Showing posts with label Bila Bola Berbicara. Show all posts
Showing posts with label Bila Bola Berbicara. Show all posts

10 January 2012

Bila Bola Berbicara : Selamat Kembali Abang Long Henry!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Awal pagi tadi, kawan melayan tengok match Arsenal vs Leeds dalam saingan FA Cup. Yang kawan amat nanti-nantikan adalah kemunculan semula Abang Long Thierry Henry dalam Arsenal. Walaupun abang long Henry diturunkan sebagai subtitute,namu jelas semangat beliau terhadap pasukan yang amat berjasa padanya tidak pernah luntur. Kat bawah ni kawan pamerkan aksi prolifik abang long Henry ketika menentang Leeds United malam tadi.


Wow! Tengok lah itu,bagaimana dia meloloskan diri dan seterusnya menjaringkan gol untuk Arsenal. Walaupun abang long Henry mencecah usia 34 tahun dan kadang-kadang terlihat juga beliau pancit (dah minit-minit terakhir,lebih banyak berjalan dari berlari),namun kejituan finishing beliau amat menakjubkan. 

Kalau boleh, Arsene Wenger, ambil lah kembali abang long Henry kembali dalam skuad Arsenal. Semua merindui Henry. Dan pemain-pemain muda Arsenal tampak bersemangat bila melihat abang long dan lagenda mereka kembali. Pastinya morale mereka akan melonjak-lonjak dan dapat menyaingi dalam perebutan piala. Malah tidak mustahil mencabar kejuaraan EPL nanti. We love You, King Henry! Wasalam.

Selasa Pon
15 Safar 1433 Hijri
10 Januari 2012 Masihi

08 January 2012

Bila Bola Berbicara : Nogori Monang Yo!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Tahniah kawan ucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan yang memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih dalam perlawanan menentang pasukan Kelantan malam tadi. Perlawanan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil dihadiri lebih kurang 20 ribu penyokong kedua-dua pasukan. Kawan berbangga dengan kemenangan ini. Walaupun kawan anak kelahiran Johor, namun kawan berbangga juga kerana dibesarkan di Negeri Sembilan. Hobin Jang Hobin!


Dengan kemenangan 2-1, jelas membuktikan kedua-dua pasukan sama kuat,sama hebat. Namun, mungkin tuah lebih memihak kepada pasukan Negeri Sembilan dengan Effa Owona dari Cameroon menjaringkan 2 gol. Fuh,kawan tengok aksi beliau boleh dikira world class jugak lah. Kita dapat likat skill menarik dan beliau rajin dan bijak berada pada posisi tepat untuk menjaringkan gol.


 Nah, inilah yang kita mahukan apabila kemasukkan pemain import dalam saingan liga kebangsaan kita dapat menukar rentak permainan setiap pasukan. Kawan lihat, tidak kira pasukan Kelantan mahupun Negeri Sembilan,corak permainan mereka tampak berbeza dari musim lepas. Permainan mereka lebih laju dan pantas, corak pertahanan dan hantaran bola lebih bagus, serta pelbagai skil-skil menarik dipraktikan. Ini yang kita mahu sekiranya mahu menjadikan liga kebangsaan kita lebih world dan maju. Teruskan usaha ini FAM dan kalau boleh,lebihkan lah sedikit kemasukan pemain import agar dapat pemain kita menimba ilmu bola sepak dari pemain import yang berpengalaman. Sekian, Wasalam.

Ahad Legi
14 Safar 1433 Hijri
08 Januari 2012 Masihi


06 January 2012

Bila Bola Berbicara: Bola Malaysia akan datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.


Entry pagi Jumaat ni kawan nak borak pasal bola Malaysia. Seperti kita maklum, pasukan bola sepak Malaysia semakin lama semakin baik. Terkini, pasukan Harimau Muda berjaya mendapat ibu segala emas di Sukan SEA di Indonesia 2011. Alhamdulillah..itu lah berkat dari usaha pelbagai pihak dalam memartabatkan sukan ini di negara kita.

Namun, yang menjadi persoalannya, adakah kesinambungan kecemerlangan sukan ini dapat diteruskan di masa hadapan? Masa hadapan, kita tidak tahu. Namun, kita boleh mencorakkannya supaya apa yang dirancangkan menjadi realiti. Kita tidak mahu perkara yang terjadi pada pasukan sepak takraw kita yang mana pasa 1 masa dahulu kita 'Raja' di pentas dunia,kini menjadi pasukan belasahan. Dan kini dapat kawan lihat sukan badminton juga semakin menurun prestasi.


Kawan lihat, kekurangan pelapis yang berkualiti adalah antara faktor kemerosotan sukan2 yang berkenaan. Jika kita lihat, Datuk Lee Chong Wei, tiada pelapis langsung yang boleh menggantikan beliau. Malah, kalau beliau nak berlatih pun,confirm sentiasa menang dek kerana tiadanya sparring yang sekurang-kurangnya mampu menyaingi beliau. Berbeza dengan ranking ke-2 dunia, Lin Dan dari China. Beliau mempunyai sparring, Chen Long yang kini di ranking ke-3 dunia. Jadi, kita tidak mahu,keadaan ini berlaku kepada pasukan bola sepak negara.


Jadi,apa yang Persatuan Bolak Sepak Malaysia (Football Association of Malaysia - FAM) boleh lakukan adalah menaik taraf akademi bola sepak di seluruh negara. Jangan hanya tertumpu pada Bandar2 besar sahaja,tapi ke setiap daerah agar bakat2 baru yang fresh dapat dicungkil. Ini dapat dilaksanakan dengan bantuan kerjasama pihak kerajaan negeri. Kang yang harum namanya adalah negeri terbabit juga kan?


Apa guna kita mengalu-alukan kedatangan pasukan2 besar luar negara bermain dengan pasukan muda kita jika kita tidak memanfaatkan segala peluang. Kita kini ada akademi bola sepak liverpool dan Arsenal di Malaysia,kenapa tidak kita guna akademi ini untuk mengasah bakat anak muda kita. Peluang ini tidak seharusnya kita persiakan.

 

Kita juga kini boleh berbangga dengan anak Malaysia yang menjadi pemilik pasukan bola sepak Liga Inggeris seperti Queen Park Rangers dan Cardiff City. Namun, tak guna kalau tiada pemain kita bermain di sana. Kita dapat lihat ketika Safee Sali menjalani saringan di Queen Park Rangers, very impressive, namun kerana ranking Malaysia bawah 100 terbaik dunia, peluang tertutup. Kenapa kita tidak guna pendekatan lain? Kenapa kita tidak saja menghantar pemain muda terbaik negara seawal usia 12-15 tahun masuk akademi bola sepak QPR dan Cardiff City? 

Budak-budak begini kita perlukan kerana mereka yang membentuk pasukan bola sepak negara masa hadapan. Sedangkan belakang parang diasah akan jadi tajam. Kalau kerajaan boleh taja atlit2 lain ke luar negara, kenapa pulak tidak bagi budak2 ini? Kawan yakin, sekiranya quota 5 orang budak2 muda di masukkan di akademi QPR dan Cardiff City, kita mempunyai 10 pemain muda hebat setahun. Bayangkan jika 5 tahun,kita akan ada 50 pemain hebat berlatih di sana. Dan pastinya kawan yakin dalam 10 tahun akan datang,kita akan jadi kuasa besar di Asia dalam arena bola sepak. Inilah yang dilakukan oleh Korea dan Jepun yang menghantar pemain muda seawal usia 15 tahun ke Itali, Spanyol, dan Jerman. Lihat sahaja kini, mereka amat digeruni di Asia,malah boleh mencabar pasukan terbaik dunia.

Kita perlu fikir panjang dalam hal ini. Berapa sangat kos budak2 ni nak belajar di luar negeri, jika dibandingkan dengan pendapatan langsung dan tidak langsung yang bakal negara perolehi dari mereka nanti. Mereka ini lah aset kita.Akhir kata, jangan kedekut dana, kelak kita merana. Sekian,Wasalam.

Jumaat Wagih
 12 Safar 1433 Hijri
06 Januari 2012 Masihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...