginda. Ini kerana sekali kit berselawat, maka para malaikat akan berselawat kembali keatas diri kita sebanyak 10 kali. Dan dengan selawat ini, ia akan menjadi saksi untuk di beri syafaat di akhirat kelak. Insya Allah. Sekian, Wassalam.

Selasa Wageh
15 Februari 2011
12 Rabiul Awal 1432 Hijri

14 February 2011

14 Februari

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Wah! Sudah lama kawan tak post something dalam blog ni. Hehehe...sorry ye kengkawan, kawan ni sibuk dalam sebulan ni. Macam2 perkara nak disettlekan. Dan macam2 cerita best kawan nak share dengan kalian. Tapi sebelum tu kawan nak cerita 1 perkara tentang 14 Februari ni.

14 Februari, kebanyakan orang ni pikir Hari Valentine's ataupun Hari Kekasih. Apa yang best nya hari kekasih? Hari berkasih-kasihan le. Tapi nya, asal usul perayaan ni adalah untuk mengenang Kematian Pope Valentino yang suka dan merestui sesorang itu berkasih. Dia dipenjara kerana menegakkan idealogi ini. Kira macam ala2 Romeo Juliet le gitu. 

Jadinya, kenapa kita perlu sambut perayaan orang nih? kita ni sebagai umat Islam, mengadaptasi ilmu Islam dalam kehidupan seharian,adalah HARAM menyambut Hari Valentine nih. Pasalnya, ada sepotong ayat Al-Quran menyebut " Jangan lah kamu mengikuti apa yang mereka (yahudi dan nasrani) lakukan" dan "Dan mereka (yahudi dan nasrani) tidak akan mengikuti kamu selagi kamu tidak mengikuti agama mereka". Secara konklusinya, jangan sesekali kita nak join2 benda2 camgini ye. Beli coklat takpe. Pasal coklat boleh makan. Hehehe... namun, kita kena berhati2 dengan propaganda dan agenda2 nak menjatuhkan umat Islam ni. Wassalam.

Isnin Pun
14 Februari 2011
11 Rabiul Awal 1432 Hijri 

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Peranan Keluarga dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah jumaat hari itu membincangkan peranan keluarga dalam mendidik anak2. Khutbah ini adalah kesinambungan kepada khutbah minggu lalu iaitu "Peranan Ketua Keluarga". Walaupun skop khutbah adalah lebih luas, namun ianya lebih bersifat general.

Keluarga tidak sepatutnya mengambil enteng dalam hal mendidik anak2. Walaupun tugas mendidik telah diserahkan kepada cikgu2 di sekolah, namun, ianya masih tidak mencukupi. Disekolah, anak2 belajar secara formal selama 5-6 jam sahaja berbanding pelajaran tidak formal di rumah selama 18 jam. Setiap unit didalam family mempunyai tugas masing2. Maka, jalankan tugas itu sebaiknya.

Sabda hadis nabi S.A.W. "Anak-anak ibarat kain putih yang bersih, Ibu bapa lah yang mencorak kan mereka dengan Islam, atau Yahudi atau Nasrani". Dan 1 lagi hadis menyatakan, "Didik lah anak kamu bersolat seawal umur 7 tahun, dan pukul lah mereka jika ingkar ketika umur 10 tahun". Ini menunjukkan pendidikan awal seawal 7 tahun amat digalak kan. Makanya, adalah amat sesuar anak2 ini di ajarkan semasa kecil lagi. Dan ingatlah satu peringatan famous " Apabila seorang mukmin itu mati, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali 3 perkara : Anak-anak yang soleh yang mendoakan mereka selalu, Ilmu pelajaran yang diajarkan dan dimanfaatkan dan Sedekah jariah yang disumbangkan". Wallahua'lam.

Isnin Pun
14 Februari 2011
11 Rabiul Awal 1432 Hijri

04 February 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Peranan Ketua Keluarga

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia


Khutbah jumaat hari ini berkisar mengenai peranan ketua keluarga dalam mendidik anak2. Andai ketua keluarga tidak memainkan peranan dengan betol, makanya gejala sosial seperti yang berlaku kini semakin bertambah. Kekuatan sesuatu ummah itu bermula dari kekuatan institusi keluarga. Peranan ketua keluarga, selalunya ayah (ada yang panggil abah, papa, baba, dll), bukan sekadar mencari rezeki untuk isteri dan anak2, malah membahagiakan keluarganya. Luangkan lah masa untuk keluarga, bersantai seperti berkelah, solat berjemaah bersama, makan bersama. Pastinya ikatan kekeluargaan akan menjadi makin erat.

Setiap insan mempunyai tanggungjawab sendiri. Baik ketua keluarga, isteri mahupun anak2. Apa yang penting, tanggungjawab dan amanah terbesar yang Allah S.W.T. berikan ini perlu di laksanakan dengan penuh rasa tawadhuk dan sebaik mungkin. Ini kerana, perkara tanggungjawab inilah yang akan di tanya di hadapan Mahkamah Allah di akhirat kelak. Wallahua'lam.

Jumaat Pun
4 Februari 2011
1 Rabiul Awal 1432 Hijri

02 February 2011

Kuliah Rabu : Kenali Allah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Kuliah Rabu malam Khamis kat kampung kawan hari ni bertajuk "Kenali Allah". Intro yang di persembahan mula2 je Ustaz Anuar tunjukkan tentang gambar2 pembuangan bayi, gejala mat rempit, hisap dadah...Ni semua ni adalah antara perkara kesan daripada kita tidak kenal Allah sebagai pencipta kita.

Disamping statistik yang Ustaz Anuar paparkan di slideshow, mengenai kadar kes buang bayi, kes penagih dadah, Makin lama makin meningkat. Memang memilukan bila lihat bayi yang tak tahu apa2 di buang dalam tong sampah, dalam lubang jamban, dalam baldi. Dah dibuat macam ayam pulak. Sedangkan binatang pun tau sayangkan anak, sedangkan kalau kita sendiri tengok kucing kena gelek kat jalan raya pun boleh rasa kesian, ni kan pula orang yang buang bayi. Orang yang lama nikah,berkeluarga tak dapat anak, mereka2 ni dah le tak nikah, dah buat anak, lepas tu buang anak macam buang sampah je. Nauzubillah himin zalik.

Benda macam ni kita perlu lihat dari segenap segi. Dari mana kah silap nya perkara ini terjadi. Bagi pendapat kawan, perkara ini berpunca dari institusi keluarga yang tidak kukuh. Dek kerana kesibukan kerja, kita abaikan anak2 kita. Kita pergi kerja,anak2 pergi sekolah. Kita balik kerja, anak2 dah tido. Hari sabtu,hari minggu kadang2 anak2 ada kegiatan ko-kurikulum di sekolah, tuisyen dan sebagainya. Kita pula kadang2 hari sabtu ahad ada kursus. Bilakah masanya kita bersama seisi keluarga?

Anak-anak ibarat kain putih. Mudah sangat hendak dicorak kan. Kalau salah corak, dah tersilap, agak susah kita hendak betul kan. Tidak cukup kita menghantar anak2 di sekolah biasa sebelah pagi, petang sekolah agama,dan kita serahkan bulat2 pada guru. Guru hanya menjaga di sekolah, bukan 24 jam jaga anak2.

Bila kita bersama dengan anak2,barulah mudah kita beri petunjuk pada mereka. Bila nilai kekeluargaan dah kuat, maka,perkara2 buruk dapat kita elak kan. Kerana kita dah kenal siapa Pencipta kita, apa sebab kita diciptakan. Itulah Tauhid kepada Allah S.W.T. sekian, Wassalam.

Rabu Legi
2 Februari 2011
28 Safar 1432 Hijri

28 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Bahaya Rasuah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah di kampung kawan hari ini berkisar pada gejala rasuah. Ya, ini adalah salah 1 masalah kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Semua negara mengamalkan rasuah. Jangan kata Malaysia, Arab Saudi yang mengamalkan undang2 syariah pun pastinya ada gejala yang boleh dikira najis ini. Banyak masalah yang akan timbul apabila rasuah berleluasa.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 188 menegaskan "

Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Jika dah Allah S.W.T. jelaskan dalam Al-Quran yang mulia, makanya, perkara ini amat dipandang serius. Kita rakyat Malaysia, 99.99% celik huruf dan celik fikiran, pastinya kita dapat menilai mana yang baik, dan mana yang buruk. Bersama Perangi Rasuah! Wasalam.

Jumaat Legih
28 Januari 2011
23 Safar 1432 Hijri

21 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Berbuat baik pada Ibu Bapa

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Khutbah hari ini mengupas pasal berbuat baik pada ibu bapa. Dalam hal seharian jangan lah kita lupa jasa mereka berdua yang tidak terbalas. Dalam Al-Quran disebutkan, 

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. " (Al-Isra' : 23 & 24)

Juga ada hadis nabi menceritakan bertapa pentingnya kita berbuat baik pada ibu bapa,terutama sekali ibu. Rasulullah sendiri dalam hadis nya menyebut "ibumu" sebanyak 2 kali lalu baru di ikuti "ayahmu dan orang yang rapat di sekelilingmu". Ini menunjukkan bertapa utamanya ibu tanpa meminggirkan keutamaan ayah.

Zaman sekarang ni kita melihat bermacam kes yang berlaku. Anak tinggalkan ibu bapa di rumah jagaan orang2 tua tu memang dah selalu lah. Yang tinggalkan orang tua sendirian, uzur pula tu, tak makan tak minum. Ada yang siap saman ibu bapa. Lagi yang teruk, siap bunuh ibu bapa sendiri. Ini lah akibat kurangnya keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. Dan ingatlah, tak kan cium kita bau syurga kalau kita menderhaka kepada ibu bapa kita. Utamakan mereka daripada isteri dan sesiapa sahaja kerana ada kisah seorang pemuda tidak dapat lepas sakaratul maut kerana melebihkan isterinya di zaman Rasulullah. Dan apabila Rasulullah memohon ibunya meaafkan anaknya itu, barulah anak nya meninggal dunia dengan tenteram. Nauzubillah himin zalik. Wassalam.

Jumaat Wagih
21 Januari 2011
16 Safar 1432 Hijri

20 January 2011

Bersuci

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah. Dapat gak kawan meluangkan masa hari ni menulis blog. Dah beberapa hari kawan asyik skip je. Bukan apa, kengkadang tak tau nak share cerita apa pada rakan-rakan semua. Jadinya, malam tadi (Rabu malam Khamis) seperti biasa ada kuliah agama di masjid kawan. Tajuk kuliah adalah bersuci. Jadinya kawan nak share sikit pada rakan2 semua.

Bersuci ni dalam Islam ni luas maknanya. Suci dari hadas kecil mahupun hadas besar. Malah, Wudhu atau ambil air sembahyang itu pun salah 1 cara bersuci. Wudhu itu adalah bersuci dari segi praktikal nya. manakala Solat itu dari segi rohani nya.

Dalam kuliah juga diajarkan beberapa jenis air yang digunakan.

  • Air Mutlak - air yang jelas bersih (biasanya air paip, air telaga, air hujan, air laut, air mata air, dll). Air ni air yang suci lagi boleh menyucikan dari hadas.
  • Air Mutanajjis - Air yang telah terkena/bercampur dengan najis yang mana kurang dari 2 kolah tak kira berubah bau, rasa atau warna dan Air yang terkena najis lebih dari 2 kolah tak kira berubah bau, rasa atau warna sedikit mahupun banyak. Pendek kata semua air yang kena najis. Air ni tak suci lagi tidak boleh menyucikan hadas.
  • Air Musyammas - Air yang telah dijemur dibawah sinaran matahari sehingga air itu menjadi panas. Air yang bertakung di dalam bekas besi yang berkarat juga termasuk dalam kategori ni. Air ni suci dan boleh meyucikan hadas namun makruh digunakan pada anggota badan. Pasal ada hadis Nabi S.A.W. menyatakan air ini boleh mendatangkan penyakit sopak.
  • Air Mustaqmal - Air yang bersih namun tidak boleh menyucikan. Contohnya, air buah kelapa, air buah-buahan. 
  • Air Muqayyad - Air bersih tetapi telah bercampur dengan sesuatu yang suci sehingga mendatangkan rasa, bau mahupun warna. Air ini boleh diminum tetapi tidak boleh menyucikan. Contohnya air kopi, air teh, air sirap, dll.
Lepas tu kami di ajarkan mengenai wudhu. Wudhuk ni bagus kerana menjadikan anggota badan kita segar, dan membersihkan rohani dan jasmani kita. dan di Akhirat kelak, Nabi Muhammad S.A.W. dapat mengecam umatnya dengan berpandukan cahaya hasil daripada wudhuk yang sempurna. Wallahualam. Wasalam.

Khamis Pun
20 Januari 2011
15 Safar 1432 Hijri

14 January 2011

Khutbah Jumaat / Friday Summon : Iktibar dari Musibah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah. Tiba lagi Jumaat. Penghulu segala hari. Kena pula hari nya redup mendung. Memang barakah hari Jumaat ni. Khutbah Juaat hari ni mempunyai pengisian iktibar dari musibah yang melanda umat manusia akhir-akhir ini. Lagi-lagi peristiwa Tsunami, Gempa Bumi, Gunung berapi meletus, ribut taufan, banjir dan sebagainya.

Kita sebagai manusia seharusnya memikirkan apa yang sebenarnya tersirat dalam bencana dan musibah yang melanda. Setiap 1 musibah pastinya ada petunjuk dan memberikan amaran terhadap manusia yang leka dibuai keenakkan dunia. Ingatlah, jangan kita lupa kan Allah S.W.T. Tuhan Pencipta kita. sekiranya kita mengalami musibah, ucapkan lah, "Innalillahi ila hi raji'un" bermaksud "Daripada-Nya kita data dan kepada-Nya kita akan kembali". Nilai inilah yang membawa ketaqwaan dan ketaqwaan itu amat besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah S.W.T. Wassalam.

Jumaat Paheng
14 Januari 2011
9 Safar 1432 Hijri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...